Quantcast
Channel: Faizal Fredley
Viewing all 788 articles
Browse latest View live

Kelebihan Belajar di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis)

$
0
0
Pelajar dan Tenaga Pengajar Unimap

Pelajar Ijazah Computer Network Tahun 4 dan Dekan PPKKP

UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) merupakan salah satu IPTA di Perlis. Selama 6 tahun aku menjadi seorang pelajar unimap sejak dari 2008 sampailah 2013 dah macam-macam aku tempuhi.

Walaupun berbagai spekulasi yang menimpa unimap aku masih lagi berpendapat unimap ini merupakan salah satu IPTA yang terbaik di Malaysia. Dari segi ranking unimap berada di tangga ke 13 terbaik di Malaysia.

Ketika ini UniMAP berada pada tangga 242 dalam QS Asian University Rankings (AUR).

UniMAP TERIMA PENGIKTIRAFAN 3 BINTANG QS STARS

Arau, 8 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberikan penarafan QS Stars tiga bintang bersandarkan kepada penilaian yang dibuat oleh badan penarafan terkenal dunia QS Intelligence Unit.

Sepanjang aku berada di unimap dah banyak berita tak berapa elok aku dengar oleh pelajar unimap sndiri mahupun orang luar. Namun ini perkara biasa laut mana yang tak bergelora.

10270773_829849777044717_4643999090444892970_n

Antara berita tak berapa elok pasal unimap:

16 Program UniMAP tidak di iktiraf 

Berita ni pernah meletop pada tahun 2009 kalau tak silap aku apabila kosmo mengeluarkan kenyataan tersebut. Masa ni aku masih lagi di tahun 2 Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik. namun masalah ini dah diselesaikan apabila unimap mengeluarkan kenyataan semua program di unimap telah pun diiktiraf.

Antara sebab masalah ni mungkin kerana ada beberapa program yang masih lagi baru dan belum mempunyai graduan untuk di nilai. Kini semua program yang baru ni telah diiktiraf temasuk program yang aku ambil sekarang iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rangkaian Komputer.

Masalah Hostel 

Bagi aku masalah hostel ni tak der lah problem sangat. Unimap dah sediakan hostel pun dah kira OK dah. berbanding IPT lain yang hanya sediakan hostel hanya kepada pelajar tahun 1 sahaja. Then boleh blah cari rumah sewa sendiri.

Mungkin sebab hostel berpindah randah kot. Aku sendiri pun selama 6 tahun di unimap dah pernah menginap di 4 kolej kediaman (KKF – KKH – KKD -KKB)

Unimap

Walaupun aku ada kenderaan sendiri kadang-kadang aku juga naik bas

Bas

Yang ni problem dia pelajar unimap banyak habiskan masa untuk travel. Apabila bas dari Kolej Kediaman Kg Wai ke Kampus Tetap Pauh mengambil masa 45 minit.

InshaAllah nanti bila dah siap kampus di Pauh korang boleh stay di Hostel Pauh. Tapi sekarang pun hampir separuh pelajar unimap dah mula menginap di Hostel Pauh.

Perlis yang tak Maju

Hahhaha..yang ni biasa masalah dari budak bandar yang konon-konon tak leh hidup dalam kawasan luar bandar. bagi aku kira oklah tak derlah pelajar unimap ni sosial sangat. Duit pun boleh jimat. Tapi bila kena stay di Kampus Unicity haru jugak. Nasib baik aku stay kat kangar.

Eh panjang pulak aku membebel ni. maklumlah dah nak tinggalkan unimap dan kot. Bulan 6 ni habislah kisah aku dan unimap. Bulan 9 2014 dan nak konvo dah.

Kepada adik-adik yang dapat unimap tu abang cakap kat hang tak payah risaulah nak masuk unimap. Unimap best kot. Kalau tak caya boleh cuba. Dan sejuta tahniah sebab berjaya masuk ke IPTA bukan senag tau nak masuk IPTA ni.

kalau tak best mana mungkin aku sendiri leh stay sini selama 6 tahun. Nanti kalau masuk unimap tu jangan lupa join PALAPES unimap dan juga Kelab Kembara Unimap. Serius Ohsem!!! Korang takkan menyesal…

palapes unimap

PALAPES UniMAP Batch ke 4. I miss U all Skuad

Kelab Kembara UNIMAP

Kelab Kembara UNIMAP – Ekspedisi Gunung Tahan April 2014

Computer Network Unimap

Student Computer Network Batch 2 di Seoul Garden Alor Setar

PPKKP

Gala Dinner PPKKP 2014 di Glow Ocien Putra Brasmana Kuala Perlis

Akhir kata selamat belajar di unimap. UNIMAP i will miss u after this! I luv UniMAP

The post Kelebihan Belajar di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.


Kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang

$
0
0
Gunung Santubong

Gunung Santubong

Kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang | Satu kisah tradisi orang sarawak. Aku tak pasti ni kisah mistik ataupun kisah tradisi nenek moyang orang sarawak. Apa yang pasti cerita ni Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang memang mistik dan seronok untuk di ambil tahu.

Cerita ni dah lama berlaku. Seingat aku semasa aku di tauliahkan sebagai leftenan muda di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) pada julai 2011 lagi. Masa tu malam terakhir kami disana ada pementasan drama dari wakil universiti masing-masing.

Pada malam tu cerita Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang di pentaskan oleh student dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) . Pementasan yang sangat menarik tentang Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang. Walaupun ada unsur lawak tapi jalan cerita memang terbaik. Siapa yang ada kat sana utk pentauliahan PALAPES ke 30 tahu lah keadaan malam tu.

Aku wakil dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuat pementasan tentang kisah Ulik Mayang. Walaupun agak 18sx tapi aku rasa macam tak menjadi jer. Waktu tu aku jadi puteri ke 5 kot…

Berbalik kepada kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang. Aku balik dari rumah segera google tentang kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang.

Menurut beberapa laman blog kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang ni tentang:

Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.
Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.

Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Begitulah ceritanya. lagi satu Lagu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ni memang sedap….
Oh……Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

The post Kisah Puteri Santubong Dan Puteri Sejinjang appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

21 Blog Terbaik di Malaysia

$
0
0

10-Blogger-Terbaik-Malaysia

21 Blog Terbaik di Malaysia | Malam-malam buta ni sengaja aku cuba semak keyword lama yang pernah top di blog ini dulu. Ada terjumpa keyword 10 Blog Terbaik Malaysia. 

Aku rasa pernah satu ketika dulu aku menulis entri mengenai 10 Blog Terbaik Malaysia tapi bila di google tak ada pula yang keluar. Aku percaya entri ini aku terdelete barang kali. Bila guna plugin broken link checker ni kena hati-hati sikit banyak entri akan auto delete kalau kita tick then move to trash. Entri yang broken terus dia delete. Padahal tak der lah broken mana pun.

Berbalik kepada tajuk 10 Blog Terbaik di Malaysia aku dengan sukacitanya menyenaraikan 1o Blog Terbaik di Malaysia dari pandangan diri aku sendiri. Dari pandangan orang lain tu aku tak kisahlah sebab manusia ni taste berbeza beza.

