Quantcast
Channel: Faizal Fredley
Viewing all 788 articles
Browse latest View live

Tupai Tupai Restoran | Tempat Makan Sedap Kuala Lumpur

$
0
0
tupai-tupai-1

Tupai Tupai Restoran

Tupai Tupai Restoran | Tempat Makan Sedap Kuala Lumpur. Inginkan tempat makan dan makanan ala-ala kampung di bandar Kuala Lumpur? Yes Tupai Tupai Restoran adalah jawapannya.

Restoran & Cafe Tupai-Tupai menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk Buffet Stimbot, Masakan melayu kampung, Masakan barat & Masakan seafood cina.

Restoran Tupai-Tupai telah memulakan perniagaan pada tahun 2004. Nama ‘Tupai-Tupai’ telah diberi oleh pemilik restoran ini sendiri ketika satu hari semasa cawangan pertama restoran di Kuala Lumpur sedang dibina, pemilik ini ternampak banyak Tupai sedang berkeliaran dikawasan restoran. ‘Tupai-Tupai’ atau ‘Tetupai’ juga bermaksud cantuman kayu2 yang digunakan untuk membina bangunan.

itulah alkisahnya Tupai Tupai Restoran di buka.

10388138_596108607154838_3688017151339568177_n

Ni yang aku makan di Tupai Tupai restoran. Ayam Kampung Goreng tu sedap nokkk

Sebenarnya aku tak bercadang nak gi makan tengah hari di Tupai Tupai Restoran pun tapi bila berada di Kuala Lumpur pening pula nak cari tempat makan yang menari sedap dan tertarik di KL ni. yang banyak hanyalah kedai mamak. Aku ni tak suka sangat makan di kedai mamak. Sekali sekali tu ok lah.

Selepas jalan2 Melancong di Kuala Lumpur dan Melawat Tempat Menarik di Kuala Lumpur  aku mula rasa rindu kat kampung dan perut ni pula memang nak jer makan masakan ala kampung. Jadi google adalah penyelesaiannya. Bila google ramai pula yang recommend kan makan di Tupai Tupai Restoran akta nya disini merupakan antara Tempat Makan Sedap Kuala Lumpur.

Sebelum ni aku pun ada terbaca ramai kawan2 blogger yang review Tupai Tupai Restoran. Jadi dengan bantu waze sampai lah aku di Tupai Tupai Restoran. 

Dan aku memang suka tempat ni disebabkan.

  • Banyak pilihan menu
  • Harga berpatutan
  • Suasana ala-ala kampung

Jadi apa kata kalau anda yang datang melancong atau ada kerja di sekita Kuala Lumpur untuk cuba masakan di Tupai Tupai restoran ni. Gerenti puas hati boh. lagipun kat KL ni banyak jer Hotel Murah dan Bajet di Sekitar Kuala Lumpur.

Pemilik restoran ini adalah seorang Muslim dan Bumiputera yang berasal dari Johor. Restoran ini juga tidak pernah bertukar milik sejak dibuka hingga sekarang.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi cawangan-cawangan kami. Terima kasih

KUALA LUMPUR : NO 551 A & B, JALAN BUKIT PETALING, OFF JALAN ISTANA,
50460, KUALA LUMPUR
TEL : 03-21432525 FAX : 03-21445921

BANGI : LOT 1513-A, KG. SG. TANGKAS, BT 18, JALAN BANGI,
KAJANG, 43000, SELANGOR
TEL / FAX : 03-89222525

SHAH ALAM : NO 2, JALAN LOMPAT TINGGI, 13/33 SEKSYEN 13, 40100,
SHAH ALAM, SELANGOR
TEL / FAX : 03-51262525

AMPANG : NO 1, JALAN AWF 1, AMPANG WATERFRONT, 68000,
AMPANG, SELANGOR
TEL : 03-42923333 FAX : 03-42921332

The post Tupai Tupai Restoran | Tempat Makan Sedap Kuala Lumpur appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.


Tayar Kereta Pancit di Lebuh Raya

$
0
0

10426697_10202381536323687_7540587988658127116_n (1)

Tayar Kereta Pancit di Lebuh Raya. Pernah terjadi tak kat hangpa semua? Aku dulu pun memang tak pernah bayangkan kalau tayar kereta pancit di tengah-tengah highway nih Seram pulak kalau terkena nak-nak bila waktu malam. Perghh memang ketaq lutut baq hang.

Lagi-lagi kalau jalan nak balik pantai timur. faham-faham lah jalan berbukit ni malam-malam. Tapi walaupun agak seram masih lagi aku suka drive malam-malam atau awal pagi kalau balik kampung di Kota Bharu mahupun balik Perlis. Bukan apa seronok jalan malam ni kurang ngantuk.

Walaupun mak aku dah selalu membebel suruh balik waktu siang tapi aku ni bila rasa nak balik terus jer balik x der plan apa dah.

Berbalik kepada tayar pancit di lebuh raya ni. Kali pertama dalam hidup aku rasa benda ni. Masa otw balik dari KL ke Perlis. Sebenarnya aku dah berat hati nak balik perlis hari tu. Macam-macam terjadi kat aku. Plan nak bertolak lepas subuh last-last jam 4 petang baru bertolak.

Orang kata kalau tak sedap hati baik tangguhkan jer perjalanan. Tapi ni lah aku. Main hentam jer. Lastly kat sungai perak terus tayar kereta pancit. Nasib baik dah dekat dengan R&R sungai Perak.

