Quantcast
Channel: Faizal Fredley
Viewing all 788 articles
Browse latest View live

Kucing Hero – Perginya Seekor Kucing Berkaki Dua

$
0
0

MAJ_KucingHero00091

Hampir meninitis air mata ini dikala terlihat news feed di facebook petang tadi, namun demi mengekalkan kemachoan diri ini air mata terpaksa di tahan setama-mata mengelak dari teman-teman ternampak. Tapi kadang-kadang mengalir juga air mati ni bila terbaca kisah abam iyo nih. tak hilangnya kemachoaan mengalir air mata demi seekor kucing, lainlah kalau air mata tumpah disebabkan putus cinta yang tu bukan setakat tak macho malah bacul…

24 November 2013 perginya seekor kucing yang sangat istimewa bernama HERO, bukan setakat dalam jiwa aku malah aku rasa kucing ni begitu istimewa buat seluruh warga malaysia yang menyaksikan kekejaman SEEKOR MANUSIA.

MAJ_KucingHero00083

Hero bahagia bersama keluarga Papa Hero

Disebabkan Kucing yang bernama Herolah hati aku menjadi tisu dikala melihat penderitaan kucing jalanan. Ingin sahaja aku mengutip semua kucing jalanan untuk dibela namun aku bukan sekuat Papa Hero yang mampu membina Cat Village untuk kucing-kucing jalanan yang dikutipnya.

Semoga Papa Hero tabah atas kehilangan Hero yang sememangnya Hero dimata rakyat Malaysia…..Kehilangan Hero turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia…

Menurut page KakiMotong Hero pergi disebabkan penyakit leukimia yang dihidapi beberapa minggu lepas, Masa tengok picture Hero yang Papa Hero post di FB semalam aku dah dapat agak dah tapi aku cuma singkirkan perkara negatif yanag ada dalam minda aku dengan harapan instinct aku silap..


Awek Terlampau UMP Bercuti Di Cherating Pahang

$
0
0

Bercuti-di-Cherating-Kuantan

Awek UMP terlampau? Pernah dengar tak? Dua tiga hari ni duk heboh cerita pasal awek UMP dan kekasih hati nya berpelukan dalam jamban semasa diorang bercuti di Cherating dan dikatakan yang kekasih awek ni dalam keadaan bogel. Tu menurut sumber Facebook. Tak tahu pulak cerita sebenar kot-kotlah pakwe dia tu pakai underware ke apa ke manalah gua tahu.

Tapi bila dah upload gambar macam tu kat facebokk fikiran kita ni apa lagi terus yang negatif kan. Budak ni aku rasa masuk air kot, kalau orang lain yang upload gambar dia tu boleh lah kata mangsa keaadan tapi bila dia sendiri yang buka aib dia tu aku tak tau nak kata apa dah. Dunia akhir zaman kan.

Awek ni sekali tengok kalau pakai tudung cun pulak tapi bila dah buka tudung pun cun gak…eheh sayang kan. cun dah tapi masuk air. Mesti malu mak bapak dia kan kalau tahu anak dia macam ni. Kalau aku jadi abang dia ni dah makan penampar 3 das dengan balak dia sekali makan terajang aku….

Awek ni nama dia Fatihan Hakema ni facebook dia https://www.facebook.com/kemaeiyz/

PS: kelassss budak-budak zaman sekarang kan….wak cemar nama UMP jer. pesanan aku jangalah nak tunjuk murah sangat walaupun diri tu memang murah. Nak cabar JAKIM pun buatlah dengan cara betul, bukan cara memalukan keluarga.

Melancong Di Medan – Tempat Menarik Di Medan Indonesia

$
0
0

DSC_0021

Alahmdulillah sampai sudah ke Medan Indonesia hari ini. Melancomg ke Medan Indonesia merupakan destinasi pertama di bulan desember dan InshaAllah kalau tak sibuk dengan final year project aku akan teruskan penutup percutian aku untuk tahun ni melancong ke singapore, mungkin di Universal Studio Singapore.

