Quantcast
Channel: Faizal Fredley
Viewing all 788 articles
Browse latest View live

Kesan Dari Kenaikan Harga RON 95 Kepada Pelajar IPT

$
0
0

Al-kisahnya….. Hari ni heboh perdebatan mengenai kenaikan Harga Minyak RON95 sebanyak 20sen seliter yang baru diumumkan sebentar tadi oleh PM kesayangan kita semua…Macam-macam keluar status di Facebook mahupun Twitter dan Blog…Masing-masing membantah dan tak kurang  jugak yang setuju.

Bagi yang setuju tu aku tak tahu lah apa yang ada dalam kepala otak beliau…Nak sokong pun sokong lah gua tak heran sebab orang kata kalau dah berkarat tu tetap berkarat kata apa pun semua setuju…

Screen Shot 2013-09-02 at 9.58.47 PM

Ni salah satu status oleh salah seorang rakan FB aku dan juga seorang blogger macam aku juga…Pendapat beliau menganei Kesan Kenaikan Harga Minyak RON95 kepada student IPT… ermm actually lebih kepada PTPTN dan isu kenaikan harga barang.

Student .. belajar kat IPT .. dengan pinjaman PTPTN. Kena pinjam, duit tak cukup, belanja harian dah makin naik.

Kena belajar pandai-pandai, kena bersaing dengan ramai untuk dapat kerja bagus. Keluar IPT nanti, dapat ijazah …nak bayar PTPTN. Nak beli rumah … errr nak beli kereta … errr nanti dulu, duit tak cukup .. belanja harian dah makin naik. Nak hantar mak pak gi haji lagi ..

Kena keja keras … kena cari duit banyak-banyak, bagi habis bayar pinjaman PTPTN, nanti nak kawin …. tak nak buat maksiat. Susah nak kawin sbb hantaran mahal sangat … kata mereka belanja harian dah makin naik.

Nak pegi haji, hmm tak cukup lagi duit tabungan, semua duit kena guna nak bayar PTPTN, kahwin? Hmm nampaknya tak naklah kahwin .. nanti kawin kena banyak duit … yelah, belanja harian dah makin naik.

Mak abah rindu. Nak balik kampung. Tak boleh nak balik, mungkin raya 10 tahun nanti baru leh balik. Susah nak balik, tol mahal, minyak mahal … sekarang ni pun makan ikat perut hari2. Kawin …hmm dah lupakan dah.

Gara-gara belanja harian dah naik …. -HASRUL HASSAN

Kan…Untunglah rakyat malaysia kan….Malaysia masih lagi aman….


Kembali Ke UniMAP

$
0
0

1006228_664828033531234_967934441_n

Gambar sekadar hiasan

Tempoh 3 Bulan untuk Latihan Industri dah habis sudah, 9 September nanti mulalah aku menghadiri kuliah bagi tahun terakhir sebelum aku gengam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Tak sabar rasanya nak habiskan Degree nih…Penat woo asyik study jer nak jugak kerja cari duit sendiri.

3 Bulan di Putrajaya dan Cyberjaya ni banyak mengajar aku tentang kehidupan seorang Lelaki dewasa. Bangun pagi pergi pejabat, Tanggungjawab sebagai seorang pekerja, Makan minum diuruskan sendiri, Sewa rumah dan kereta di tangan sendiri. Wah terasa macam orang dewasa sangat dah aih….

Dah Boleh kahwin dah kalau macam ni. Heheh tapi Tempoh 3 bulan sudah tamat lepas ni kembali sebagai seorang student, Bangun pagi-pagi pergi kelas, Masuk Lab, Exam, Test, Quiz. Ahhh….Bosan dah…..

Apapun selamat kembali ke Unimap, Kali ni dah kena duk kat Kampus Tetap di Pauh lagi lah Sh**….heheh

Restoran Saba Cyberjaya | Nasi Arab Terbaik

$
0
0

IMG_3767

Kepada sesiapa yang nak cuba Nasi Arab Terbaik di Malaysia ni aku sarankan pergi ke Restoran Saba Cyberjaya. Nasi Arab yang sangat puas hati bila dinikmati. Harga pun berpatutan. Tak mahal tak murah.

Baru semalam aku berpeluang untuk menikmati nasi arab yang dikatakan terbaik di malaysia ni. Akhirnya setalah 3 bulan aku kerja di cyberjaya semalam dapat juga aku rasa.

IMG_3769

Seperti aku baca review kalau nak makan kat restoran saba ni jangan pergi di waktu puncak diantara jam 12 tengah hari hingga 3 petang sebab orang terlalu ramai sampai tak der tempat duduk. Waktu malam tu masih lagi ramai orang.