10455566_599664100132622_7207922832839031908_n

Berhenti kat Petronas terus call Plus Line. Sementara tunggu diorang datang aku solat Maghrib dulu. Dalam 30 minit diorang sampai settelkan pasal tayar pancit tu dengan tayar spare.

Then teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar nak balik perlis tak berani sebab tayar spare ni bukan boleh tahan lama. Terpaksa bermalam di Kuala Kangsar sebab semua kedai tayar dah tutup.

Keesokan pagi baru cari kedai. Melayang juga duit aku RM80 (secondhand silverstone)  sebab kena tukar tayar baru.

Alhamdulillah nasib baik tak jadi apa-apa kat aku dan selamat samai di perlis…

The post Tayar Kereta Pancit di Lebuh Raya appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Kelebihan dan Amalan Malam Nisfu Syaaban

$
0
0

saaban1

Kelebihan dan Amalan Malam Nisfu Syaaban. Secara tak sedar nisfu syaaban kembali lagi. terasa baru sahaja nisfu syaaban yang lepas meninggalkan kita. begitu cepat bumi berputar namun kita ini masih lagi hanyut dengan godaan dunia. 

InshaAllah jika panjang umur bertemu lagi kita di malam nisfu syaaban yang jatuh pada 15 Syaaban. Antara amalan yang biasa di lakukan di pada nisfu syaaban adalah berpuasa. 

Pada mlm Nisfu Syaaban,amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Pengertian am Nisfu Syaaban dlm bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Mlm Nisfu Syaaban adalah mlm 15 Syaaban iaitu siangnya 14hb Syaaban.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar. 

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu sebagaimana yg tersebut dlm sebuah Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & berSolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda selesai solat, Baginda berkata kpd Aisyah r.a. 

“Mlm ini adalah mlm Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pd mlm Nisfu Syaaban & memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat (membuat amal makhruf & nafi munkar) & melambatkan rahmat & keampunan terhadap org2 yg dengki.”

Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dgn buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi s.a.w. menggalakkan umatnya utk bangun mlm & berjaga serta beriktikaf sepanjang mlm kerana tidak mahu amalan diangkat dlm keadaan tidur atau lalai. [SUMBER]

Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban

Berikut aku kongsikan sedikit  Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban daripada beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran. [SUMBER]

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

The post Kelebihan dan Amalan Malam Nisfu Syaaban appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Ragam dan Jadual FIFA Piala Dunia 2014 Brazil

$
0
0

maskot piala dunia brazil 2014

Jadual FIFA Piala Dunia 2014 Brazil. Macam-macam aku jumpa alasan yang tercipta sepanjang Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung malam ni perlawanan pembukaan antara Brazil dan Croatia. Dan macam-macam warning dikeluarkan samaada pagi pihak suami, isteri mahukan syarikat.

Faham-faham lah piala dunia ni 4 tahun sekali jadi memang kaum adam ni tak kan lepaskan peluang termasuklah aku.

Apa yang paling aku tak suka malam ni game pembukaan esok petang aku ada first paper final exam. Ahh tak suka betul tapi nasib baik petang kalau pagi study entah kemana exam punentah kemana.

Yang ni Ragam dari Puan Isteri, lawak pulak bila baca

Rules Puan Isteri kpd En Suami ketika Fifa Piala Dunia.

1. bile bil elektrik sampai, jika jumlahnye lebih tinggi drpd biasa, tlg jgn bising. byr aje. .
2. memadangkan kebyakan game awal pg, sila lyn diri kalau nak air panas, air sejuk. . kudap-kudapan. . tanpa selerakkan dapur yg ayg dah kemas. .
3. pastikan dpn tv bersih drpd kulit kacang, kulit kuaci, tin minuman. . etc. .
4. jika anak terkejut drpd tido krn sorakkan abg, sila pujuk dan tidokan anak kembali.
5. kalau terlajak tido hingga lmbat ke tmpat kerja, tlg jgn tanye ayg. . knp tak kejut? pandai2 sendiri ye. .
6. kalau rasa nak ajak kwn2 dtg umah tgk bola, no problem. . tp mrk juga terikat dgn syarat2 di atas.
7. sila bersikap profesional krn kite menyokong team yg berbeza. . jd, kite harus berpegang pd akta sukanstar. . no hati tisu. . no monyok2 kalau team kene bahan. .
8.kalau rasa nak tgk bola kat luar, no problem. . tp, kalau dah masuk bln puasa, jgn wat2 lupe sahur pulak n jd alasan tak puasa ye andai waktu sahur abg masih di kedai mamak ye.

so. . do we have a deal dearest husband?