Untuk hari pertama aku di Medan tak banyak tempat aku sempat pergi, hanya 3 tempat sahaja. memandangkan semua masih blur-blur nak kemana sokami hanya ke kota medan untuk shopping sedikit barangan untuk bawak pulang ke Malaysia.

Pakej yang aku ambil dari Malaysia ke Medan untuk 4 orang hanya sekitar RM680 termasuk flight pergi dan balik dan juga peginapan di Hotel Grand Sakura 3 hari 2 malam. Hotel bertaraf bintang tiga namun dapat mengalahkan hotel bertaraf 4 bintang iaitu brasmana Hotel di Kuala Perlis yang bagi aku tak layar mendapat taraf 4 bintang.

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu Medan dalam jam 8.30 pagi waktu indonesia dan terus ke Grand Sakura Hotel. Balik rehat kejap kami terus ke kota untuk lunch.

Tempat pertama kami lawati adalah Sun Mall. Mall yang boleh dikatakan besar tapi barang lebih kurang dengan mana-mana mall di Malaysia.

Balik dari Sun Mall kami terus ke Pasar Petisah untuk membeli sedikit buah tangan. barang-barang boleh dikata murah, sesuai untuk para ibu-ibu yang ingain shopping.

Balik dari Pasar Petisah kami terus singga makan masakan padang dan terus balik hotel dalam jam 8.30 Malam untuk recharge balik tenaga sebab esok nak jalan-jalan lagi….

DSC_0028

DSC_0032

DSC_0037

DSC_0041

DSC_0052

8 Tempat Menarik untuk Dikunjungi apabila Bercuti di Medan Indonesia

  1. Danau Linting
  2. Air Terjun Tongging
  3. Sibayak
  4. Air Terjun dan Telaga Dwi Warna Sibolangit
  5. Bukit Lawang
  6. Danau Lau Kawar
  7. Salju Panas Tinggi Raja
  8. Danau Toba

Perkara Basic Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti

$
0
0

1474401_10201221992135807_798292502_n

Korang pasti teruja kan bila nak bercuti, namun dalam keterujaan tu kadang-kadang ada saja perkara yang sering terlupa dan tertinggal. Percutian yang menyenangkan dan berjalan lancar pasti saja meninggalkan kesan kenangan yang indah. Namun kurangnya persiapan, percutian yang sepatutnya menjadi hebat pasti menjadi hambar.  Jadi kali ini aku nak kongsikan sedikit tip bersama korang apa yang perlu dan tidak dibawa ketika beruci nanti.

1. Salinan Dokumen

Pastikan korang membuat salinan pada setiap dokumen-dokumen penting seperti passport, dan MyKad. Ini penting kerana jika anda kehilangan dokumen asal salinan ini dapat memebati jika ada hal kecurian atau keciciran berlaku.

CHECK LIST:

  • Visa
  • Passport
  • Kad Pengenalan Diri
  • Tiket
  • Lesen Memandu Antarabangsa
  • Kad kredit
  • Insurans
  • Peta
  • Salinan Nombor telefon kecemasan

2. Barang Peribadi

Kalau boleh korang asingkan semua barang-barang berharga seperti duit, kad kredit dan kad bank korang ke satu tempat lain yang selamat selain dompet. Ini penting kerana jika berlaku kehilangan dompet setidaknya korang tidak kehilangan smeua barang yang berharga yang ada.

Selain tu pastikan juga barang keperluan yang memang anda perlukan seperti cermin mata, lens, jam, kunci, telefon bimbit diletakkan di satu tempat yang sama.

CHECK LIST:

  • Duit,
  • Kad ATM
  • Kad Kredit
  • Cermin mata
  • Lens
  • Jam
  • Kunci
  • Dompet
  • Telefon Bimbit.