IMG_3770

Jadi aku ke sana jam 4 petang. gigih tahan lapar dari pagi semata-mata nak makan kat restoran saba ni. Dan memang berbaloi. ternyata sedap.

Destinasi Percutian Bajet Musim 4

$
0
0

Razif-Hisham-Endau-Rompin1

Razif Hisham

Destinasi bajet yang disiarkan di NTV7 ni merupakan salah satu rancangan kegemaran aku. Travel is my favourite. That why rancangan ni menjadi antara rancangan paling aku minat selain rancangan Joran di TV3.

Untuk destinasi bajet musim 4 ni nampaknya pengacaranya telah pun bertukar, Kalau dahulu Qi Razali merupakan host tapi sekarang digantikan dengan Razif Hisyam. Kalau tengok dia ni pengacara jugak selalu muncul kat 8TV.

Bagi aku musim ni tak berapa nak best. Gaya dia tu agak formal sangat memang tak sesuai untuk rancangan ini. Bagi aku kalau bagi kat Farish host 360 lagi sesuai, kalau tak pun ambil jer aku..hehehe

Destinasi Bajet ialah sebuah rancangan berbentuk informasi yang bertujuan membantu rancangan melancong di destinasi-destinasi dalam Malaysia dengan wang perbelanjaan tidak melebihi RM300.

Menurut info yang aku terima rancangan ni mengguna kan 3 pengacara sebenarnya dan Razif ni salah seorang dari mereka, dan Qi Razali masih lagi salah seorang pengacara Destinasi Bajet kali ini.

Seperti biasa, setiap bajet percutian di dalam Malaysia akan ditetapkan di antara RM300. Manakala, destinasi luar negara pula adalah sebanyak RM700.

Menerusi pelbagai info yang dikongsikan oleh pengacara Destinasi Bajet, penonton dapat menggunakannya sebagai panduan sebelum dan ketika melancong.

Jadi, bagi yang sudah merancang untuk bercuti, apa kata anda luangkan masa menonton Destinasi Bajet musim ketiga di NTV7 bermula 5 September 2013 pada setiap hari Khamis jam 8.30 malam.

Cyberjaya Painball Park – Medan Pertempuran Blogger

$
0
0

Sabtu lepas bertempat di Cyberjaya Painball Park berlangsungnya game di antara blogger untuk permainan yang agak lasak iaitu painball. Seramai 12 orang blogger berjaya hadir untuk menguji ketahanan masing-masing. Antaranya Ben Ashaari, Bro Framestone, Yana Yassin, Ammar Yasir, Ayue Jean, Hafiz Rahim, Papa Blogger, Abang Zahari, Fazrol, LAdfe Amir dan Anarm.

Painball ni memang dah lama hajat dihati ni nak main tapi akibat harga terpaksa di tangguhkan buat sementara waktu.

Dan Berjuta terima kasih diucapkan kepada Tuan Punya Painball Cyberjaya Park diatas invitation untuk blogger bermain painball secara percuma ini. memang sangat Bebaloi.

Jika sesiapa yang berhampiran lebah kota, Putarajaya, Cyberjaya tu apa kata korang luangkan sedikit masa dengan bermain painball ni. Confirm Puas hati. Terletak berdekatan dengan MMU Cyberjaya Painball Park adalah satu tempat yang boleh di cuba di waktu lapang.

peta-lokasi-paintball-cyberjaya-park

5 Field yang di tawarkan di Painball Cyberjaya Park

Walaubagaimana pun kami hanya berpeluang bermain di field 1 dan 2 sahaja disebabkan pakcik-pakcik blogger yang join semua tak larak dah, maklumlah dan berumur kan..keh keh keh….jangan marah naaaa…

Bagi yang berminat untuk bermain painball ni terdapat beberapa pakej yang disediakan di Cyberjaya Painball Park antaranya Pakej Pack500 pada harga RM90.

Ianya termasuk pakej basic (Marker Set + Mask + HPA +field access + 500 Pallets)

Lokasi

CYBERJAYAPAINTBALL @ KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA, CYBERJAYA, SELANGOR | INFO@CYBERJAYAPAINTBALL.COM | 012.606.6255

Untuk segala info lebih lanjut boleh ke facebook page Cyberjaya Paintball  dan boleh juga hubungi mereka
Sani @ sani@cyberjayapaintball.com or call 6012.201.5440 | 6012.606.6255
Zalman @ wzalman@cyberjayapaintball.com or call 6012.210.2145
Zul @ acong@cyberjayapaintball.com or call 017.875.4508
Jamal @ jay@cyberjayapaintball.com or call 019.301.7001

