wah..gituhhh kan….kau ada?
sesekali kan apa salahnya kita bercuti di hospital pula baru lah kita sedar yang hidup kita ni hanya sementara dan masa tu lah baru kita ingat 5 perkara sebelum 5 perkara kan iaitu sihat sebelum sakit. bila dah sakit barulah mula rindu masa tak sakit.
hari selasa lepas bermulah lah sejarah pengembaraan dalm hidup aku berada di dalam wad. walaupun hanya 2 hari aku rasa bagaikan 2 bulan aku dalam wad sana. masa tu mulalah fikiran melayang nak keluar tapi apakan daya badan masih lagi lemah. sebelum ni dalam sejarah hidup aku belum pernah lagi tau aku kena tahn kat wad, kalau gi hospital pun kena paksa tu pun sebab demam.
lepas balik dari hiking gunung rajah isnin lepas keadaan fizikal aku terus lemah, aku pun tak tahu kenapa biasanya susah aku nak jatuh sakit lagipun ni bukanlah kali pertama aku hiking. namun mungkin ianya satu ujian kesakitan yg Allah bagi so redha jer lah.
sepanjang di hospital agak terharu gak bila kawan-kawan datang melawat, kat FB pun ramai yg PM aku bertanya keadaan aku dan sebab kenapa aku masuk hospital. tak sangka dalam kesenyian, kesepian dan keseorangan aku ada juga yang sudi amik berat.
apapun Alhamdulillah kesiahan aku dah seperti sedia kala….oh lupa lak aku masuk hospital di sebabkan deman dan badan yang lemah termasuk sakit perut dan doktor terus suspect aku sakit apendik. tapi nasib baik lepas ultrasound dan x ray kesiahatan aku alhamdulillah ok tak ada masalah…
lepas ni kena lah beringat..dan tak nak dah sakit-sakit nanti…hihi