3. Barangan Penjagaan Diri

Barang keperluan penjagaan diri adalah amat pentinguntuk dibawa dan biasanya lelaki selalu terlepas pandang part ni. Alatan asas seperti berus gigi, pencuci muka, ubat gigi, deodoran, syampu dan pencukur adalah barang yang perlu di bawa. benda ni  selalunya aku mesti terlupa untuk bawa. Jangan lupa sunblock jika bercuti di tempat yang panas. Lebih senang korang bawalah pek mini untukkorang gunakan sepanjang percutian.

CHECK LIST:

  • Berus Gigi
  • Ubat Gigi
  • Pencuci Muka
  • Syampu
  • Deodoran
  • Set Pencukur
  • Sun Block
  • Tisu
  • Lip Balm
  • Pewangi

4. Pakaian

Jika percutian korang tidak melebihi seminggu, pastikan korang membawa kemeja-T secukupnya. Bawa juga sehelai sweater berserta seluar Jean dan seluar pendek. Seluar dalam jenis boxer lebih sesuai bagi lelaki jika ingin bercuti. Namun bawa juga brief bagi kesesuaian jenis seluar. Cukup sekadar sepasang kasuttahan lasak atau sneakers dan selipar jenis flip flop untuk dibawa.

CHECK LIST:

  • Kemeja T
  • Kemeja
  • Sweater
  • Jeans
  • Seluar Pendek
  • Boxer/Brief
  • Kasut
  • Selipar Flip Flop

5. Kesihatan

bagi korang yang mempunyai masalah yang mempunyai masalah kesihatan atau alergi, pastikan segala ubatan yang korang perlukan dipek didalam sebuah bekas khas. Ingat apabila becuti pelbagai kemungkinan berlaku.

CHECK LIST:

  • First-aid kit mini
  • Inhaler (bagi yang ada asthma)
  • Paracetamol
  • Pain Killer
  • Vitamin tambahan
  • bekas pil

Ni adalah sedikit tip yang aku selalu guna pakai bila nak travel tak kiralah kat luar negara atau dalam negara yang penting ianya memang sangat membantu aku…

The post Perkara Basic Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti appeared first on Faizal Fredley | Travel the Thing in Lifestyle.

Promosi Hebat Dan Revolusi Dari Lazada 12 Disember Ini!

$
0
0

CB_11REVO_291113

Lazada Malaysia Laman Shopping secara Online terbesar di Malaysia kini kembali dengan promosi dan tawaran hebat sempena hujung tahun 2013 akan bermula 12 Disember ini. Jadi bagi kaki shopping online tu jangan lepaskan peluang yang berharga untuk rembat barang-barang yang menarik di Lazada Malaysia

Setelah sebulan Lazada Malaysia melancarkan kempen Revolusi Dalam Talian, kini Lazada kembali dengan mengumumkan kejutan akhir tahun yang merupakan kempen terbesar di Asia Tenggara setakat ini.

Eksklusif hanya pada 12.12.2013, semua pembeli secara online di Lazada Malaysia akan menikmati ganjaran yang cukup lumayan antaranya adalah:

  • Pemegang kad Visa dapat menikmati diskaun sehingga 15% untuk produk-produk pra-order terpilih seperti PS4, iPad Air dan juga untuk produk-produk sedia ada seperti Casio Exilim dan pelbagai lagi.
  • Terdapat diskaun ekstra sehingga 90% pada tawaran-tawaran revolusioner yang boleh dinikmati oleh pembeli untuk hari terakhir.
  • Ahli-ahli kad loyalti Bcard boleh mendapat 3 mata tambahan pada acara istimewa ini.
  • Set-set yang menakjubkan pada harga hebat (seperti Desktop PC Essential Lenovo + PERCUMA Set Kepala Multimedia SSK dengan Mikrofon)
  • Terdapat juga jenama-jenama terpilih seperti Kenwood, Fujifilm dan Lenovo yang dijual dengan diskaun yang TINGGI.