10411299_10152204041793651_761278045958015610_n

10441247_10203230732261531_2969681994649659285_n

Jadual FIFA Piala Dunia 2014 Brazil (waktu Malaysia)

JUMAAT, 13 JUN 2014
A 04:00 Brazil lwn Croatia
SABTU, 14 JUN 2014
A 12:00am Mexico lwn Cameroon
B 03:00am Spain lwn Netherlands
B 06:00am Chile lwn Australia
AHAD, 15 JUN 2014
C 12:00am Colombia lwn Greece
D 03:00am Uruguay lwn Costa Rica
D 06:00am England lwn Italy
C 09:00am Côte d’Ivoire lwn Japan
ISNIN, 16 JUN 2014
E 12:00am Switzerland lwn Ecuador
E 03:00am France lwn Honduras
F 06:00am Argentina lwn Bosnia-Herzegovina
SELASA, 17 JUN 2014
G 12:00am Germany lwn Portugal
F 03:00am Iran lwn Nigeria
G 06:00am Ghana lwn USA
RABU, 18 JUN 2014
H 12:00am Belgium lwn Algeria
A 03:00am Brazil lwn Mexico
H 06:00am Russia lwn Korea Republic
KHAMIS, 19 JUN 2014
B 12:00am Australia lwn Netherlands
B 03:00am Spain lwn Chile
A 06:00am Cameroon lwn Croatia
JUMAAT, 20 JUN 2014
C 12:00am Colombia lwn Côte
D 03:00am Uruguay lwn England
C 06:00am Japan lwn Greece
SABTU, 21 JUN 2014
D 12:00am Italy lwn Costa Rica
E 03:00am Switzerland lwn France
E 06:00am Honduras lwn Ecuador
AHAD, 22 JUN 2014
F 12:00am Argentina lwn Iran
G 03:00am Germany lwn Ghana
F 06:00am Nigeria lwn Bosnia-Herzegovina
ISNIN, 23 JUN 2014
H 12:00am Belgium lwn Russia
H 03:00am Korea Republic lwn Algeria
G 06:00am USA lwn Portugal
SELASA, 24 JUN 2014
B 12:00am Australia lwn Spain
B 12:00am Netherlands lwn Chile
A 04:00am Cameroon lwn Brazil
A 04:00am Croatia lwn Mexico
RABU, 25 JUN 2014
D 12:00am Italy lwn Uruguay
D 12:00am Costa Rica lwn England
C 04:00am Japan lwn Colombia
C 04:00am Greece lwn Côte d’Ivoire
KHAMIS, 26 JUN 2014
F 12:00am Nigeria lwn Argentina
F 12:00am Bosnia-Herzegovina lwn Iran
E 04:00am Honduras lwn Switzerland
E 04:00am Ecuador lwn France
JUMAAT, 27 JUN 2014
G 12:00am US lwn Germany
G 12:00am Portugal lwn Ghana
H 04:00am Korea Republic lwn Belgium
H 04:00am Algeria lwn Russia

The post Ragam dan Jadual FIFA Piala Dunia 2014 Brazil appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

My Last Final Exam di UniMAP

$
0
0

Screen Shot 2014-06-12 at 6.39.13 PM

Wohaaa my last final exam di unimap. Hopefully this is my last. Dah tak nak hadap exam lagi dah. sudah 6 tahun aku kat unimap dah hampir 12 semester aku tempuhi final exam. Dan Alhamdulillah semuanya lepas. 

Mesti aku rindu giler nak exam lagi bila dah kerja nanti. Tapi buat masa sekarang memang aku tak rasa rindu. Bila last ni nak exam macam tak der semangat dalam kepala otak ni asyik fikir pasal kehidupan lepas habis study jer.

Untuk last exam ni aku ambil 2 paper jer. Nasib baik 2 paper kalau banyak paper dengan sikap yang malas ni memang hancur lah. Orang study week aku travel. hahah..esok nak exam hari ni baru kalut nak study.

Harap-harap apa yang aku study last minit ni masuk dalam paper esok. 

Jadual Exam 

13 Jun 2014 (Jumaat) EKT434 - Pengaturcaraan Rangkaian [Network Programming]

20 Jun 2014 (Jumaat) EKT450 - Sistem Komunikasi Mudah Alih [Mobile Communication System]

The post My Last Final Exam di UniMAP appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Tips Menjadi Blogger Travel

$
0
0

travel-industry

Tips Menjadi Blogger Travel | Wah ada tips ker? Aku dulu pun tak der tips bagai nak jadi blogger travel ni. Main tulis jer dan kebetulan pulak tahun tu aku banyak travel. Terus Menang untuk Favourite Travel Blog dalam Malaysia Media Social Week 2013. 

Dah nama rezeki kan. Alhamdulillah…

Sejak menang anugerah MSMW tu ramai blogger tanya aku macam mana nak jadi blogger travel ni. Apa tips dia?

Bagi aku satu jer tips nak jadi blogger travel ni. Korang kena ada duit. Bila ada duit korang boleh gi melancong pastu tulis dalam blog lama-lama jadi lah blogger travel.

Lagi satu ramai yang ingat aku gi travel tu secara free. Aku akui ada juga aku travel secara free tapi majoriti aku guna duit sendiri ok. Bukan senang nak kena taja dalam bab melancong ni.

Lain lah kalau korang ni kaki kipas. Boleh lah kipas mana-mana PR untuk melancong seperti kebanyakkan blogger masa kini. hahah…

Macam aku dulu aku guna duit sendiri sebagai pelaburan bila nama dah naik baru senang nak dapat tajaan. Dalam bisnes ni pelaburan tu yang penting, InshaAllah satu hari nanti usaha dan pelaburan korang akan berhasil.

The post Tips Menjadi Blogger Travel appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Buffet Ramadhan di Selangor | Bangi Golf Resort

$
0
0

DSCN0001

Buffet Ramadhan di Selangor | Bangi Golf Resort. Minggu lepas aku dapat invitation as a media kunun-kunun lah. Tujuaannya untuk testing makanan Buffet Ramadhan Selangor – Bangi Golf Resort untuk bulan puasa yang bakal menjelma tak lama lagi.