Top blogger in Malaysia:

  1. 9Gag
  2. Azuan Zahdi
  3. Khairuddin Lim
  4. Naramas Aman
  5. Kaki Berangan
  6. Time Travel
  7. Denaihati
  8. Kujie2
  9. Eryqazz
  10. Hasrul Hassan
  11. Azfar Roslan
  12. Ariff Shah
  13. En. Titan
  14. Hami Asraff
  15. Nick Nashram
  16. Eqbal Zack
  17. Amanz
  18. Namee Roslan
  19. Joe Grimjow
  20. Ben Ashaari
  21. Kereta Mayat

Ni antara 21 blog yang menarik di malaysia bagi aku. Mereka ada ciri-ciri istimewa yang bila kita masuk jer blog ni kita akan tahu indentiti blog mereka melalui dari segi penulisan mahupun gambar yang ada di blog mereka.

Majoriti dari mereka ni merupakan Blog Popular di Malaysia.

Ni taste aku. Apa kata korang list kan pulak taste korang. Mana tahu sama dengan taste aku ker….hehehe

Ps: Number x mengikut ranking. Disusun secara random!

The post 21 Blog Terbaik di Malaysia appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Flora Kafe Ampwalk Review

$
0
0
Flora Kafe

Gambar curi dari blog Puan Nadia Farahida

Flora Kafe Ampwalk | Kafe yang terletak di Plaza AmpWalk ini menyajikan hidangan makanan dan masakan melayu tradisional yang murah,enak dan hebat. Dekorasi bergaya urban dalam suasana santai menambahkan lagi keunikan persembahan secara keseluruhan

Parnah satu ketika dulu aku dijemput oleh rakan blogger Puan Nadia sebanyak 2 kali untuk review Flora kafe ni. Banyak kisah aku di Flora kafe ni. Kat sini lah aku mula kenal ramai blogger yang boleh bergosip. Sebelum ni aku just kenal blogger untuk lepak jer. Serius memanjang. Tapi dengan geng blogger flora kafe ni lain sikit. Ramah diorang buat aku selesa untuk lepak bersama.

Tujuan aku buat review lagi sekali ni disebabkan entry aku dulu-dulu hilang. Aku rasa silap plugin Link Broken Checker. Auto delete entri lama-lama. Jadi keyword yang lama pun dah tak masuk sekrang ni.

Disebabkan rasa bersalah aku buat review sekali lagi memandangkan mood menulis aku semenjak dua tiga hari ni rajin lain macam jer. Menulis blog jer rajin report final haram malas nak tulis.

Mengenai Review Flora Kafe ni aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. memang makanan sedap dah layanan puas hati. Ramai juga artis yang selalu lepak kat flora kafe nih.

Flora Kafe Ampwalk Review Buffet Ramadhan

kalau tak silap aku dua2 kali aku datang ke flora kafe ni masa bulan puasa untuk review buffet ramadhan diorang. Makanan banyak pilihan dan sedap-sedap belaka. Memang puas hati. Sesuai untuk booking untuk berbuka puasa. memandangkan puasa pom dah tak lama lagi baik korang yang dekat-dekat tu usha flora kafe nanti.

Seingat aku ada beberapa kuih tu cepat giler habis. Sempat makan sikit jer masa tuh.

Aku rasa ramai juga blogger yang dah review pasal flora kafe ni. nampaknya hubungan pemilik flora kafe dengan rakan blogger ni memang rapat.

Apapun yang pasti Flora Kafe mamang OK!

Flora Cafe
Lot G.08B-1 Ground Floor The Ampwalk, Ampang.
03-21618010 / 03-2858 6090 
 

Tak semestinya untuk buffet ramadhan je boleh makan dekat sini. semua jenis event atau semua jenis sambutan boleh sambut dekat sini. birthday ke, anniversary ke, annual dinner company kee, semuaaa la senang cite. better korang call Mell di nombor telefon dekat atas tadi atau hp dia 017-3024112. Flora Cafe ni beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10.30 malam. atau nak senang, korang boleh contact Mell dekat facebook, Flora Cafe Ampwalk atau like page Facebook Flora Cafe Ampwalk

Rasailah keenakan dan kelazatan masakan kami bak seperti hidangan masakan ibu di rumah.Kecantikkan dan keindahan dekorasi kami ternyata luar biasa,malah layanan perkhidmatan pelanggan kami yang mesra telah jelas terbukti. Ramai yang sudah teruja dan merasainya. Apa lagi yang ditunggu ? Jom ke Flora Kafe.

Untuk lihat senarai menu bolehke Flora Kafe Ampwalk Review Buffet Ramadhan

The post Flora Kafe Ampwalk Review appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Masalah Rambut ? NSA Beauty Ada Penyelesaiannya

$
0
0

10150667_587684451338539_5948585924421218506_n

Masalah Rambut ? NSA Beauty Ada Penyelesaiannya | Aku tahu ramai yang kat luar sana tu ada masalah rambut. Aku sendiri pun ada juga masalah rambut satu ketika dulu. hanya manusia yang tidak mempunyai rambut sahaja yang tidak mempunyai masalah tentang rambut ni.

Kalau anda mempunyai masalah rambut seperti di bawah ni

  • Masalah rambut gugur
  • Masalah penjagaan rambut oleh wanita bertudung
  • Masalah rambut putus
  • Masalah rambut bercabang

Haaa….aku ada penyelesaianya!!! 

Aku pun manusia benda macam ni pun pernah terjadi kat aku. Tapi benda boleh settel apa ada hal? Jom kita tengok penyelesaiannya. 

Produk dari Nsa Beauty Official iaitu Vitamin Hair Serum With Damage Reversal InshaAllah boleh selesaikan masalah yang sama-sama kita hadapi. erfungsi memastikan rambut dan kelihatan sihat dan di jaga rapi. 100% diperbuat daripada Bahan Semulajadi! 100% BERKESAN.DIJAMIN ANDA BERPUAS HATI !! -

Nsa Beauty

Irine Pun guna Nsa Beauty ok..patutlah comel…eh!

Antara fungsi yang mampu Vitamin Hair Serum With Damage Reversal ni selesaikan adalah 

  • Melembutkan & melembapkan rambut
  • Menyinarkan rambu
  • Rambut mudah diurus -
  • Elakkan dari rambut bercabang
  • Merawat rambut rosak akibat bahan kimia & alat pedandan rambut
  • Melebatkan rambut -
  • Rawat masalah rambut gugur -
  • Hitamkan rambut
  • Melindungi rambut dari sinar UV

Aku pasti korang mesti teringinkan rambut yang ala-ala dalam iklam syampoo tu kan? Hahah tau dah…siap boleh flip-flip lagi..Ohh terasa seksi sekalikan..