Lazada juga akan memberikan 1000 vaucer bernilai RM10, dan sah sehingga 31 Disember dengan pembelian minimum RM100, kepada sesiapa sahaja yang like di Facebook Lazada Malaysia dari tarikh 1.12 sehingga 11.12

iPad_Air_RM1999

iPad Air 4G akan dijual dengan harga hanya RM1999

Akhir sekali, bermula dari 12.12.2013, Lazada akan mula menjual kad hadiah bernilai RM50, RM100, RM150 dan RM250. Kad-kad ini sah untuk tempoh setahun tanpa memerlukan pembelian minimum.

Bagi meraikan pengakhiran yang baik, Lazada akan memberikan ganjaran kepada:

  • Pembeli Revolusioner yang paling banyak berbelanja pada 12-12-13. Pembeli mempunyai masa selama 24 jam dan berpeluang mendapatkan salah satu daripada produk-produk yang mendapat undian tertinggi dari pertandingan re-VOTE-lution, yang terdiri daripada fon kepala Beats ke Kamera Olympus VG-165 14MP.

PS4_RM1599

PS4 dijual pada harga promosi RM1599. Kalau beli pakai kad kredit Visa, tambah diskaun 15%

Revolusi Dalam Talian ini direka berdasarkan Cyber Monday, hari membeli-belah dalam talian yang terbesar di Amerika Syarikat, yang berlangsung pada hari Isnin pertama selepas perayaan Thanksgiving. LAZADA sangat berbangga kerana mendapat peluang untuk menjadi perintis kempen tersebut di sini dan Yahoo! selaku rakan media, Hitz.FM sebagai penaja Pertandingan Undian, GDex sebagai rakan logistik rasmi, dan Bcard sebagai rakan program ganjaran kesetiaan.

jadi apa tunggu lagi jomlah ramai-ramai kita serbu Lazada malaysia pada 12 Disember 2013 nanti…Shoppinglah dengan bijak….

The post Promosi Hebat Dan Revolusi Dari Lazada 12 Disember Ini! appeared first on Faizal Fredley | Travel the Thing in Lifestyle.

Review: Grand Sakura Hotel Medan Indonesia

$
0
0

DSC_0017

Medan, Indonesia. tak terlintas pun aku nak ke Medan ni, last minit jer baru tahu yang aku akan ke Medan, Dalam tengah sibuk kat unimap sempat lagi aku ke Indonesia. So apa lagi, habis jer kelas Khamis petang tu terus drive ke Alor Setar Air Port untuk kejar flight ke Kuala Lumpur. Flight di jadualkan jam 8 malam dari alor setar ke subang.

Travel kali ni aku tak sempat buat persiapan lansung, habis kelas aku terus capai 3 helai t-shirt yang dah basuh then seluar dan lain-lain terus muatkan dalam beg. Barang-barang lain tu aku dah tak fikir dah apa yang aku terlintas aku masuk dalam beg.

Di Medan Indonesia aku di jadualkan untuk menginap di Grand Sakura Hotel berhampiran bandar Medan. Kira-kira 30 minit dari pusat bandar dan 1 jam dari air port Kualanamu Medan. Selama 3 hari 2 malam aku berada di sana agak limited aktiviti yang dapat aku lakukan.

Untuk review grand sakura hotel ni aku boleh puji untuk certain part lah, especially dari segi bilik tu agak selesa walaupun hanya bertaraf 3 bintang.

DSC_0074

Ruangan santai di dalam bilik seperti hotel-hotel biasa aku menginap

DSC_0075

Part of ruangan santai dan menjadi tempat aku online sepanjang aku di sakura hotel

DSC_0077

TV jenis LCD menunjukkan hotel ni agak baru walaupun agak klasik sikit keadaan hotel

DSC_0080

Keluasan agak not bad lah. sesuai untuk 2 orang

DSC_0081

ehheh….keadaan  katil tu boleh abaikan disebabkan gambar ni last day sebelum check out aku snap

DSC_0085

hati-hati ada kelibat orang dalam bilik

DSC_0082

Bathroom pun agak selesa cuma air panas tak der. nasib baik nak mandi pagi tu tak brapa nak sejuk

DSC_0087

keadaan lobi. lebih kurang dengan hotel masa aku duk kat bangkok bulan lepas

DSC_0088

DSC_0089

Overall boleh dikata kan selesa menginap disini…. cuma air panas dengan plug charger tu problem sikit sebab aku terlupa bawak universal charger….apapun terima kasih kat Grand Sakura Hotel sebab sediakan bilik eksekutif walaupun dalam jadual hanya bilik biasa.