Ataupun lawati laman web http://www.cyberjayapaintball.com

Sesi Bergambar

DSC_0514

DSC_0539

DSC_0545

DSC_0568

DSC_0569

DSC_0603

DSC_0614

DSC_0621

DSC_0644

iPhone 5S dan iPhone 5C di Malaysia

$
0
0

iphone_5s_5c

2 hari lepas apple telah mengumunkan pelancaran terbaru poduk dari apple iaitu iphone 5C dan iPhone 5S yang sememangnya bakal mewarnai dunia gadget masa kini. Kehadiran iPhone 5S boleh dikatakan agak relevant kerana sudah hampir setahun sejak apple keluarkan iPhone 5.

iPhone 5S dan 5C akan mula dipasarkan pada 20/9/13 termasuk di Singapore. Adalah dijangka harga iPhone 5S Malaysia akan kekal seperti harga iPhone 5 ketika dilancarkan iaitu RM2199 untuk 16 GB, RM2399 untuk 32 GB dan RM2599 untuk 64GB.

Mengenai iphone 5C aspek yang bakal dilengkapi oleh gadget ini agak murah berbanding iphone 5S. tetapi ianya bukan bererti iphone 5C ini setanding dengan phone murah yang lain. Paling kurang pun harga untuk iphone 5C lebih kurang RM1700 di Malaysia.

dengan kehadiran iphone 5C nanti ianya menggalakkan lagi penggunaan iphone di kalangan pengguna berpendapatan rendah.

Antara ciri-ciri yang ada untuk iphone 5S adalah:

  1. Warna emas akan diperkenalkan sebagai tambahan kepada warna putih dan hitam yang sedia ada.
  2. Menggunakan processor A7 dengan cip pemprosesan berasaskan 64-bit. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.
  3. Kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik
  4. Fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps.
  5. Memkenalkan fingerprint scanner yang dinamakan touch ID merupakan perubahan paling terbaik.
  6. Menggunakan iOS 7.

rasa rugi pulak pilih S4 tiga hari lepas…….

Samsung S4 Hadiah Birthday ke 23

$
0
0

1240412_10200758750875065_698473508_n

Alhamdulillah rezeki untuk untuk menjadi salah seorang pengguna Samsung S4. Hadiah yang tak disangka-sangka semasa hari lahir aku yang ke 23 9 september lepas. Memang terkejut jugak bila aku di bawa ke kedai telefon untuk pilih sendiri telefon yang aku nak. Ikutkan hati nak jer ambil iphone 5 tapi memandangkan aku dah ada iphone 4 jadi terpaksa ambil s4.

Teringin jugak nak try guna s4 ni. Nampak macam best jer bila tengok review dalam youtube. lagi-lagi bila tengok Shakiddo duk asyik ambil gambar guna s4 jer.

Dan sepanjang aku guna not bad lah lah smooth jer rasa gambar pun betul betul clear…..

Terima Kasih sayang sebab bagi hadiah ni…ianya sangat bermakna bagi aku…

RM700.00

$
0
0

1233276_10200792094028623_525407249_o

Kopak Kopak, Inilah situasi bila pakai kereta, poket susah sangat nak penuh, ni belum lagi ada anak bini. Kalau ada anak bini tak tahu lah macam mana. Jawabnya setahun sekali jer lah aku tukar baju.

Makin lama perbelanjaan pun makin naik, dengan kenaikkan harga minyak ni semua nya akan turut naik. Parah buat rakyat yang berpendapatan rendah. macam aku ni masih lagi sebagai student lagi parah.

Nak harapkan PTPTN?

Memang tak cukuplah….

Belanja makan dan minum seminggu pun dah mencecah RM100 dengan keadaan ekonomi sekarang.

 Minggu ni perbelanjaan untuk kerata sahaja dah RM700 ++. Belum tambah perbelanjaan lain lagi.

Minyak Kereta Dari Putrajaya ke Perlis dah RM60

Duit Tol RM60

Bateri Kereta RM170

Tayar kereta RM310

So, Minggu ni perbelanjaan aku untuk kereta RM700

memang betul betul kopak…


Final Year Project

$
0
0

 

final-year-projects

Alhamdulillah sekejap jer masa berlalu sekarang dah pun masuk tahun ke 4 ataupun final year. Tak sampai setahun lagi InshaAllah aku akan tamatkan degree aku kalau tak ada apa-apa masalah lah.

Baru semalam rasanya aku mendaftar masuk ke unimap untuk degree dan tahun ni dah pun aku masuk tahun akhir.

Apabila dah masuk tahun akhir ni masa tu memang akan bertambah padat walaupun jadual agak banyak gap tapi disebabkan final year project, gap yang banyak tu terpaksa diisi dengan aktiviti di dalam lab.

Untuk projek tahun akhir aku memang lebih kepada bidang yang aku ambil iaitu dalam network. Jika sebelum ni memang aku mendapat tajuk lebih kepada Komputer iaitu bina satu apps android namun disebabkan aku malas nak ambil tahu programming jadi aku tolak aku ambil IP Router.