Vitamin Hair Serum With Damage Reversal bukan sahaja boleh menjadi kan rambut anda sihat macam iklan tu malah banyak lagi kelebihan yang korang perlu tahu pasal produk ni ok…

ANTARA KELEBIHAN PRODUK :

  • Pertumbuhan Rambut Baru 
  • Menyelesaikan masalah Rambut Gatal 
  • Menghidupkan sel-sel Akar Rambut Kulit kepala Menjadi Bersih Dan Sihat 
  • Merapikan Rambut yang kusut
  • Menghilangkan Sakit Kepala, stress kepala Dan Migrain.
  • Mengurangkan demam Panas
  • Meggelakkan Dari Lesu Dan Tidak Bermaya
  • Merawat Dan Mencegah Uban
  • Mengatasi Rambut berbuah Dan Bercabang

Tengok? banyak kelebihan produk ni tau…Rugi sapa tak try..memang 100% masalah ramabut ni boleh diselesaikan dengan hanya 1 produk sahaja OK. Tak payah nak beli macam-macam jenis produk bagai. Guna jer Vitamin Hair Serum With Damage Reversal. 

Apa Tunggu Lagi Dapatkan Damage Reverse Instant Restorative Hair Serum Sekarang ! nak lagi awesome? Haa korangboleh dapat 10% diskaun tau untuk setiap pembelian pertama  cuma langgan newsletter shj di www.beautymart.my

Nak usha produk ini boleh terus ke Fan Page Nsa Beauty Official

Nak beli online?

Pun boleh..everything boleh buat guna online kan. tak susah pun korang boleh ke website ini http://www.beautymart.my/

Senang, cepat, mudah dan gerenti berpuas hati!!

The post Masalah Rambut ? NSA Beauty Ada Penyelesaiannya appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Aktiviti Menarik di Perlis – Bukit Cenderawasih

$
0
0

10296602_10202230999200353_3355135366194964907_n

Aktiviti Menarik di Perlis – Bukit Cenderawasih | Petang-petang di perlis ni kadang-kadang agak membosankan tetapi kalau pandai ejas aktiviti yang hendak dilakukan memang hilang perkataan bosan ni.

Banyak tempat yang menarik di Perlis ni sebenarnya. Cuma orang jer ramai yang masih lagi tak tahu. Petang-petang biasa pelancong yang datang ke perlis pasti akan melepak di Kuala Perlis. Pemandangan yang menarik disamping bersantai bersama keluarga memang sesuai untuk menghilangkan tekanan.

Antara tempat yang korang boleh pergi adalah persisiran laut kuala perlis. Tempat ni kalau petang memang ramai orang. nak-nak masa cuti. Perghh memang sesak beb.

Selain tu kalau korang ada masa apa kata korang cuba rasa air nira nipah di Ladang Nipah KIPLI Perlis. Yang ni pun antara tempat popular di perlis.

Sekarang musim Harum Manis kalau korang teringinlah nak makan mempelam yang super duper mahal tu boleh ke Ladang Mempelam harum Manis di Sungai Batu Pahat.

Selain tu Padang Besar, Gua Kelam, Bukit Ayer, Tasek Timah Tasoh dan Tasik Melati pun best untuk lepak petang-petang.

10363376_10202230679752367_7492741684782380007_n

#Selfie #LenovoMY #VibeZ #TravelBlogger #Perlis #Adventure

Kali ni aku nak fokus kepada Bukit Cenderawasih yang terletak di Kangar. Sebenarnya dah lama aku teringin nak naik bukit ni orang kata view dia memang awesome. Boleh nampak satu perlis.

Aku pun bila dah tinggal sebulan lagi kat perlis ni ambil peluang petang ni yang tak ada aktiviti untuk mendaki bukit cenderawasih ni.

nak kata tinggi tak tinggi mana pun tapi ketar gak lutut aku tadi. heheh..maklumlah bukit ni curam giler. kalah Gunung Tahan kot.

Tapi bila dah sampai kat puncak memang puas hati. Nak sampai ke puncak ambil masa dalam 15 minit jer. Tak jauh mana pun kan. So korang yang datang kat perlis ni apa kata cuba daki bukit cenderawasih ni. View memang nice. Terletak di Belakang Hotel Seri Malaysia.

Jom kita layan gambar….

1557736_10202230997520311_7813911425274069020_n

Aku tak tau spesis kera apa ni tapi memang kiut kot…rasa nak wak balik jer sekor

1901443_10202231001040399_8363820771055388799_n

10169259_10202231004360482_4845704307935543318_n

Puncak Bukit Cenderawasih 15 minit mendaki

10171695_10202230998720341_588347485084751143_n

Anak beranak…yangni spesis lain pulak

10291087_10202231002280430_7797872229013578519_n

Bangunan Dewan Undangan Negeri

10307197_10202231060041874_216312411549065155_n

Pandai dia ni minum.Comellll

10308168_10202231001680415_7316409289673457594_n

Batu kat atas tu serius lawa

10309643_10202230999440359_2911350115362585304_n

Nampak tetek..hehhehe

10312681_10202231002840444_6382798810558332543_n

bangunan KDN

10322726_10202231054121726_392680913664513374_n

half way sebelum sampai puncak. Berhenti rehat jap amik tenaga

10338332_10202231059121851_4924346891271046123_n

Amaran yang memang tak bergurau. Curam giler kot nak naik dan turun

10352835_10202231000440384_8786921578926876670_n

10363330_10202231005520511_72701868251936523_n

10371895_10202231004840494_7486440399563775175_n

10372122_10202230998080325_4353500674946695685_n

penat lepas turun dari bukit

The post Aktiviti Menarik di Perlis – Bukit Cenderawasih appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Cikgu Suraya Cerita 18sx Selamat Hari Guru

$
0
0

cikgu suraya

Cikgu Suraya Cerita 18sx  Selamat Hari Guru | Wahh gituhhh. Sapa cikgu Suraya ni weh? Sapa kenal? Aku selalu duk dengar nama cikgu suraya ni nak-nak bila tibanya hari guru. Selalu jer keluar cerita cikgu suraya ni. Hebat sangat ke dia ni?

Orang kata cikgu suraya lejen. nak-nak dalam kalangan lelaki. Mustahil budak-budak lelaki zaman 90 an ni tak tahu cerita ni. akupun tahu cerita ni melalu member member jer. Bila masuk universiti baru dengar.

Masa sekolah dulu mana ada internet kat rumah. Mana lah berita berita kotor ni nak tersebar. Kira suci gila lah aku masa tuh.

Pagi ni ternampak status dari SukanStar pasal cikgu suraya ni. Terus teringat balik cerita lejen. Serius aku tak pernah baca pun cerita cikgu suraya ni hanya tahu nama jer. Tak terasa nak baca pun.

Screen Shot 2014-05-16 at 3.36.36 AM

Apapun selamat hari guru buat semua guru-guru di malaysia. Terutama cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Seribong Kelantan, Sekolah Men. Keb. Long Ghafar dan Sek Men. Teknik Kuala Krai. Terima kasih atas didikan kaliah sehingga aku berjaya menjejak kaki ke universiti.

The post Cikgu Suraya Cerita 18sx Selamat Hari Guru appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Tips Melancong ke Indonesia

$
0
0
Tips Melancong ke Indonesia

Tips Melancong ke Indonesia

Melancong di Indonesia ni memang senang orang kata, tapi kalau tak kena gaya boleh kena tipu. maklumlah Indonesia ni merupakan antara negara yang paling padat penduduk. Disebabkan itu rakyat indonesia ni perlu buat macam-macam cara untuk teruskan hidup termasuk menipu pelancong.