Aku bersama lebih 100 orang blogger lain di jemput untuk food testing Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort. Disana kami dihidangkan oleh pelbagai menu dan juadah yang semestinya membuka selera untuk berbuka puasa. Cukup menggoda nafsu makan. Tengok semua menu MasyaAllah sedap.

Kira-kira lebih 200 aneka menu sebagai pilihan. Aku tak kira pun tadi dalam invitation kata ada 200 jenis makanan. Tapi memang banyak pun makanan sampai aku sendiri pun tak sempat nak rasa semua makanan. Maklumlah simpanan perut aku ni tak besar mana pun.

Mengenai buffer ramadhan di Bangi Golf Resort ni memang puas hati. Makanan sedap dan di buka sehingga jam 10 malam kalau tak silap aku. Surau pun disediakan bagi yang nak solat dulu then sambung makan lagi. Itu biasa aku buat kalau berbuka puasa jenis buffet ni.

Makan dulu pastu gi solat then sambung makan lagi. Kasi dia hadam dulu.

Antara menu yang paling aku suka Buffet Ramadhan Selangor Bangi Golf Resort adalah kerabu dia. Wow memang marvellous. Sedap!!! – Highly Recommended. 

Selain tu Menu Kambing golek. Yang ni menurut pekerja kat sana siapa yang tak makan kambing pun akan cuba untuk rasa kambing. macam aku lah. tak makan kambing tapi habis juga sepinggah. WOhahah…

Lagi satu antara menu pilihan ramai blogger adalah telur separuh masa. Ada dua jenis. Yang ni memang laku giler. Aku pun habis dalam 4 cawan.

Untuk jamuan mata kalian apakata kita layan gambar-gambar yang akan membuat selera korang terbuka.

DSCN9982 DSCN9981 DSCN9979
DSCN9978 DSCN0016 DSCN0007
DSCN0008 DSCN0009 DSCN0011
DSCN0012 DSCN0015 DSCN0004
DSCN0003 DSCN9996 DSCN9995
DSCN0018 DSCN9986 DSCN9993

Ehem ehem. Macam mana? hehe sengaja aku amik banyak gambar desert sebab perangai aku kalau gi makan buffet memang aku makan desert je lebih. Nasi tu makan sikit jer. Lauk ratah lagi sedap. Aum aum….

Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi terus:
Luliy Shalwani 
( 016 267 8284 ) 
atau 
Siti Zawiah 
( 017 316 9316 )
atau
+[60] 03 – 8925 3728
Alamat :
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.
GPS Coordinates :
2.95716N, 101.76518E
Website/Facebook/Email :
bgb.bangigolf@gmail.com
Waktu operasi :
6.30 am – 9.30pm Daily
Harga RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk Kanak-Kanak

The post Buffet Ramadhan di Selangor | Bangi Golf Resort appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Pakej Percutian di Pulau Pangkor

$
0
0

1a-462-600x350

Pakej Percutian di Pulau Pangkor. Sempena habisnya degree aku 20 jun 2014 ni dalam hati teringin untuk bercuti di Pulau. Saja nak tenangkan fikiran dan nikmati cuti aku yang terakhir sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang lagi mencabar.

Dalam hati ni teringin nak ke Pulau Pangkor kat Perak. Memandangkan Pulau Perhentian, Pulau Langkawi dan Pulau Redang aku dah pergi jadi pilihan ke empat aku adalah Pulau Pangkor.

Kira dalam list aku ni Pulau Pangkor berada di nombor 4 sebagai pulau terbaik di semenanjung Malaysia.

Seperti biasa sebelum aku menikmati percutian aku kali ini perkata pertama kena lah survey dulu pasal Pakej Percutian di Pulau Pangkor ni.

Antara resort dan calet yang dalam perhatian aku adalah Hornbill Resort orang kata resort ni ok banyak kemudahan. Harga pun tak lah mahal sangat.

Rate Bilik pun RM100 – RM180 satu malam. Not bad lah kan. Lagi pun Hornbill Resort terletak berhadapan dengan pantai Teluk Nipah yang terkenal di Pulau Pangkor serta berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, gerai-gerai makanan, kedai cenderahati dan internet cafe.

Selain tu, Seagull Beach Village Resort juga dalam senarai aku kali ni. Pakej Percutian di Pulau Pangkor yang di tawarkan pun agak menarik.

PAKEJ KELUARGA 

Seagull Beach Village Resort - Pakej 3 hari 2 mlm rm150 

  • Tiket Feri Lumut-Pulau Pangkor-Lumut
  • Transfer in/out
  • Penginapan di Seagull Beach Village Resort
  • Island tours

Antara tempat yang dilawati :

  • Teluk Dalam
  • Satay Fish Factory
  • Fui Li Kong Temple
  • Kota Belanda & Shopping di Pekan Pangkor
  •  Snorkling( Termasuk Sewa Peralatan)
  • Kayak

AKTIVITI PILIHAN

  • BBQ & KARAOKE (RM20 Seorang)

MINIMA 4 ORANG

JIKA 20 ORANG DAN KEATAS ,PERCUMA BBQ DAN KARAOKE

SILA HUBUNGI 019-4950341 (ABDULLAH ABD WAHAB)

 

So far 2 tempat ni menjadi pilihan aku. tapi tak tahu lah yang mana yang aku pilih masih di dalam survey lagi. Tapi aku ingat kali ni nak naik bas jer malas pulak nak drive. Lagipun nak kena balik perlis untuk final exhibition 26 hb nanti.
10458112_720730021320659_5871852126206501240_n
Ni Nipah GuestHouse. Di recommended oleh Tripads kira power lah resort ni. Harga pun tak mahal. Aku tengok komen pun semua positif. Tapi sayang dia renovate masa tarikh yang aku nak pergi. 

