Hoo-ahh…..Terbeli okey bukan sengaja….untuk trip ke Kuching sarawak last week tajaan Malindo Air dengan kerjasama Sarawak Tourism Board aku dengan secara tidak sengaja terbeli pulak gambir sarawak nih. yang asli yer..
aku rasa kalau tak silap aku malam kedua aku kat kuching saja jer jalan-jalan sekitar bandar kuching sambil temankan si Penaberkala usha cendera hati untuk para peminat di semenanjung
tengah syok-syok pilih cenderahati aku ternampak ler kedai belakang aku tu. saja usha usah ingat apa yg dia jual sebab nampak pelik jer. lepas 1 minit ushar baru perasan yang dia jual gambir sarawak, so aku terus google kegunaan benda ni sebab sebelum aku fly ke sarawak ada lah 2 3 org member mesej suruh beli gambir nih.
so bila dah google ni lah yang aku dapat..
Kegunaan
Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.
Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan. Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.
Selain itu juga gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya.
Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.
Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim.
Hoo-ahh…tuh diaa….banyak jugak kegunaan dia..so apa lagi rembat satu. murah jer RM10. tapi belum berkesempatan lagi nak try sebab x der sakit mana-mana part lagi. tak kan nak guna dengan isteri kot aku ni mana layak lagi. so simpan jer lah kalau ada sakit gigi ke apa ker kan..