Maksud aku bukan rakyat indonesia ni suka menipu cuma kadang-kadang tekanan hidup membuatkan diorang terpaksa jadi macam tu. Oleh itu aku kongsikan sedikit tips yang aku dapat sepanjang akumenalncong di Indonesia.

Tips Melancong ke Indonesia

1.  Sila study dulu tempat-tempat yang korang nak lawati bagi yang backpacker. Dan rajin-rajinkan lah baca blog-blog pelancongan di jakarta.

2. Highly Recommended booking terlebih dahulu Hotel yang hendak korang menginap. Kot-kot nanti full susah korang pulak nanti. Untuk booking online korang boleh booking melalui Agoda.comBooking.comAsiaRoom.com dan lain2 lagi..so pandai2 la yer tengok mane yang menawarkan harga yang murah.

3. Sediakan duit sebanyak 150000 Rp untuk air port tax (per person). 150000 Rp jika korang balik dari jakarta air port dan 75000 Rp jika korang fly kat Medan or Bandung serta Bali.

4. Universal Charger Plug amat penting di indonesia disebabkan kebanyakkan plug point hotel di sana  tak sama dengan malaysia okay.

5. Kalau anda rajin malas nk congak2 kat sana, pastikan anda menyediakan sifir duit die org ngan duit kite bersaiz wallet… senang nt tk payah nk kuarkan kalkulator sepanjang mase..

6. Di sana terlalu ramai penjual jalanan dari yang muda sampailah ke tua…so dinasihatkan..kalau tk nk beli barang yang ditawarkan, anda wat tk tau jer..jgn tanye2 harga pulak..siap minta kurang bagai..last2 tk jadi beli..haaaa merasalah nanti jenuh ko org nk lari dari die org sebab konsep “pakse” akan diguna pakai…hahaha….so hati2 la yer…kalau betul ko org memang nk beli barang dari die org tk per…kadang2 tu blh dpt lebih murah tau dari kedai2 jual barang yang sama.so tepuk dada tanya selera..:)

7. Sekiranya anda mahu menggunakan perkhidmatan teksi, pastikan anda manggunakan teksi Blue Bird  tau untuk mengelakkan daripada di tipu.teksi tu bersepah-sepah kat sana..

8. Pastikan korang memilih tempat makan yang bersih tau. kalau tempat makan di tepi jalan tu aku kurang yakin sikit.

9. Sediakan duit kecik terutama untuk bayar teksi, sebab biasanya diorang ni tak der duit kecik

Pengalaman aku melancong di Indonesia tak lah banyak mana pun cuma aku pernah melancong di Jakarta, Medan dan Bali. Jika guna tips yang dikongsikan diatas InshaAllah selamat…

The post Tips Melancong ke Indonesia appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.


Lenovo Vibe Z K910 di Malaysia

$
0
0
20140515184915

Gambar di ambil dari kemera belakang

Lenovo Vibe Z K910 di Malaysia | Minggu ni dah genap seminggu aku menggunakan Lenovo VibeZ sebagai telefon pintar ketiga pernah aku gunakan. Pandang pertama aku menggunakan Lenovo VibeZ telah aku ceritakan di entri pertama aku Lenovo VibeZ K910L Pandang Pertama.

Apa yang paling aku suka mengenai Lenovo VizeZ ni sudah semestinya skrin yang besar dah kamera yang power. Skrin bersaiz 1920 x 1080 IPS touch screen membuatkan aku seronok untuk melayari internet. Terutama sekali bila nak update blog dan juga surf internet serta layan video. memang betul-betul puas hati.

IMG_20140515_182640

Selfie menggunakan Kamera depan

Mengenai kamera pula memang sangat sesuai buat sesiapa sahaja yang suka mengambil gambar. Kamera belakang 13MP dan depan 5MP sangat sesuai untuk berselfie.

Bagi aku yang kebiasaan tak suka bawa Nikon D3200 aku kerana berat kini bukan masalah lagi disebabkan adanya Lenovo VibeZ ini. Selain kameranya yang power Lenovo VizeZ ni juga ringan ok. Jadi tak rasa berat pun dalam poket.

Smooth. Yang ni memang sangat penting kalau menggunakan smartphone. Masa nak surf internet boleh melayari dengan smooth ok. Nak tengok gambar-gambar kat gallery pun tak ada masalah sangkut-sangkut.

Kira memang puas hati lah kalau guna Lenovo Vibe Z nih. Sekarang pun dah jadi trend untuk guna lenovo.

IMG_20140516_200743

Nampak Lebih Bergaya

Sejak menggunakan Lenovo Vibe Z ni aku rasa macam bergaya sikit. Rasa profesional pun ada. Sebelum ni aku guna iPhone dan Samsung tapi dah rasa macam common sangat.

Harga

Harga Lenovo Vibe Z di Malaysia RM1799. Kira Ok lah dengan spesifikasi yang ada dengan Lenovo Vibe Z nih. Tak mahal sangat dan tak murah sangat.

lagi satu yang aku suka bateri Lenovo Vibe Z ni tahan lama beb. Sesuai untuk siapa yang menggunakan data plan.

Kira memang betul betul puas hati lah guna lenovo ni.

The post Lenovo Vibe Z K910 di Malaysia appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Artis Malaysia Gay – Iqram Dinzly Gay?

$
0
0

pelakon-1-630x472

Senarai Artis Malaysia Gay – Iqram Dinzly Gay? Wahhh gitu!! matila aku kena saman kat artis lepas nih. Hahaha…Dah artis tu kompen lah setiap gerak geri diperhatiakan. Nak jadi artis sangatkan kisah privasi tu lah yang peminat nak tahu.

Berbalik kepada kisah selebriti malaysia yang golongan Gay atau PLU ni. tengah aku surf internet dekat facebook ada yang kongsi link Gosip : Pelakon Malaysia Keluar Masuk Kelab Malam & Jalin Hubungan Songsang Di London. Nak tahu jugak siapa artis ni. Popular ke dia?

Hahha..bila dah klik tu ada lah beberapa keping gambar yang dah di blurrkan tapi kalau tengok elok2 boleh kot cam sapa artis tu. Wahhh kelas ko gayah…Berskandal di oversea lagi tuh. siap berwhatsapp gambar anu lagi. Giler berani ko

Aku bila baca kisah artis ni selalu tengok komen best jugak terngok komen-komen peminat. Dan majoriti yang komen mengatakan artis yang gay tu adalah Iqram Dinzly. Betul ke dia ni gay? Aku tak berani nak kata yang dia ni gay.

Tempat Menarik di Terengganu

Lagi satu antara komen-komen yang menarik sudah semestinya senarai artis malaysia yang gay.