The post Pakej Percutian di Pulau Pangkor appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.


Aku Lepak Library Sebab Bosan Duk Kat Rumah

$
0
0

lib5

Nah tuh diaa tajuk. Dah boleh buat satu entri dah. Sebenarnya best duk library ni. Sejuk, boleh layan mata, tengok awek-awek cun kat sini. Nak nak budak first year fresh lagi. Aummm bergetah…

Hahah… ni lah rutin aku setiap hujung semester. Rajin sangat lepak library. Nak kata study jarang aku buka buku kat library. Datang semata-mata nak lepak. Boring sangat duk rumah. 

Boleh tengok TV. Tapi channel discovery dan history jer lah memanjang diorang pasang. Cuma jam 7 petang jer tukar TV3 sebab ramai nak tengok drama Aksia “Kerana Terpaksa Aku Relakan”.

Dah tak sampai seminggu lagi aku dah nak habiskan degree mesti aku akan rindu kat library ni nanti. Sebab tu aku lepak kat sini. Boleh tenangkan fikiran sekali.

10455572_602512379847794_2056987509270235120_n

Bajet study!!!

The post Aku Lepak Library Sebab Bosan Duk Kat Rumah appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Dulu Blogger Sekarang……

$
0
0

CB7E5515

Tu dia. Sapa kata blogger ni asyik mengadap laptop jer 24 jam. Siapa kata blogger ni anti sosial. Siapa kata blogger ni tak leh gi jauh. Kelas sekarang weh blogger pun dah boleh jadi artis dah. Tak caya tengok Haniz Zalikha dan Ijam Nizam. Dua2 dah jadi pelakon.

Blogger yang jadi model pula dah makin ramai antaranya Yuyu Zulaikha, Cik Epal, Fatin Liyana. Blogger lelaki pulak ada je yang jadi model tapi kebanyakkannya model katalog.

Baru-baru ni aku berpeluang untuk di photoshoot. Lokasi di Putrajaya dan Puchong. Susah juga sebenarnya nak jadi model ni. Nak ambil gambar jer pun tapi susah bukan main. Kalau ambil gambar guna fon ni senang jer tapi bila shoot dengan photographer profesional ni perasaan lain macam jer.

Ekspresi muka tu nak kena jaga. Mata, bibir semualah nak kena jaga. Nasib baik shoot masa tak der orang jadi tak lah sengan sangat.

Untuk next shoot masa bulan puasa nanti untuk koleksi baju raya.

Percubaan aku jadi model ni untuk main-main jer dan tak terfikir nak gi jauh pun.

906574_10202377422340840_6342216871010375163_o

10263972_10202378976939704_8001459213972536015_o

10286736_10202390849276505_5393128327459421658_o

10298200_598977020201330_1996608412235130548_o

10333770_10202395355189150_1957465076109379155_o

10371290_10202376548038983_7651646186411089341_o

The post Dulu Blogger Sekarang…… appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

KLIA2 Jom Shopping

$
0
0

Screen Shot 2014-06-18 at 6.50.20 PM

KLIA2 Jom Shopping. Wah KlIA2 ni tak lama lagi memang akan jadi salah satu tempat shopping terbesar di Malaysia. Tengok jer lah KLIA2 macam mana? Sapa pernah pergi sana tahu lah betapa habatnya KLIA2 ni.

Teringin pulak nak bekerja kat sana. 

Dalam mood final exam pom masih sempat nak shopping yer? Exam entah kemana nota pun melayang kat mana masih nak shopping lagi aku ni.

Shopping ni shopping di alam maya jer sebenarnya. Tapi mana tahu kalau rezeki korang boleh shopping betul-betul. 

Modal yang di beri RM5000. Belilah apa yang korang nak beli dengan duit tu di KLIA2. Rasa macam shopping online kot. Tapi cuma shopping jer lah barang tu bukan dapat pun melainkan korang jadi salah sorang pemenang.

Nak join?

Mudah jer ikut step di bawah ni.

1. Lawati laman web retail klia2 – http://whatsinyourbag.my/

2. Register macam biasalah, masukkan email kemudian tunggu activation email. Tak susah pun.

3. Dengan bajet sebanyak RM5,000, pilih barangan yang anda suka. Barangan ini boleh didapati di klia2 yang bakal menjadi sebuah shopping hub selain daripada sebuah lapangan terbang.

4. Dah siap pilih klik check out. Isikan butiran seperti nama penuh dan IC dengan lengkap. Lepas tu anda akan dimasukkan ke dalam senarai cabutan bertuah untuk memenangi barangan berharga RM5,000 yang dipilih tadi. Senang kan?

5. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook Indulge Malaysia Airports.

6. Peserta mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.

Screen Shot 2014-06-18 at 6.48.24 PM

Aku teringin giler nak Jam Tissot PRC 200 Automatic T055 tu. 