Projek ni memang tak ada programming langsung namun agak tuff jugak sebenarnya..

images

Tajuk Final Year Project aku.

Experimental Performance Evaluation of Traffic Engineering in MPLS Networks: Route Methods and Analysis

A general methodology to access the performance of MPLS network equipped (Cisco 2811 routers and Cisco 1841 Routers) with a OSPF-TE routing protocol. We are interested in identifying the parameters which strongly affect the overall performance. The aim of this project is to experimentally evaluate the impact of the traffic engineering against the MPLS networks. The numerical results are compared in term of network utilization, connection blocking probability, and bidirectional setup-time.

Basically aku pun memang tak faham tajuk apa yang aku pilih ni tapi dengar briefing dengan my supervisor Dr. Nazri memang kena bermalam dalam lab kot…

Apapun wish me good luck untuk FYP ni….

Ulasan – Everton 1 Chelsea 0

$
0
0

article-2420166-1BD23DAB000005DC-272_634x348

Mengikut perspektif aku, Chelsea memandang rendah keupayaan Everton. Mereka tak begitu aktif dalam transfer window baru2 ini + 3 kali berturut-turut seri + di bawah pengurus baru, jadi para pemain kita akan fikir ia akan jadi satu game mudah. Sikap acuh tak acuh memakan diri.

Jika nak ukur kualiti bahagian serangan Chelsea & Everton, sudah tentu kita tahu yang mana lagi hebat. Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, Everton lebih aggresif, lebih dahagakan gol berbanding Chelsea. Sememangnya mereka layak untuk memungut 3 mata penuh.

Bila sudah kalah & tak menjaringkan apa2 gol, sudah tentu kita akan persoalkan taktikal yang dibuat oleh pengurus. Schurrle tidak sepatutnya bermain dalam kesebelasan utama. Dia mensia-siakan peluang terbaik untuk Chelsea leading 1-0 sebelum Naismith score.

Dan aku pasti ramai yang tidak berpuas hati ketika Mata dikeluarkan. Mata adalah pemain terbaik Chelsea untuk dua musim berturut-turut & juga game-changer, di situ aku agak konfius bila dia digantikan dengan Oscar.

Jika Mourinho lebih awal memainkan Hazard, Oscar & Mata, aku rasa situasi mungkin akan jadi berbeza. Kemasukan Torres pula hanya sekadar melengkapkan substitution. Mankala debut pertama Eto’o kurang memuaskan. Jadi secara keseluruhan Chelsea bermain buruk. Kita harus terima kekalahan ini & mengakui kehebatan Everton.

Kalau lihat statistik pun, Chelsea kadang2 sahaja dapat menang di Goodison Park. Bila sebut pasal Goodison Park, ia mengingatkan aku kepada Carlo Ancelotti & AVB yang dipecat sejurus sahaja Chelsea kalah 1-0 di sana.

Walaupun kalah aku masih terfikiran positif. Jangan fikir selepas kalah dengan Everton ini, prestasi kita merosot lah, Chelsea main makin teruk. Ini baru awal musim. MU musim lepas pun kalah 1-0 dengan Everton di sana & 9 bulan berikutnya mereka juara liga.

Chelsea sudah tentu akan bangkit selepas ini. Tidak guna jika awal musim bagus, tapi kemudiannya tidak konsisten & terus tercicir mata.

Pulau Redang Terengganu

$
0
0

Pulau Redang 2

Pulau Redang Terengganu, Salah satu gambar yang mengimbau kenangan lalu semasa percutian 3 hari 2 malam di Pulau redang bulan lepas.

Memang satu kenangan yang tak akan dapat di lupakan… namun segalanya bagaikan…..

Survivor 27 – Blood Vs Water

$
0
0

rs_560x415-130821093046-1024.Survivor.mh.082113

Survivor dah musim ke 27 dah. Antara rancangan realiti Yang paling aku minat. Dari season 1 di Borneo Malaysia sampai lah Season 27 di Philippine memang aku tak pernah tinggal. Mesti layan dan dalam hard disk aku pun full episode setiap season aku simpan untuk di layan di waktu bosan. Memang tak kan pernah bosan walaupun dah tengok 10 kali.

Seingat aku, aku mula layan survivor ni sejak aku tingkatan satu lagi kot masa tu ianya ditanyangkan di NTV7. Masa tu survivor Vanuatu kot.

Untuk Musim ke 27 ni ada kalainan sikit apabila memperkenalkan hubungan kekeluargaan.

Tapi bagi aku peserta untuk musim ini tak sehebat sangat pun disebabkan tak ada peserta favourite yang aku minat. Namun disebabkan aku ni peminat setia survivor tetap layan.

