Quantcast
Channel: Faizal Fredley
Viewing all articles
Browse latest Browse all 778

Pakej Percutian ke Lombok 4 Hari 3 Malam

$
0
0
DSC_1633

Senggigi Island. Dari sini boleh tengok 3 pulau Gili. Memang view yang sangat ohsem

Pakej Percutian ke Lombok 4 Hari 3 Malam | Awal april 2015 yang lepas sempat juga aku ambil short vacation sebelum jelajah eropah selama 3 minggu. Pre vacation orang kata untuk ambil mood bercuti. Dah alang-alang Air Asia sedang buat promo terus aku grab. Harga tiket hanya RM99 sehala. Murah gila kan… Tapi Air Asia kalau dalam asia tenggara boleh lah naik. Kalau jauh-jauh aku sarankan another airlines.

IMG_1723

Laman Kila Senggigi Resort

IMG_1782

Baru lepas check in. Garden View. RM300++ per night

Berbalik kepada cerita di lombok. Actually aku dah ada update sedikit pasal trip aku ke lombok tempoh hari, Nak baca boleh ke link ni Trip ke Lombok Indonesia | Kembara FF 2015

Untuk post kali ini aku nak kongsi kan sedikit Trip ke Lombok Indonesia | Kembara FF 2015. Bagi aku pakej yang korang ambil haruslah berbaloi dengan bayaran yang korang dapat. lagipom ianya bagi menjamin setiap aktiviti korang kat sana berbaloi.

IMG_1945

Sunset di Kila Sengigi Resort. Sebelah sana adalah Pulau Bali

IMG_1951

Sunset di Kila Sengigi Resort

Aku sarankan kalau korang ambil pakej selama 4 hari 3 malam korang boleh bermalam 1 malam di sebelah senggigi dah lagi 2 malam gi belah Gili bagi yang suka happening. bagi yang suka ketenangan korang boleh stay di Senggigi dan boleh amik day tour ke Gili island.

Untuk pakej yang aku ambil hari tu 3 malam berturut turut aku stay di Kila Senggigi Beach Lombok. Rasa agak menyesal juga sepatutnya aku hanya amik satu masa sahaja di senggigi. Lagi dua amalm aku stay di Gili.

DSC_1669

Air Terjun Rinjani belah bawah. 10 minit jalan kaki

IMG_1818

Air Terjun Rinjani bahagian atas. 30 minit jalan kaki

Dibawah ini aku kongsi kan Pakej Percutian ke Lombok 4 Hari 3 Malam yang aku ambil.

Hari -1 : TIBA DI LOMBOK + CHECK IN HOTEL (maybe boleh skip kot part ni kalau korang jenis bukan jiwa seni macam aku sebab agak boring)

  • Hari pertama setelah samapai di Air Port seelokkan korang boleh start tour jika korang sampai awal. Tour biasanya diorang akan bawa ke ke perkampungan tradisional Sasak di Kuta.
  • Then diorang akan bawa ke pantai pasir putih di Kuta dan Tanjung A’an.
  • Makan siang disiapkan di Lokal restaurant
  • Mengunjungi Kampung Banyumulek yang terkenal sebagai pusat kerajinan gerabah (keramik) dari tanah liat dan proses pembuatannya dapat dilihat langsung
  • Kampung Banyumulek yang terkenal sebagai pusat kerajinan gerabah (keramik) dari tanah liat dan proses pembuatannya dapat dilihat langsung.

Tiba di bandara di Selaparang dan dijemput langsung di antar ke hotel untuk bermalam.

Hari -2 :  FULL DAY 

  • Boleh ke Air Terjun Rinjani. Lebih kurang 30 minit mendaki untuk ke Air Terjun Rinjani. Tapi memang puas hati sangat walaupun penat nak mendaki. Walaubagaimanapun jalan ke air terjun tu cantik.
  • Hari kedua aku rasa maybe sampai petang kot korang kat air terjun tu.

Hari -3 : FULL DAY GILI TRAWANGAN TOUR 

  • Makan pagi dihotel, kemudian dilanjutkan dengan perjalanan tour melewati Malimbu dengan pemandangan laut yang mempesona menuju pelabuhan Bangsal/Teluk Kode dengan menggunakan perahu mesin ( Outrigger boat ) menuju sebuah pulau yang indah dan cantik yaitu Gili Trawangan. Sampai di pulau dapat menikmati keindahan  alam Gili unutk berenang , snorkeling , berjemur atau santai. Setelah menikmati keindahan pemandangan alam bawah laut , kemudian menikmati makan siang yang disiapkan di lokal restorant. Aktifiats lain yang bisa dinikmati seperti : Canoe , Naik Kuda , Naik Cidomo , Naik Sepeda ( biaya sendiri ).Sore hari kembali berlayar menuju Bangsal/ Teluk Kode selama 30 menit dimana kendaraan sudah menunggu.
  • Hutan Pusuk pass sambil melihat dan bercanda dengan monyet yang jinak sambil memberi makan mereka. Sore hari tiba di hotel dan acara bebas.

Hari -4 : CHECK OUT & TRANSFER KE AIRPORT 

  • Makan pagi di hotel, acara bebas sampai waktunya diantar kembali ke Airport untuk perjalanan selanjutnya.
Processed with VSCOcam with c1 preset

Merenung masa depan katenyer…hehe

IMG_1916

Alone sangat kan..

IMG_1904

menanti sunsert di Kila Senggigi Resort

DSC_1706

Monkey Island

Tips

  • Bagi jenis yang tak suka seni macam aku day 1 tu korang boleh ke pantai pink. Sebab bagi aku nak melawat tempat tradisional ni agak bosan kot.
  • Air Terjun Rinjani wajib pergi. Tu lambang lombok kot.
  • Bagi yang suka happening boleh stay di Gili Island.
  • Bagi yang nak tgk sunset atau untuk honeymoon boleh stay di area Senggigi.

IMG_1874

Sunset di Kila Senggigi Resort

IMG_1804

Air Terjun Rinjani

IMG_1984

check out. Serius puas hati stay di Kila Senggigi Resort.

Untuk tempahan boleh terus hubungi direct Encik MOHD (019 —–) lagi murah dah itinerary boleh di ubah mengikut kehendak sendiri.

The post Pakej Percutian ke Lombok 4 Hari 3 Malam appeared first on Faizal Fredley | Traveling in Style.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 778

Trending Articles