  1. -Ikram Denzeli (tertuduh)
  2. -Najim Seman
  3. -Handing AF
  4. -Dapi AF
  5. -Wann & Areez Porteen
  6. -Awwal Asakri
  7. -Rijal Jaapar
  8. -Duo Ajhael AF

Antara komen lain yang menarik…Nak gelak pun ada kau baca!

aritu tengok rancangan Primadona artis jemputan Iqram Dinzly & Dafi AF, topiknye lelaki metroseksual…
nampk sgt c Iqram ni coverina habis nak tunjuk macho! dh kena sound dgn che ta & erra lelaki pakai lip gloss?.. pastu penceramah jemputan pun ada ckp “lelaki yg betul2 LELAKI biasanya xde nak bermekap2, pegi spa semua tu”! terus berubah muka Iqram & Dafi… c Dafi tu mmg dr zaman AF dh sah2 adek2.. -deen

aku rase iqram dinzly! dia nih dlu kawan dgn pojiah gous pon sebab nak cover spesis sejenis dia tuh!! konon2 jantan sebenarlah! blakon BKATC pon ala2 badang gituh! hakikatnye?? LOL -Aaronita

rase2 nye mcm iqram jer, tak pun pelakon yg minat giler kat group k-pop lelaki tu,nazim othman???  -i love FA 

nazim othman yg ada kat london skrg ni…iqram dinzley ada kat ABPBH hari tu…dalam ig nazim ada pakai baju warna yg sama dalam gambar ni…. -goss

iqram dinzly la uollsss sape lg…kalo korg perasan kn, kt conversation2 tu, nama2 yg diblurkan tu, bleh nmpk huruf first which is ‘I’ n huruf last die which is ‘y’ hehehe tajam betol mata iolsss knnnn -iolsss

Hahah..lawak pun ada..Aku tak der masalah pun ngn diorang ni cuma paling aku menyampah aksi Fizz Fairuz di ABPBH 2013 hari tu. Duk kepit-kepit jer atas pentas. Macam bapuk pulak. Rasa nak baling kasut jer.

Lepas ni nak buat list Blogger Gay pulak lah..hahahha

The post Artis Malaysia Gay – Iqram Dinzly Gay? appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Cerita Seram di Putra Palace Hotel Perlis

$
0
0
Cerita Seram di Putra Palace Hotel Perlis

Cerita Seram di Putra Palace Hotel Perlis

Cerita Seram di Hotel Putra Palace Perlis. Sebelum ni aku ada cerita Kisah Seram di Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis. Aku pernah menginap di Hotel Putra Brasmana selama 2 hari dan memang ada kejadian seram dan pelik di hotel tu. Bukan aku sorang dah ramai yang menginap di sana mengalami kejadian seram di hotel berkenaan.

Boleh klik sini untuk Cerita Seram di Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis

Aku dengar cerita pihak hotel pun sekarang tengah berusaha keras untuk menangani masalah ini. Maklumlah masalah berkenaan makhluk halus ni bukan senang nak atasi.

Berbalik Cerita Seram di Hotel Putra Palace Perlis aku ada kenal juga dengan beberapa staf di hotel berkenaan ni. Ada lah juga beberapa cerita pelik yang di cerita ni. Maklumlah dia pun tinggal di hotel tu mesti banyak cerita yang di dengar.

4

Seram sejuk jugak aku dengar cerita dia ni. macam-macam cerita yang diceritakan. Antara yang selalu pelanggan nampak ada kelibat yang pakai baju putih tak der kepala naik lif. yang ni memang seram. mana tau kot-kot aku naik lif tetiba ternaik dengan makhluk ni memang haru jugak aku nanti. Memandangkan aku selalu juga lepak di hotel tu teringat juga tiap kali naik lif ni.

Mengikut kawan aku ni tingkat yang selalu terjadi kisah seram ni ditingkat 9 dan 11. jadi hati-hatilah siapa yang menginap di tingkat ni. Biasa akan ada bunyi pelik-pelik. 

lagi satu kisah Cerita Seram di Hotel Putra Palace Perlis di kafe depan hotel ni. Kawan aku cakap kafe ni orang susah nak nampak. Yang ni memang biasa aku dengar. Tapi sekrang dah ok kot sebab pihak hotel dah berubat dah.

Apapun sepanjang aku duk lepak di hotel ni tak pernah lah terserempak. Alhamdulillah kalau boleh memang aku tak nak pun terserempak dengan makhluk ni. Seram chek oii…

putra-palace

The post Cerita Seram di Putra Palace Hotel Perlis appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Tempat Menarik di Terengganu

$
0
0

Tempat Menarik di Terengganu. Dah lama rasanya aku tak bercuti-cuti satu malaysia di terengganu. Sejak jarang balik kelantan nak pergi terengganu ni terasa jauh sangat.

Kat Terengganu ni destinasi pelancongan yang popular sudah semestinya pulau-pulau terengganu yang sangat ohsem. Antara pulau yang menarik di Terengganu adalah Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.

Pulau Redang dan Pulau Perhentian pernah aku pergi dan memang terbaik lah. Antara pulau yang best di Malaysia. Sesuai untuk bulan madu dah tenangkan fikirann. Air laut di sana pun masih belum tercemar.

Percutian di Pulau Redang

Percutian di Pulau Redang

Percutian di Pulau Redang

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapameter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Percutian di Pulau Perhentian

Percutian di Pulau Perhentian

Percutian di Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Trip ke Tasik Kenyir

Trip ke Tasik Kenyir

Trip ke Tasik Kenyir 

Tasik kenyir juga salah satu tempat yang menarik di Terengganu. Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Kolam air Panas La atau La Hot Spring

Kolam air Panas La atau La Hot Spring

Selain 3 tempat menarik di Teranganu ni aku juga pernah ke Kolam air Panas La atau La Hot Spring. Tapi masa ni aku tak der blog lagi jadi tak berpeluang nak coretkan di blog ni. Gambar tu ada rasanya aku ambil tapi tak tahu letak mana dah. Kolam Air Panas La pun best. Air sejuk pun ada jernih pulak tuh.

The post Tempat Menarik di Terengganu appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Fakta Anak Nombor 1, 3 dan 5

$
0
0

fakta-logo-skraat

Fakta Anak Nombor 1, 3 dan 5 | Alahai main fakta-fakta pulak. Dulu aku bukan percaya sangat pun benda macam ni.Tapi bila sekali baca aihh macam betul-betul kena batang hidung sendiri nih.

Aku anak ke 3 dari 3 adik beradik.

Fakta Anak ke 3:

  • Sensitive and easy to cry
  • Keras Kepala
  • Care to other people talk abput him/her
  • Clumsy and careless
  • Muka bajet garang tapi sebenarnya cute
  • Sweet plus caring
  • Cepat touching even nampak Tough
  • Always awesome
  • Suka bergelak dengan kawan walaupun tengah sedih
  • Marah dalam diam
  • Sentap dalam diam
  • Kadang2 happy Kadang2 moody
  • Nampak pemalu tapi bila kenal mulut mengalahkan murai
  • Manja dan caring
  • Merupakan tulang belakang adik beradik
  • happy depan orang tapi belakang orang hanya mampu menangis
  • Waktu muda paling menyusahkan tapi berbakti bila dah besar
  • Degil nak mampos
  • Muka gengster tapi cepat jatuh hati
  • Sweet macam madu
  • Pemarah macam singa
  • Manja macam kucing
  • Tidak suka dibanding bandingkan

Hahah…semua point di atas memang kena batang hidung aku…….Hampir 99% memang betul..