Antara yang aku support untuk musim ni maybe Kat dari survivor One World kot.

Musim ni juga memperkenalkan kembali format Redemption dimana setiap peserta yang disingkirkan berpeluang untuk kembali dalam game sama seperti survivor Redemption Island yang di menangi oleh Rab Mariano 2 tahun lepas.

Apapun gua dah tak sabar nak layan survivor 27 yang bakal ditayangkan pada 18 September 2013 nanti…..

Update iOS7 iPhone 4/4s

$
0
0

Alhamdulillah selesai sudah kerja update mengupdate apple iphone 4 aku petang tadi, iOS 7 secara official nya telah dilancarkan pada 19 September 2013. rata-rata pengguna apple memang menantikan pembaharuan yang bakal di perkenalkan oleh apple menerusi iOS7 termasuk aku.

Secara generalnya aku sebenarnya memang tak nak update akibat internet di kolej aku cukup lembab. Wifi jiran sebelah pun ada tapi akibat tinggal bersama pelajar komputer engineering ni faham-faham lah ingatkan aku jer yang hack nak guna wifi tu, rupa-rupanya 4 5 orang lagi duk guna. cam haram jer kerja duk hack wifi orang. Tu belum dikira yang guna modem nak tarik signal wifi lagi tu.

1240201_10200828963390334_678548043_n

new interface iOS7 untuk iPhone 4

Berbalik cerita mengenai iOS7 ni selepas 6 jam menggunakannya memang aku berpuas hati. Interface yang menarik dan berbagai function telah ditambah. Memang best dan nampak hebat.

Tapi satu perkara aku tak puas hati apabila iphone 4 aku nampak berwarna warni sikit. serius hilang kemacholan aku..

Secara total aku amat berpuas hati dengan iOS7 di iPhone 4 aku walaupun proses  nak update memakan masa yang agak lama kerana saiz iOS7 melebihi 1G….

Kepada yang dah update iPhone, iPad dan iPod korang tu enjoy bersama iOS7 yang awesome…

Disengat Charlie atau Kumbang Rove di UniMAP

$
0
0

tom2

Charlie atau Kumbang Rove – Mengerikan

Kumbang rove atau lebih di kenali sebagai charlie merupakan sejenis serangga yang mempunyai bisa yang sangat kuat seperti asid apabila terkena di kulit manusia. Perkara ini telah pun dirasai oleh aku sendiri sepanjang berada di unimap.

Kumbang rove atau charlie biasanya hidup disekitar sawah padi so no wonderlah kolej kediaman unimap yang berhampiran dengan sawah padi sentiasa menjadi buruan kumbang charlie yang tertarik kepada cahaya.

20130922_004117

Kesan bisa Charlie atau Kumbang Rove di betis aku, Bulu tu boleh abaikan

 

Jadi mangsanya sudah semestinya pelajar unimap atau lebih specificnya adalah aku sendiri.

Almost 3 year aku tak kena charlie namun minggu ini pengalaman kena charlie dapat aku rasa kembali selepas 3 tahun dulu. Masa mula-mula aku kena charlie di kolej kediaman unimap kuala perlis. Kat sana memang wajib setiap pelajar merasai pengalaman ini.

Paling teruk aku pernah kena di paha. Masa tu memang perit, nak berjalan pun pedih nasib baik tak kena tempat tut….hehe

Biasanya kalau kena charlie ni orang letak ubat gigi sebab ubat gigi ni bersifat alkali. Tapi bagi aku dah biasa kena tu x adalah nak meraung sangat. just bagi dia sembuh dengan sendirinya…dah seminggu kena alhamdulillah sekarang bertambah baik…

Aku Punya Sayap, Tapi Tidak Bisa Terbang

$
0
0

faizal

Perumpamaan apakah ini? Aku pun tak pasti cuma apa yang aku rasa aku punya apa yang orang lain tiada tapi sia-sia sahaja sebab aku tidak boleh menikmati apa yang aku ada…ibarat punya sayap tapi tak bisa untuk terbang…

Terbang kemana tu biarlah aku sahaja yang tahu…

Bukan bererti aku tidak bersyukur tetapi alfa  dan fakirnya ilmu aku hingga tidak bisa melihat kebaikan dengan apa yang di kurniakan oleh Pencipta aku.

Mengeluh aku bukan bererti aku  berputus ada dengan ujian yang diberi namun kadang-kadang terasa dugaan yang diberi kepada ku terlalu berat untuk aku lalui walhal aku sudah tahu setiap ujian yang Allah berikan kepada hambanya berdasarkan kemampuan setiap hambanya dan sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Andai tiba-tiba putus asa itu hadir dalam diri, berhenti sejenak. Toleh ke belakang. Lihatlah betapa jauh perjalanan yang telah kau susuri selama ini. Jalan berliku itu telah mampu kau tawan. Bukankah itu kebanggaan buat dirimu?

