* Chelsea Agree Deal to Appoint Jose Mourinho *
Tipulah kalau aku cakap aku tak gembira Mourinho latih Chelsea balik. Ia bagaikan satu mimpi jika dapat melihat beliau uruskan kembali The Blues.
Aku tak pernah jemu setiap kali baca berita tentang Mourinho. Berkenaan dengan spekulasi yang mengaitkan beliau bakal kembali ke Stamford Bridge itu makin menjadi-jadi selepas Mourinho sendiri memberi signal, seandainya memilih untuk meninggalkan Real Madrid, beliau mungkin akan berhijrah ke destinasi yang pernah dinaunginya sebelum ini.
“It’s not easy to choose a new destination after working in England, Portugal, Italy and Spain. Maybe I could return to somewhere I’ve already been. Watch out for surprises.”
Porto, Chelsea atau Inter Milan ? hehe.
Banyak faedah & keistimewaan jika The Special One bersama kita :
1. Chelsea akan kembali bersaing dengan adik beradik Manchester untuk kejuaraan liga. Kita semua tahu Mourinho mempunyai kualiti dalam hal ini. Beliau muncul selaku pengurus pertama yang memenangi gelaran liga domestik di empat buah negara iaitu Portugal, England, Itali dan Sepanyol. Sejak dia keluar, Chelsea macam susah nak compete dengan MU untuk perebutan takhta liga. Zaman Ancelotti hari itupun hanya bertahan 1 musim.
2. Mourinho mempunyai hubungan yang baik dengan peminat, berbeza dengan apa yang berlaku kepada Rafa Benitez sekarang. Tak lupa para pemain juga menyukainya, sampaikan Ivanovic & Azpilicueta mengatakan “it pleasure to work with Mourinho”.
3. Kubu Stamford Bridge kembali kuat. Tahukah anda, sepanjang Mourinho bersama kita, Chelsea tidak pernah kalah satu gamepun di SB dalam saingan liga. Tengok, begitu kuat pengaruhnya di stadium keramat kita.
“Everybody knows i’ll never lose at Stamford Bridge. My record is unbeatable. It is amazing — we were so strong for such a long time.”
Mourinho pernah berkata “I miss England and my next job will be in England.There is unfinished business”.
Mungkin apa yang beliau cuba maksudkan “unfinished business” itu ialah trofi Champions League bersama Chelsea. Bersama Mourinho, kita telah mengecapi hampir kesemua gelaran kecuali trofi UCL.
Mungkin fans lain akan mengatakan bahawa peminat kita ni desperate sangat nak tengok Mourinho balik Chelsea. Sebenarnya ramai yg ingin melihat Mourinho kembali ke Chelsea. Harry Redknapp, Alan Shearer, Ruud Gullit antara nama2 besar yg menginginkan perkara itu terjadi.
Kata Harry Redknapp,
“There are only one or two clubs over here which could possibly accommodate him. Of course, one of those is Chelsea. Mourinho is red-hot favourite to go back to the club where the fans still sing his name.”
Walau apapun yang berlaku, Mourinho tetap menjadi sebahagian dalam sejarah bola sepak Chelsea. Dulu, kini & selamanya.
“I have a house and I have big emotional connections with Chelsea. Of course, Chelsea means more to me than other clubs. Chelsea is in my heart.”
ps: Kampung Chelsea….