The post Fakta Anak Nombor 1, 3 dan 5 appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Melancong di Kuala Lumpur

$
0
0
Melancong di Kuala Lumpur

Melancong di Kuala Lumpur

Melancong di Kuala Lumpur. Sememangnya banyak tempat menarik di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur dan setiap lokasi mempunyai definisi berbeza mengikut pandangan masing-masing. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, aku berkongsi beberapa lokasi dan tempat menarik di KL yang boleh kita kunjungi dan mendalami sejarahnya.

Mungkin ada yang menganggapnya bosan tetapi ia untuk kepentingan masa depan. Sekiranya anda ke luar negara dan ditanya mengenai keunikan negara sendiri, sekurang-kurangnya kita tidak kekok untuk menjawabnya.

1. Menara Berkembar KLCC

Menara Berkembar KLCC atau dikenali juga sebagai Twin Tower KLCC Petronas ini adalah bangunan tertinggi di Malaysia dan tertinggi di dunia bermula selepas pembukaannya pada 1998 sehingga 2004.

Menara Berkembar Petronas KLCC dibina bermula 1 Mac 1993 dan siap pada 1 Mac 1996. Mula dipenuhi dengan pejabat korporat termasuk Petronas bermula 1997 dan mempunyai ketinggian 88 tingkat. Terdapat jambatan yang menghubungkan dua menara ini yang dikenali sebagai Skybridge.

  • Tiket masuk ke Skybridge KLCC:
  • Dewasa Tanpa MyKad – RM50
  • Kanak-kanak Tanpa MyKid – RM25
  • Dewasa dengan MyKad – RM25
  • Kanak-kanak dengan MyKid – RM25

2. Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur siap dibina pada Mac 1995 dan pada ketika itu dinobatkan sebagai menara tertinggi di Malaysia. Dibina untuk tujuan antena komunikasi dengan ketinggian 421 meter. Ia mempunyai empat lif yang boleh membawa anda naik ke puncak menara dengan cepat.

  • Tiket masuk ke Menara Kuala Lumpur:
  • Dewasa Tanpa MyKad – RM47
  • Kanak-kanak Tanpa MyKid – RM27
  • Dewasa dengan MyKad – RM29
  • Kanak-kanak dengan MyKid – RM19

3. Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Birds Park mempunyai keluasan sehingga 21 ekar. Terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur berdekatan Taman Tasik Perdana. Lokasinya sangat strategik dan amat sesuai untuk kita lawati, dekat dan mudah.

Selain dapat mengenali pelbagai jenis burung, penulis percaya apabila bersiar-siar di dalam taman itu, kita akan lebih tenang dan tidak pernah terfikir wujudnya lokasi sebegitu di pusat bandar KL.

KL Birds Park mempunyai lebih 3,000 burung di dalamnya dan mempunyai sekitar 200 spesies burung yang pelbagai. Kira-kira 90 peratus daripada burung itu adalah burung yang terdapat seluruh negara manakala selebihnya adalah spesies burung import dari seluruh dunia untuk tatapan pengunjung.

  • Tiket Masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur:
  • Dewasa Tanpa MyKad – RM48
  • Kanak-kanak Tanpa MyKid – RM38
  • Dewasa dengan MyKad – RM25
  • Kanak-kanak dengan MyKid – RM12

4. Dataran Merdeka

Dataran Merdeka juga terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Di Dataran Merdeka inilah buah kali pertama bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 selepas kemerdekaan Malaysia pada waktu itu.

Di sini selalu diadakan sambutan Hari Kemerdekaan saban tahun dan banyak acara besar dianjurkan. Paling sesuai kalau mahu ke sini ialah pada waktu malam untuk menikmati keindahan Skrin Besar dan lampu sekitar Dataran Merdeka.

Untuk menikmati keindahan ini adalah percuma dan boleh mengetahui sejarah lebih lanjut di Internet.

5. Bangunan Sultan Abdul Samad

Nama bangunan ini sempena nama Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad ketika pembinaannya. Apa yang menarik, struktur bangunan ini yang unik dan berdasarkan reka bentuk Mughal.

Dulu bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan dan kini ia menjadi bangunan sejarah dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Apabila malam, limpahan lampu warna-warni akan menerangi bangunan ini dan sememangnya cantik kerana cahayanya menyuluh sekeliling termasuk Dataran Merdeka.

6. Stesen Kereta Api Kuala Lumpur

Salah satu mercu tanda Kuala Lumpur ialah binaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang sangat unik dan cantik. Ia siap dibina pada 1910 dan masih utuh sehingga hari ini. Ia menjadi hab pengantara pengangkutan awam sebelum ia beralih ke KL Sentral pada 2001.

Struktur bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini memang cantik dan anda akan terpesona dengan rekaan bangunan yang mempunyai rekaan Moorish, Mughal, Indo-Saracenic yang ada persamaan dengan bangunan di India.

Banyak sesi fotografi menarik dan rakaman filem tempatan dan luar negara dilakukan di sini.

7. Tugu Negara Kuala Lumpur

Tugu Negara ialah National Monument yang dibina bagi mengingati jasa pengorbanan pahlawan negara yang gugur di medan perang demi memartabatkan negara daripada cengkaman penjajah sewaktu zaman perang.

Ia dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tugu Negara ini siap dibina pada 1966. Lokasinya berdekatan Tasik Perdana dan juga Taman Burung Kuala Lumpur.
Ia tidaklah menarik seperti Bukit Bintang tetapi ia mungkin boleh membuatkan anda kagum dengan rentetan sejarahnya.

9. Jalan Tuanku Abdul Rahman

Sekiranya anda seorang yang suka membeli-belah, boleh ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di sini pelbagai jenis barangan ada dijual terutamanya kain, tudung dan kedai makan dengan tawaran harga murah.

Sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman meriah menjelang hujung minggu sehingga ke malam Ahad. Sepanjang jalan di bahagian lorong Tuanku Abdul Rahman ada pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan dengan harga rendah dan pelbagai pilihan.

10. Pavilion Kuala Lumpur

Pavilion ialah gedung beli-belah terkemuka dan paling terkenal di Kuala Lumpur. Terletak di Jalan Bukit Bintang yang sememangnya menjadi kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur. Gedung beli-belah yang menyediakan butik eksklusif seluruh dunia ini dikelaskan sebagai gedung beli-belah untuk golongan elit kerana hampir semua butik di sini menjual produk berkualiti dan mahal rekaan pereka luar negara.

Kini, Pavilion menjadi lokasi pengunjung yang bukan saja suka membeli-belah tetapi turut berminat dengan rekaan bangunan Pavilion KL yang nampak mewah dan eksklusif dari luar.

Di buka pada 2007 dan mempunyai lebih daripada 1.4 juta kaki persegi menempatkan butik pakaian, bangunan pejabat, kondominium kediaman dan juga hotel.

The post Melancong di Kuala Lumpur appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Tempat Menarik di Malaysia

$
0
0

32

Tempat Menarik di Malaysia. Malaysia ni sememangnya banyak destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati terutama bersama keluarga di musim cuti sekolah. Sesuai dengan tag line yang diberi iaitu “Malaysia Truly Asia”. Sempena tahun melawat malaysia 2014 atau lebih dikenali Visit Malaysia 2014″ aku kongsikan beberapa tempat yang menarik sepanjang di Malaysia.