Teruskan berjalan, berhenti sejenak, menghela nafas dan berjalanlah semula. Kekuatan sebenar adalah dari semangat yang tidak pernah mahu mengalah. Jangan bimbang. Destinasi impian, ada di hadapan.

PS: Sebuah coretan untuk diri sendiri….


Why Would You Care

$
0
0

Sunset_Alone_by_ibadurrahman1

Why would you care, if i die or live those stuff you can’t ask me about

And what will you say, Who is changing for sure it appears on him

Who is in front of me, he is someone that i don’t know

I am not worrying anymore to leave him or hurt him

alot of lovers met and they didn’t go on

And eachone can do what he finds it better for him

what do you want to hear, Some words to make you feel that you aren’t wrong

and how it would be useful, go and see your life, the wound in my heart i forgave you for it

Trip Ke Bangkok 4 Hari 3 Malam – Patpong Dan Paragon Mall

$
0
0

DSC_0225

Peta perjalanan Nok Air….

Trip ke Bangkok kali ini adalah sambungan daripada entri aku yang lepas iaitu Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Bangkok, Thailand Part 1 dan Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Bangkok, Thailand Part 2. Bagi sesiapa yang mahu lihat perjalanan dari awal hingga hari ketiga aku di Bangkok boleh ke link di atas.

Untuk entri Trip ke Bangkok ni aku kongsikan aktiviti aku sepanjang hari ke tiga dan keempat sepanjang aku disana.

Untuk hari ke- 3 dan ke-4 aku dapat jalan-jalan secara santai sebab rehat pun dah cukup so otak dan badan pun dah boleh recover balik kepenatan naik bas selama 17 jam dan kepanasan aku ronda-ronda ke pasar Chatuchak.

Antara tempat yang sempat aku jalan-jalan di Kota Bangkok di Hari ke-3  ni adalah Patpong, Paragon Mall dan The Platinum Shopping Mall. Cukuplah 3 tempat ni jer aku pergi sebab tempat ni sangat-sangatlah besar. Bagai nak tercabut kaki aku berjalan ka sana.

ni aku kongsi beberapa gambar sepanjang hari ke 3 aku di bangkok…

DSC_0057

On The Way ke Platinum Shopping Mall, Dalam ni ada beratus- ratus kedai, memang kalau bawah pompuan kompen x nak balik lah diorang nih…

DSC_0062

DSC_0067

DSC_0069

Shopping sedikit baju untuk kawan-kawan

DSC_0095

dan sampai di Paragom Mall, kat sini just jalan-jalan jer, nak shopping x mampu sebab barang semua mahal-mahal

DSC_0101

Louis Vuittion

DSC_0112

DSC_0137

Prada butik

DSC_0149

Giorgio Armani Butik

DSC_0163

dah habis pusing-pusing mall, kita pusing kat luar mall pulak

DSC_0166

aku cuba speaking Siam untuk bili air ternyata dia tak faham…ehehhe

DSC_0167

masa ni kat luar platinum mall kot

DSC_0170

DSC_0172

Ni pulak gambar sekitar hari ke 4…dah nak balik dah tak sempat nak gi mana-mana sebab flight jam 1 petang ke Hat Yai…

DSC_0214

bergambar bersama aweks Nok Air…

DSC_0197

tgk flight Nok Air….Kiut kan…

DSC_0180

take some breakfast sebelum fly ke Hat Yai…

DSC_0249

Lastly…..Bye Bye Bangkok….InshaAllah kalau ada jodoh kita jumpa lagi…

Tip Travel ke Korea Edisi PR Gunakan Blogger

$
0
0

slide-1-728

some tips yang dapat aku kongsi kan apabila ingin travel ke korea. dan InshaAllah januari nanti aku akan ke Korea. Hope semuanya berjalan denagn lancar. Doa doakan yer…

Dah agak lama aku tak menulis mengenai dunia blog ni, apa yang berlaku memang diluar kawalan. Mungkin aku sudah sedikit sepi dengan dunia blog tapi bukan bermakna aku tak ambil tahu langsung mengenai dunia blog cuma just baca, fikir dan simpan untuk pengajaran diri sendiri jer.

Jika di bangdingkan dengan dahulu memang job aku dalam dunia blog ni makin kurang, maklumlah aku berada jauh nun di utara mana nak dapat job dan hidup aku yang sangat busy dengan Tahun Akhir pengajian degree aku ni manalah sempat aku nak fokus kepada blog.