 

The post KLIA2 Jom Shopping appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Alhamdulillah Rezeki Sponsored Backpacker

$
0
0

Taipei101_Ext-NightContext_TaipeiFinancialCenterCorporation

Mungkinkah ini destinasi backpacker aku? Heheh…Tungguuu

Alhamdulillah Rezeki Sponsored Backpacker. Kalau dah rezeki kan. Berbaloi dengan sedikit pelaburan aku buat masa lampau. Dulu aku selalu tengok orang travel jauh-jauh. Teringin nak travel juga tapi apakan daya aku tak berkemampuan lagi.

Dalam hati bilalah aku dapat merasa travel macam depa semua tu. Eropah, US, Istanbul. Ohhh bestnya. Aku teringin nak backpacker (7 Sebab Kenapa Backpacker Lagi Best) Mesti mencabar gilerkan. Travel sorang-sorang. Kira masa untuk diri sendiri. Walaupun nampak macam forever alone tapi ianya bukan perkara yang mudah.

Aku harap bila dah kerja nanti boleh lah backpacking sorang-sorang ke destinasi yang aku nak pergi.

Tapi Allah maha kaya. Dia bagi rezeki aku untuk travel lebih awal lagi. Habis jer degree terus dapat offer dari TravelMob. Semua di sponsor. Destinasi tu nanti aku cerita kemudian. Yang penting aku akan fly backpacking dan semuanya di tanggung oleh pihak TravelMob.

Berbaloi juga aku berpindah ke niche Travel ni. Dapat award dan travel free. Tapi bukan senang tau nak berada di tahap macam ni. Macam-macam aku lalui. 

Kepada mana-mana blogger yang nak jadi travel blogger tu kenalah ikhlas. Bukan hanya kerana nak travel free tapi minat tu kena ada. InshaAllah satu hari nanti akan ada rezeki untuk di sponsor tanpa jadi KAKI KIPAS macam sesetengah blogger di Malaysia.

Aku sebenarnya tak berani nak publish benda yang tak kompen sebab biasanya tak jadi. Heheh.. tapi sebagai motivasi kpd diri sendiri dan rakan-rakan aku kongsi jugak. InshaAllah rezeki ada dimana-mana. 

The post Alhamdulillah Rezeki Sponsored Backpacker appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Degree is Over Bro…!!!

$
0
0

CB7E5539

Berakhir Sudah….. Selama 6 tahun bergelar student. Kini aku bergelar pengangur terhormat. Perasaan lega yang teramat selepas leganya SPM berakhir 7 tahun lepas.

Macam tak percaya pun ada yang aku sudah tamatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rangkaian Komputer. Dulu masa diploma nak sambung degree pun rasa macam mustahil tapi sekarang dah habis dah pun degree.

Alhamdulillah tak der sangkut so far. Dan aku berharap exam last semester yang baru habis ni semuanya lulus. 

Lepas ni masuk alam kerja dimana dunia yang lebih mencabar menanti….

The post Degree is Over Bro…!!! appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Semuanya Perlukan Jawapan

$
0
0

-3-persoalan-politik-indonesia-yang-harus-dibenahi_20131114093601

Dalam hidup tak ada yang  mudah. Semuanya perlukan sebab dan jawapan. Dalam mencari jawapan perlu langkah yang betul melakukan sesuatu tindakan. Biasanya jawapan yang betul kepada soalan yang sukar itu amat susah untuk di jumpai namun jika kena caranya InshaAllah boleh jumpa.

Eh apa plak aku merepek ni kan. 

Hehe.

Saja jer. Nak penulis mengenai travel tak ada idea pulak. Biasalah aku bila travel ni memang kering idea nak menulis. Balik dari travel baru ada idea untuk menulis pasal travel yang lepas. 

Aku ada upload beberapa keping gambar aku bercuti. Terlepas pulak. Sebenarnya aku bukan nak upload pun tapi tangan ni gatal nak snap gambar. lagipun dah memang kerja aku untuk kongsi pengalaman aku travel.

Tapi lepas aku upload ada pulak macam-macam yang pm aku. Kata menunjuk lah kata aku tengah bahagia lah. Macam-macam. Aku pun naik pening dah. Dah banyak kali aku explain yang aku ni Travel Blogger.

Itulah sebabnya aku rasa apa yang aku buat perlukan jawapan kepada sesetengah orang. Termasuklah setiap status fb aku. Pasti ada jer persoalan. Kadang-kadang aku pun pening nak bagi jawapan yang aku rasa tak ada jawapan pun untuk soalan tu.

Mungkin terlalu ramai yang caring kepada aku tapi tu lah aku ni kadang-kadang tak sedar akan setiap tingkah lalu diorang ni. Ataupun dalam bahasa tepat lagi aku tak suka dikongkong.

Apa yang aku kongsi itulah diri aku.

The post Semuanya Perlukan Jawapan appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Cabaran Demi Cabaran

$
0
0

cabaran-perniagaan1

Cabaran Demi Cabaran. Dalam hidup ni tak wajib kalau tak der cabaran. Setiap cabaran kita masing-masing berbeza. Tak boleh nak menunding jari kepada sesiapa untuk mengatakan ujian dan cabaran kita lagi hebat. Allah tahu setiap kemampuan hamba-hambanya. Cuma cara kita lalui dan tempuhi sahaja berbeza mengikut tahap keimanan seseorang.