Tempat yang dikongsikan semuanya telah pernah aku jejaki dan terdapat keistimewaannya tersendiri sangai sesuai untuk bercuti bersama keluarga.

Dari Perlis dampai ke Johor, bermula dari Sabah ke Sarawak semuanya mempunyai tempat menarik yang tersendiri.

Malaysia adalah sebuah negara di Asia Tenggara , yang terletak sebahagiannya di semenanjung tanah besar Asia dan sebahagiannya pada ketiga utara pulau Borneo. Malaysia Barat berkongsi sempadan dengan Thailand, disambungkan melalui tambak dan jambatan ( Laluan Kedua Malaysia- Singapura) untuk negeri pulau Singapura , dan mempunyai pantai di Laut China Selatan dan Selat Melaka. Malaysia Timur (Borneo ) saham sempadan dengan Brunei dan Indonesia.

Negara ini menduduki tempat sebagai tempat ke-9 yang paling banyak dikunjungi di dunia. 

Tempat-Menarik-Langkawi-Panorama-Sunset-di-langkawi

Dalam usaha untuk mempelbagaikan ekonomi dan menjadikan ekonomi Malaysia kurang bergantung kepada eksport kerajaan telah menolak untuk meningkatkan pelancongan di Malaysia. Sebagai hasil pelancongan telah menjadi sumber ketiga terbesar Malaysia pendapatan daripada pertukaran mata wang asing , dan diambil kira 7% daripada ekonomi Malaysia pada tahun 2005 . 

truly-big

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi mempromosikan pelancongan di Malaysia adalah Tourism Malaysia atau Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia ( LPPM ). Pada 20 Mei 1987, Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Pelancongan ( KKP ) telah ditubuhkan dan TDC berpindah ke kementerian baru ini. TDC wujud 1972-1992 , apabila ia menjadi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia ( MTPB), melalui Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, 1992. Wawasannya adalah untuk menjadikan industri pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan sosio -ekonomi negara, dan bertujuan untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi utama kecemerlangan di rantau ini. Tourism Malaysia kini mempunyai 34 luar negara dan 11 pemasaran pejabat perwakilan.

tempat-menarik-di-kuching-sarawak-7

Pada tahun 1999 , Malaysia melancarkan kempen pemasaran di seluruh dunia yang dikenali sebagai “Malaysia , Truly Asia ” yang sebahagian besarnya berjaya membawa masuk lebih 7.4 juta pelancong . pendapatan tambahan baru-baru ini yang dihasilkan oleh pelancongan membantu ekonomi negara semasa krisis ekonomi tahun 2008. Walau bagaimanapun , ia adalah terutamanya peraturan kerajaan berat Malaysia ekonomi yang membolehkan ia akan hampir tidak terjejas oleh krisis baru-baru ini 2008 global ekonomi. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini pelancongan telah diancam oleh kesan-kesan negatif ekonomi perindustrian yang semakin meningkat. Oleh kerana jumlah yang besar udara dan pencemaran air bersama-sama dengan penebangan hutan, pelancongan telah menurun di kawasan yang terjejas .

Tahun Melawat Malaysia 2014 adalah sambutan pelancongan terbesar dan paling gah negara dengan keajaiban tidak berkesudahan Malaysia Truly Asia peristiwa, perayaan dan aktiviti sepanjang tahun. Ini adalah masa yang tepat untuk melihat, merasa dan mengalami Malaysia!

PayaBakau2_1(bg)

Untuk senarai penuh Tempat Menarik di Malaysia boleh ke Tempat Menarik Bercuti di Musim Cuti Sekolah

The post Tempat Menarik di Malaysia appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.


10 Terbaik di Faizal Fredley Mei 2014

$
0
0

10155516_702383983140526_2758921341375995494_n

Alhamdulillah tiba lagi kita ke bulan jun, Masih sempatkan kita merasai Jun 2015? Mei 2014 baru sahaja berlalu semoga sama-sama kita menggunakan sepanjang bulan Mei ke arah kebaikan.

Jarang sekali mood rajin aku untuk membuat analisa statistik blog. Entah mengapa bila terngok 10 Terbaik di Denaihati diri ini menadi rajin untuk turut serta membuat entri sebegini.

Jika lihat kepada statistik bulan mei nampak gayanya keyword dan entri travel dah mula menguasai blog ni. Alhamdulillah inilah yang aku inginkan. Sesuai bagi sebuah Blog Travel Malaysia.

Dan terima kasih juga kepada semua blogger yang selalu singgah dan tinggalakan komen di blog bruk aku ni. Disini juga aku turut Tampilkan Top Referrers, Top Posts, Top Keywords dan juga Top Commentators.

Top Referrers

  1. benashaari.com
  2. denaihati.com
  3. viamahirah.blogspot.com
  4. mohdfaizal.my
  5. ariffshah.com
  6. nota-kembara.blogspot.com
  7. azfar9897.blogspot.com
  8. kakitravelkhairuddin.blogspot.com
  9. misz-ella.blogspot.com
  10. sobriyaacob.com

Top Posts

  1. Borang Permohonan Wang Ehsan Kelantan Ke IPTA
  2. Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay
  3. Tempat Makan Menarik dan Sedap di Pulau Pinang
  4. Tempat Menarik Di Pulau Pinang
  5. Tempat Makan Sedap dan Popular di Melaka
  6. Mempelam Harum Manis Sedap di Perlis
  7. Tempat Menarik Bercuti di Musim Cuti Sekolah
  8. Melancong Di Medan – Tempat Menarik Di Medan Indonesia
  9. Kedai Makan Popular Di Kelantan – Kopitiam Kita
  10. Rancang Percutian Bajet ke Bali Indonesia

Top Keywords

  1. Wang Ehsan Kelantan
  2. Tempat Menarik di Pulau Pinang
  3. Tempat Makan Best di Melaka
  4. Iqram Dinzly Gay
  5. Kopitiam Kita
  6. Harum Manis Perlis
  7. Tempat Menarik di Kelantan
  8. Pulau Pangkor
  9. Pulau Perhentian
  10. Tempat Menarik di Putrajaya

Top Commentators

  1. kakitravelkhairuddin.blogspot.com
  2. ladyainaa.com
  3. denaihati.com
  4. ahmadfaizal.com
  5. adarain.com
  6. rozak.net
  7. blogammar.com
  8. nicknashram.blogspot.com
  9. sobriyaacob.com
  10. zikrihusaini.com

The post 10 Terbaik di Faizal Fredley Mei 2014 appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Tempat Makan Menarik di Seluruh Malaysia

$
0
0
Picture 2584

Gambar Sekadar Hiasan dari Secuit Rasa

Tempat Makan Menarik di Seluruh Malaysia. Tujuan utama aku buat entri ni ada sebagai check list atau tanda aku sudah makan di tempat tersebut memandangkan ini blog peribadi jadi aku akan catatkan semua Tempat Makan Menarik di Seluruh Malaysia yang pernah aku singgah.

Selain itu entri ini juga boleh menjadi rujukan buat semua untuk ketempat-tempat makan menarik jika melancong untuk cuti-cuti Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Memandangkan tahun ni aku jarang sekali dapat travel jadi list tempat makan menarik di seluruh Malaysia akan aku update dari masa kesemasa.