Tapi Alhamdullilah rezeki tu milik Allah, walaupun aku dah x seaktif dahulu tawaran untuk travel tak putus-putus datang sehingga terpaksa ditolak sebab clash dengan jadual exam. Travel tu lepas aku habis belajar pun boleh tapi kalau aku fail exam memang haru lah nak repeat paper balik.

travel tip

Baru-baru ni aku ada terima email dari salah sorang PR ni, mula-mula aku reply jer sebab ayat dia tu macam interesting jer, lagipun topik yang dia nak aku terbitkan memang dalam kategori travel.

Lepas aku baca tip yang dikongsikan memang mengecewakan, tip yang bagi aku tak perlu dikongsi pun dan ayat pula nampak sangat guna google translate. Syarat nya pulak nak aku bagi backlink untuk sumber asal. WTF nampak sangat nak gunakan aku. Aku tahulah aku ni blogger suam-suam kuku jer tapi jangan lah nak gunakan aku pulak, nampak sangat yang dia ingat aku ni buta pasal marketing bisnes online nih.

Lepas baca entri dari Bro Eyriqazz dan SuteraBlogger yang dapat email lebih kurang sama dengan apa yang aku dapat barulah aku mula berkeyakinan nak terbitkan entri ni kalau tak memang aku buat derr jer..

kadang-kadang terfikir juga ada baiknya aku buat entri macam ni at least boleh bagi warning sikit kat PR yang tak bertanggungjawab ni (macam lah diorang baca) hehehe…biar dia tahu sikit blogger ni bukan bodoh…

Apapun bagi aku menulis ni memang senang tapi nak memerah idea untuk menulis bukan kerja yang mudah. Jadi hargailah karya blogger (macam tak der kena mengena jer)

Misteri Berkait Remaja Hilang di Villa Nabila dan Highland Tower

$
0
0

villa nabila

Misteri Villa Nabila dan highland Tower ni dah agak lama sebenarnya dan dah banyak blogger dan wartawan yang buat liputan mengenai isu ni. kalau search kat google tu memang berlambak cerita pasal ni, korang baca jer perbagai versi ada, lagi-lagi misteri mengenai villa nabila ni.

Isu Villa Nabila dan Highland Tower ni dah sepi sebenarnya tapi baru baru ni timbul pulak isu pasal cerita mistik kat dua tempat ni. Ianya bermula gara-gara pembikan filem David Teo yang tak sedap tu.

Mengenai Villa Nabila pulak isu ni berbangkit setelah dikatakan 30 orang remaja memasuki villa yang berhatu ni dah hilang macam tu jer, namun daripada 30 orang tu hanya 7 orang yang dijumpai, mengikut sumber lain pulak mengatakan hanya seorang sahaja remaja yang hilang. Aku pun tak pasti, banyak sangat cerita pasal benda mengarut ni…

Kes Nabila ni merupakan kes berprofile tinggi dan melibatkan orang-orang ternama, so cara kematian mereka tentulah sangat sadis kerana bukti pembunuhan perlu dihapuskan. Namun, bangkai gajah tak boleh cover denagn nyiru bhai akhirnya bau juga dan berlangau lah….

Mengikut teori Sukan Star pulak Cerita Villa Nabila macam ni, ada 30 orang budak masuk Villa ni. Sorang kena sorok dengan jin. Sorang yang kena sorok ni pulak kena cari 2 orang dari baki 29 orang yang ada.

Bila dah dapat 2 orang ni, kira jadi downline la, jadi 2 orang ni kena cari downline lagi, lepas tu downline kepada downline ni kena cari lagi downline. Sebab tu ramai yang hilang. Hujung bulan dapat la bonus.

Yang duk cakap itu roh Nabila yang kena bunuh dengan perompak la, kena bunuh dgn orang gaji la, bak datang dalil yang cakap orang mati berkeliaran kat muka bumi ni.

Ni semua David Teo punya pasal la ni, buat cerita karut, tak sedap pulak tu. Mohon Uncle Seekers hantar jenglot pergi tampar sorang-sorang yang tahyul ni..

Dan ternyata teori ni memang tak leh pakai..

So dalam hal ni siapa yang nak disalahkan? bagi aku remaja tu sendiri yang patut disalahkan, ternyata kat Malaysia ni punyalah banyak rumah Allah yang diorang boleh masuk tapi tetap jugak pilih rumah setan yang berhatu tu….elok-elok x der pasai pergi cari pasai, kan dah hilang, menyusahkan orang jer…

Apa pun , kalau benar ada budak hilang .. semoga mereka dapat ditemui semula dalam keadaan sihat .. Dan janganlah buat keja mengarut lagi ..