Cabaran aku sepanjang buat degree memang tak termampu aku ungkapkan. Sehingga hampir sahaja aku berputus asa untuk berhenti dari belajar. Namun rancangan Allah untuk aku lagi hebat. Akhirnya aku dapat habiskan degree…

berbalik kepada cabaran hidup ni aku bukan nak bercerita mengenai segulung ijazah yang bakal aku dapat tapi cabaran dalam hidup termasuk menjadi seorang blogger.

Kini hidup aku baru bermula. Sudah pasti cabaran hidup aku semakin sukar. Tapi IshaAllah semuanya akan OK.

Ni lagi satu cabaran. Segala jenis sijil aku dari kecik sampai sekarang hilang macam tu jer. Aku sendiri pun pening tak tahu kemana menghilangnya file sijil-sijil berkenaan. Biasa aku letak kat meja study aku jer. 

Kalau boleh tak nak buat aku tuduh orang dengki sehingga sanggup…..

Dah lah sekarang musim temuduga yang memerlukuan sijil-sijil berkenaan untuk dapat kan kerja. Adoiii pening kepada duk fikir benda ni. Satu rumah aku cari tak jumpa-jumpa.

The post Cabaran Demi Cabaran appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.


5 Keghairahan Seorang Lelaki

$
0
0

Screen Shot 2014-06-27 at 12.18.53 AM

5 Keghairahan Seorang Lelaki | Dah lama rasanya tak buat entri mengenai lifestyle lelaki. Dulu selalu juga entri macam ni jadi pilihan. Sejak tukar chanel ke travel ni hal-hal lifestyle lelaki ni macam tak der idea jer nak di perah.

Tengah duk online sampai tak tahu nak buat apa aku terpandang satu jenama minyak wangi polo ralph lauren yang baru di keluarkan. Romantic night ke apa. Tak sure pulak aku.

Tangok komen yang dah beli macam bau sedap. Sesuai lah dengan harga di sehingga mencecah RM400++. Aku ni kalaulah banyak duit memang aku habis duit beli perfume jer kot. At least kena ada 3 jenis perfume.

Dibawah ni aku kongsikan keghairahan aku sebagai lelaki yang nak sangat aku miliki.

  • Perfume

Perfume ni paling kurang wajib ada 3 jenis. Ye lah kan takkan lah nak pakai jenis tu jer memanjang. Nanti bosan pulak. Tahu bau wangian yang kita pakai ni sebenarnya mempengaruhi mood kita. Paling aku suka jenama Polo. Dulu aku pernah pakai Polo Red memang puas hati.

  • Jam Tangan

Yang ni pun satu. Aku dah ada sampai 5 jam tangan. Tu pun bila gi kedai tengok jer yang smart rasa nak beli tapi apakan daya belum berkemampuan. Tunggu hadiah jer tiap2 tahun baru leh merasa jam tangan.

  • Kasut/Sandal

Kasut ni tak kiralah kasut sukan ker kasut bergaya ker bagi lelaki memang ianya sesuatu yang amat penting. Aku dalam simpanan pun dah ada dalam 8 pasang. 

  • Gadget

gadget ni termasuk smart phone, Laptop, Kamera dan Tablet. So far tablet tu aku belum miliki lagi. InshaAllah bila dah kerja nanti nak juga angkat iPad satu. Tapi rasa macam x der kegunaan pulak. Kamera dah ada dan Smart Phone aku dah ada 4. (iPhone, Samasung S4, Lenovo Vibe Z dan Blackberry Z30).

  • Majalah

Majalah ni tak ramai pun lelaki yang suka kumpul tapi ad ajuga yang suka. Aku tak der lah gila sangat nak kumpul mahalah ni. Kalau aku gi kedai buku baru aku beli 2 3 majalah. Biasanya aku beli Solusi, Majalah Pancing dan Travel. Kadang-kdang aku beli juga majalah Maskulin tapi lepas kena tegur kat member2 orang gay jer yang baca majalah maskulin terus aku stop dari beli.

The post 5 Keghairahan Seorang Lelaki appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Kuala Lumpur Lagi

$
0
0

selangor-and-kuala-lumpur

Kuala Lumpur Lagi…. Bulan ni sahaja dah 3 kali aku turun kuala lumpur. Ada jer kerja yang memerlukan aku turun KL ni. Dah naik bosan dah aku rasa. Hajat nak balik kelantan selalu tergendala. 

Kali ini 3 hari aku di KL. Dan ada 2 interview, Harap-harap dapat lah. Dah penat aku nak turun KL ni. 21 Julai nanti nak kena turun KL lagi untuk fly ke Taiwan.

Hari pertama puasa di KL agak tidak menyeronokkan. Hanya berbuka puasa dengan kurma dan buah jer. Rasa malas pulak nak keluar gi bazar. Ingat esok kot baru nak turun di bazar ramadhan putrajaya.

InshaAllah kalau tak der masalah lusa dah boleh balik kelantan. Rindu giler nak balik kampung….Kawan-kawan lain bila habis study semua balik kampung aku terus cari kerja.

The post Kuala Lumpur Lagi appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

(Tips) Melancong Lebih Mudah Dengan TravelMob

$
0
0

travelmob-website

(Tips) Melancong Lebih Mudah Dengan TravelMob. Pernah dengar pasal travelmob? Travelmob ni kira macam laman web agoda jugak lah. Kalau nak tempah bilik atau homestay semasa bercuti di seluruh asia pasifik ni bagi aku melalui travelmob ni lagi senang. 