Malaysia sememangnya kaya dengan makanan yang menarik dan sedap bukan sahaja ada banyak tempat menarik untuk dilawati. Setiap negeri mempunyai makanan-makanan yang unik bagi melambangkan keunikan sesbuah tempat.

Tempat Makan Menarik di Pinang

  • Nasi Kandar Line Clear, Georgetown
  • Mady Char Kuew Tiow, Batu Feringghi
  • Mee Udang Ayu, Teluk Kumbar
  • Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan Keling
  • Mee Sotong & Coconut Shake, Padang Kota Lama
  • Pasembur Menari, Gurney Drive
  • Seafood Seri Pantai Ikan Bakar, Hammer Bay
  • Roti Canai Transfer Road
  • Laksa Janggus, Balik Pulau
  • Nurul Ikan Bakar

Tempat Makan Menarik di Kelantan

Tempat Makan Menarik di Melaka

Tempat Makan Menarik di Perlis

Tempat Makan Menarik di Kedah

Tempat Makan Menarik di Selangor

So far setakat ni yang yang mampu aku senaraikan. Mungkin bila aku travel lain kali aku akan update senarai Tempat Makan Menarik di Seluruh Malaysia.

The post Tempat Makan Menarik di Seluruh Malaysia appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Hotel Murah dan Bajet di Sekitar Kuala Lumpur

$
0
0

Hotel Murah dan Bajet di Sekitar Kuala Lumpur. Minggu ni aku seminggu ada di Kuala Lumpur. Bukan niat nak melancong sebenarnya cuma nak selesaikan beberapa perkara sebelum aku mulakan kerja setelah habiskan ijazah aku di unimap.

Bertolak dari Perlis yang mengambil masa selama 7 jam membuatkan badan terasa penat. Sudah semestinya aku perlukan bilik untuk melepaskan lelah setalah penat memandu. Hotel tak mewah pun tak kisah asalkan selesa dan mampu.

Hari pertama aku menginap di De Sentral area KL Sentral. Sebuah hotel bajet di brickfield. rate RM100 semalam. Bilik biasa-biasa. Nak kata selesa tu tak der lah cuma ok lah boleh tumpang tidur. 

page12

De Sentral Hotel merupakan salah satu Hotel Murah dan Bajet di Sekitar KL Sentral. Selain tu ada juga My Hotel di belakang De Sentral Hotel. Rate pun sama RM100 untuk satu malam.

seri_pacific_04

Untuk hari kedua aku menginap di Jalan Chow Kit. Niat dihati untuk cuba di hotel Arenaa Star Hotel di Jalan Pasar Seni. Harga not bad. tapi disebabkan parking kat sekitar pasar seni agak crowded aku batalkan niat dan teruskan pencarian  Hotel Murah dan Bajet di Sekitar Chow Kit pula.

Chow Kit memang banyak hotel bajet dan mewah. Antara yang aku pernah menginap di Adamson Hotel. Harga RM120 satu malam. Selain tu ada juga Cititel. Harga pun lebih kurang.

Tetapi memandangkan Percutian di Kuala Lumpur kali ini adalah Percutian Bajet jadi aku sewa Hotel Putra Muda. Rate hanya RM85 untuk satu malam. ok lah selesa.

pusat

Hari ketiga aku terus ke Bandar Puchong. Untuk menginap di Hotel 99. Yang ni hotel baru. baru 2 bulan buka. Selesa dan susun atur yang menarik. Biasalah hotel baru kan jadi hotel ni pun serba moden. rate Rm65 satu malam jauh lagi selesa dari hotel De Sentral dan Putra Baru. Mungkin faktor lokasi.

Hari ke 4, 5 dan 6 aku tumpang rumah kawan Blogger Mawardi Yunus

Apapun ni satu lagi pengalaman hidup aku di KL untuk survive. Dan Waze GPS memang membantu terutama dalam mencari lokasi hotel dan juga tempat makan. Buat korang yang nak backpacker di Kuala Lumpur boleh cuba Lawat Tempat Menarik di Kuala Lumpur. 

The post Hotel Murah dan Bajet di Sekitar Kuala Lumpur appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Income 3 Angka Dari Sponsor Post Nuffnang

$
0
0

nuffnang

Buat duit melalui Nuffnang memang suatu cara yang cukup mudah bagi blogger baru kerana ianya tidak memerlukan trafik yang tinggi dan populariti yang menggunung untuk mendaftar menjadi sebahagian dari nuffnang. Dan jika bakat anda sebagai blogger terserlah mungkin anda boleh buat duit dengan cukup lumayan melalui nuffnang.

Dari nuffnanglah aku mula bertatih untuk buat duit dari blog namun itu kisah lama dah tak nak di cerita lagi nanti orang bosan pula nak menbacanya. Berbalik kepada cerita sponsor post dari nuffnang ni. 

Sebenarnya aku tak pernah berangan pun nak gi jauh dengan nuffnang ni. letak pun sekadar hiasan orang kata tapi rezeki kan, Masa aku nak buang kod nuffnang ni tetiba lah ada dapat sponsor post. Harga sponsor post ni bukan murah weh. cecah 3 angka gak untuk 1 post. 

Bila tengok dapat sponsor post ni terus tak jadi nak buang nuffnang ni. Tetiba leh jatuh cinta. Hahaha boleh macam tu? Anyway Thanks Nuffnang!!! Happy sangat sebab aku jarang dapat buat duit dengan nuffnang nih..

The post Income 3 Angka Dari Sponsor Post Nuffnang appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Misteri Anak Kucing di Tengah Jalan Raya

$
0
0

10296578_598632320235800_3888287039971972431_n

Alahai nak kata misteri pun bukan lah misteri mana pun tadi aku terfikir juga lah dari mana datangnya anak kucing yang sangat comel di tengah-tengah jalan raya ni. Tak kan lah ada yang buang kat jalan raya kot. Ke terjatuh? 

Semasa balik dari makan di presint 16 putrajaya aku dan dia nampak ada seekor anak kucing di tengah jalan rasa basically bukan aku yang nampak sebab kami naik kereta berasingan.

Macam pelik jer ada anak kucing di tengah jalan raya. Lepas ambil terus letak dlaam kereta dan dia terus bawa gi vet. Kecian anak kucing tu patah kaki mungkin dah kena langgar kot. 

Doktor kata kucing ni ada peluang hidup sebab dia menyusu. For now kucing ni dah selamat dalam jagaan adik abg Que. Nanti bila besar leh jadi kawan kepada kak min.

Terima Kasih kepada Blogger Abe Que sebab sudi tolong baby kucing nih…

10322621_598632340235798_629633551525289761_n 10383081_598632383569127_6537795922018345335_n 10389677_598632423569123_8713612644924935419_n 10390339_598632366902462_7879845416682338956_n 10443458_598632253569140_5180304441240943300_n 10458928_598632276902471_7678426682011856036_n 10462544_598632410235791_8352491210526548104_n 10462648_598632476902451_5591195652632619581_n 10464150_598632393569126_6631655145060637218_n

The post Misteri Anak Kucing di Tengah Jalan Raya appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Viewing all 788 articles
Browse latest View live


Latest Images