Bagi yang nak tahu mengenai isu Villa Nabila ni korang boleh lah layan cerita kat blog ni Misteri Villa Nabila

PS: Semalam jam 3 pagi aku layan Filem Highland Tower yang dikatakan “SERAM” tu dan ternyata memang seram sampai rugi masa 60 minit aku, dan tak pasai-pasai aku terskip kelas pagi ni…nokharoommmm…..dan lah x sedap, banyak edit pulak tu…..

Tip Percutian Di Musim Sejuk

$
0
0

pix_gal3

Melancong di musim sejuk memang menyeronokkan, tak kira lah di musim tengkujuh ataupun musim salji, kalau musim salji lagi best boleh main salji kan, tapi dalam berseronok di musim sejuk ni kita perlulah menitikberatkan beberapa perkara bagi menjadikan percutian kita lebih seronok terutama jika bercuti bersama keluarga.

kali ni aku nak kongsi sedikit tip apabila bercuti dimusim sejuk maklumlah sekarang ni kat malaysia dah masuk musim winterkan…..tip ni juga boleh di gunakan untuk bercuti diluar negara juga kalau mahu.

Pertama, buat perancangan awal. Dengan perancangan awal, anda sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku terutama ketika musim hujan.


Anda juga boleh menyediakan beberapa alternatif lain saat hujan lebat dengan menyediakan permainan di bilik penginapan supaya anak tidak merasa bosan sementara menunggu hujan reda.

Kedua, dalam melakukan perancangan bercuti di musim hujan, adalah lebih baik anda babitkan anak, kecuali ia adalah percutian kejutan buat mereka.

Dengan membabitkan mereka dalam merancang percutian, mereka akan ­berasa lebih dihargai. Selain itu, ia juga merangsang ­mereka untuk lebih kreatif dan peka terhadap percutian di musim hujan yang ­memerlukan perhatian khusus.

Pembabitan si anak dalam perancangan percutian dengan cuaca basah juga akan membuatkan mereka sentiasa bersedia dengan pelbagai perkara terutama ketika sesuatu rancangan itu terpaksa dibatalkan.

Dengan itu, mereka tidak akan berasa kecewa jika apa yang dirancang itu terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

pix_gal1

Ketiga, siapkan keleng­kapan secukupnya. Dengan cuaca yang agak basah kerana hujan, menyediakan semua kelengkapan mengenainya sangat dituntut.

Ini termasuk membawa pakaian sesuai, jaket, payung dan kasut kalis air bagi semua anggota terutama si kecil. Sesetengah orang ­berpendapat membawa payung tidak praktikal, tetapi ada pula yang membawanya kerana mereka lebih selesa menggunakannya ketika hujan.

Jika anda tidak mahu membawa payung, pastikan jaket yang dipakai bersesuaian dengan musim berkenaan atau mungkin anda boleh membawa baju hujan pakai buang yang lebih ri­ngan setiap kali berjalan.

Keempat, bagi anda yang ingin mengikuti pakej bersama agensi pelancongan, pilih pakej pelancongan bersesuaian dengan keadaan anda sekeluarga.

Memilih pakej ditawarkan agensi pelanco­ngan adalah alternatif menarik di musim hujan. Ini kerana dengan mengikuti rombongan, pelancong akan menaiki bas persiaran disediakan.

Oleh itu, anda tidak perlu bertukar-tukar kenderaan dan berisiko terkena hujan ketika mengunjungi tempat menarik.

Kelima, pemilihan tempat yang betul. Sebelum pergi bercuti, pastikan anda sudah memilih tempat menarik yang akan dikunju­ngi.

Namun, pastikan lokasi yang akan dilawati itu mudah kemudahan awamnya. Dengan itu, anda sekeluarga tidak terlalu lama berjalan dan mengambil risiko kehujanan di jalan.

Keenam, membawa ubatan bersesuaian. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika melancong di musim hujan ini, bawalah ubat bersesuaian untuk kegunaan anda sekeluarga terutama si anak.

Ubat selesema dan batuk adalah satu keutamaan kerana penyakit itu senang menyerang di musim hujan.

Ketujuh, bercuti bersama keluarga dengan lebih tenang dan santai. Walaupun musim hujan, jangan tertekan atau kecewa dengan keadaan.

Percutian adalah saat yang menyenangkan dan masa cukup berkualiti dihabiskan bersama anak dengan keseronokan.

Oleh itu, nikmatilah saat indah bercuti bersama anak yang memangnya menjanjikan kenangan terindah buat anda sekeluarga. Selamat bercuti.

PS: Sebenarnya aku saja jer bosan asyik duk buat report Final Year Project jer, bagi nak hilangkan rasa boasan tu aku update lah sikit apa yang patut kat blog ni, kesian tengok blog aku last update 5 day ago…..heheh

Viewing all 788 articles
Browse latest View live


Latest Images