tuh diaaaaa tuh dia…….for the ladies..ni lah lelaki dah namanya lelaki kan memang tak leh lari dari benda macam ni, kalau tak memang bukan lelaki lah yer. tapi bagi lelaki gay di luar sana ini mungkin tidak berlaku pada anda…
ini adalah senarai apa yang lelaki suka perhatikan untuk anda menjadi lebih bersedia sebelum keluar dengannya. sebagai fist date..orang kata firs impression tu amat penting yer..
Senyuman
Lelaki merasakan senyuman wanita itu merupakan satu daya tarikan yang paling besar kepadanya. Cara anda senyum juga boleh menunjukkan keikhlasan anda kepadanya. Jadi, janganlah senyum kepadanya kerana terpaksa atau dibuat-buat.
Rambut
Lelaki sukakan wanita yang wangi rambutnya. Apa yang bermain di fikiran mereka ketika melihat rambut anda ialah, adakah ia lembut, selembut baunya? Tambahan pula sekiranya anda bermain dengan rambut anda ketika berbicara dengannya. Lelaki merasakan ia sangat seksi.
Buah Dada
Ini adalah normal bagi setiap lelaki tulen. Walaupun anda memakai pakaian yang sopan, dia akan curi-curi melihatnya dan membayangkan bentuknya.
Solekan
Betul, mereka sebenarnya memerhatikan warna gincu dan pembayang mata anda. Sekiranya anda mengenakan solekan yang begitu tebal, lelaki akan berfikir apa yang cuba anda sorokkan pada wajah anda.
Kulit
Cuba anda keluar dengannya tanpa mekap dan dedahkan kecantikan kulit anda. Si dia semestinya akan cuba memegang wajah anda kerana lelaki memang suka memerhatikan kulit wanita tanpa secalit solekan pun.
Personaliti
Ini adalah aspek yang paling diperhatikan oleh lelaki. Cara anda membawa diri di hadapannya adalah sangat penting. Dia akan memberi perhatian kepada percakapan anda untuk menilai kebijaksanaan anda. Bahasa tubuh anda turut diperhatikan untuk menilai kemanjaan anda. Cara anda makan juga menjadi perhatian untuk menilai kesopanan anda.
tuh dia….eh serius okey ni benda betul termasukkan aku..aku pun lebih kurang jer kalau tgk seorang perempuan….