Banyak hotel-hotel murah dan bajet boleh didapati melalui laman web tarvelmob. Cara nak tempah pun senang tak menyusahkan pelanggan. 

  1. Klik laman web TravelMob
  2. Masukkan destinasi untuk melancong
  3. Tarikh check in dan check out
  4. how many person 
  5. Then laman web TravelMob akan paparkan semua senarai homestay dan hotel di tempat yang anda ingin melancong.

So simple kan? Memudahlan pelanggan. Di TravelMob juga korang boleh baca tips-tips melancong di tempat yang korang ingin pergi. Korang juga boleh tengok komen-komen yang para pelancomg tinggalkan untuk setiap destinasi anda.

Untuk bercuti di Taipei 21 julai 2014 nanti aku juga menggunakan khidmat TravelMob. Sangat-sangat mudah u all….just ambil masa beberapa minit jer.

Lagipun semua hotel-hotel yang direview adalah antara hotel yang terbaik dan harga yang berpatutan ok…

 

The post (Tips) Melancong Lebih Mudah Dengan TravelMob appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Di Kelantan Sudah

$
0
0


pokok-kurma-di-kelantan

Alhamdulillah akhirnya aku sampai juga dibumi kelantan. tempat kelahiran aku dan keluarga aku. Setelah merantau lebih 7 bulan dibumi perlis. rasa rindu giler macam tak percaya jer rasa kau dah ada dibumi kelantan.

Perkara pertama aku buat bila balik kampung mestilah kena kemas bilik. Maklumlah bilik aku ni tak der orang guna. Jadi kadang-kadang tu jadi stor jer. Lagi pun debu banyak kena cuci bersih dulu baru boleh tidur dengan lena.

habis jer kemas bilik benda yang wajib buat adalah melawat kebun bunga mak aku. Aku ni spesis minat bunga. Jadi tiap-tiap petang aku akan luangkan masa dengan bunga-bunga my mom.

Satu lagi rutin yang perlu aku buat adalah jadi driver kepada mak aku. Biaslah aku bawak balik kereta mesti banyak barang-barang yang nak dibelikan nanti. Hari jer aku bejaya angkat TV sebijik. Mak aku kata nak letak kat dapur sambil-sambil masak dia nak tengok TV. TV kat ruang tamu tu jauh sangat.

Anyway baru nak releks-releks dikampung terus dapat ofer kerja di Bukit Bintang Kuala Lumpur sebagai engineer. bermula 7 julai 2014. Lagi beberapa hari lagi. Ahhh sungguh tak best…aku tak habis lagi nak bercuti ni…rosak habis plan…

The post Di Kelantan Sudah appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Mr. Blogger Vs Mr. Engineer

$
0
0

463218708_640

Mr. Blogger Vs Mr. Engineer  | Wohaaa… tak sangka kan. Aku sendiri pun masih belum percaya lagi. Aku dah jadi Mr. Engineer dah sekarang. Dulu masa supervisor tanya bila habis belajar nak jadi apa aku cepat-cepat jawab bukan engineer. Hahha..

Walaupun SV aku selalu train aku dengan tegas supaya aku jadi engineer aku tetap cakap aku tak nak jadi engineer. Well…lepas seminggu aku melangkah keluar dari UniMAP terus dapat offer jadi engineer.

Offer pertama dari Emerio. Merupakan company dari jepun. kira company besar juga lah. Jawatan yang di terima sebagai Network Engineer tapi aku perlu tarining selama 3 bulan tanpa gaji. Walaupun tempat tinggal dan makan disediakan tapi aku rasa aku tak berminat nak terima kerja ni.

Tawaran kedua pula sebagai System Engineer di Bukit Bintang. Salah satu company web hosting iaitu Exabytes Network SDN BHD. Walaupun kerja ini tak berkaitan dengan apa yang aku belajar di universiti tapi aku tetap berminat kerana kerna ni merupakan kerja yang aku buat since 2009 lagi sebab ianya berkaitan dengan blogging.

Masa interview hari tu pun aku diterima disebabkan pengalaman aku alomost 4 years dalam bidang web hosting ni. walaupun belajar sendiri okey.

Masa kecil-kecil dulu pun nama engineer tak pernah tersenarai dalam list cita-cita aku. Yang aku plan nak jadi Polis, Askar dan Cikgu. Pastu berangan nak kerja kat syarikat macam dalam tv tu. pagi-pagi bawak beg masuk opis.

Apapun aku dah terima job ni 8 julai 2014 nanti aku akan mulakan satu lagi fasa dalam hidup aku alam pekerjaan yang menjanjikan cabaran yang lebih mencabar.

lepas ni dah susah nak travel dah sebab teringat dengan kerja. Travel ke Taiwan 21 julai 2014 ni pun aku ambil cuti tanpa gaji. Nak travel ke Jerman dan Netherlands October ni pun aku rasa macam kena cancel jer. Rugi woo tapi nak buat macam mana. Kerja sebagai blogger ni pendapatan bukanlah tetap. Kalau income dah macam abg Ben Ashaari tak perlah jadi bloggger full time pun.

The post Mr. Blogger Vs Mr. Engineer appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.

Viewing all 788 articles
Browse latest View live


Latest Images