The post Review: Grand Sakura Hotel Medan Indonesia appeared first on Faizal Fredley | Travel the Thing in Lifestyle.

Kembara Dari UK ke Malaysia Selama 155 Hari

$
0
0

world-map

Kembara dari united kingdom ke Malaysia selama 155 hari memang merupakan satu pengalaman yang cukup awesome. Itulah pengalaman yang diraih buat 6 ahli keluarga setelah mengharungi perjalanan di 26 negara untuk sampai ke Malaysia.

Pengembaraan yang di panggil “By Road to Malaysia” itu menggunakan kenderaan karavan Mercedes Sprinter 1998 memberikan mereka pengalaman berharga.

Teringin juga aku nak lalui pengalaman seperti depa ni tapi ianya semestinya bukan mudah tengok bajet yang diorang pakai pun dah ketat lutu dah. Bayangkan bajet yang diorang belanjakan sepanjang perjalanan depa ni sekitar 60,000 Pound Sterling untuk perjalanan itu termasuk kenderaan.

Perghh memang giler banyak siot….apapun good job buat depa semua….

Sedikit cerita dari Bernama

Enam Sekeluarga Dari United Kingdom Tiba Di Malaysia Selepas Perjalanan Darat 155 Hari

“Suhu di Itali musim panas sampai 50 darjah Celcius, dahlah masa tu bulan puasa. Setiap negara ada cabarannya…macam di Iran kena rompak dua kali, dan hampir diculik. Banyak cabaran diplomatik…syukur Kedutaan Malaysia di negara-negara itu banyak menolong.

“Ada juga negara yang sepatutnya tak boleh masuk, tetapi duta di sana menggunakan kuasa diplomatik untuk membolehkan kami melalui negara tersebut. Ada masalah diplomatik, ada negara tak friendly.

Aku sahkan nak kembara dari UK ke Malaysia, nak kembara dari Perlis ke Johor pun belum tentu mampu, memang aku tabik spring ar kat diorang nih.

The post Kembara Dari UK ke Malaysia Selama 155 Hari appeared first on Faizal Fredley | Travel the Thing in Lifestyle.

10 Gadget Perlu Dibawa Ketika Melancong

$
0
0

Airliner landing in stormy weather

Teknologi dan Manuasia tidak boleh dipisahkan pada zaman ini. Kemana jua kita pergi pasti saja alatan komunikasi digital ini diperlukan untuk memudahkan lagi kerja seharian. Berikut merupakan 10 gadget yang boleh korang bawa ketika melancong. Namun harus bijak mana satu yang perlujangan sampai semua nak dibawa nanti meyusahkan diri pulak.

ipad4_2

1. iPad

Boleh dikatakan gadget terbaik ketika korang melancong, dengan kejelasan, kualiti gambar dan saiz skrin yang besar memudahkan anda menonton juga membaca ketika anda dalam perjalanan. Dengan ketahan bateri selama 10 jam pasti membuatkan perjalanan anda tidak bosan.

IMG_4915-500x333

2. Kamera Digital/DSLR

Kamera adalah satu keperluan. Apalah makna percutian tanpa merakam detik-detik indah ketika bercuti. Seperti pepatah inggeris ada mengatakan “picture speaks a thousand words!” jadi jangan sesekali korang bercuti tanpa kamera.

macbook air

3. Netbook/MacBook Air

saiz netbook yang kecil lebih memudahkan korang yang masih mahu berurusan ketika bercuti, Bagi aku sebagai seorang blogger online guna netbook sangat penting jika memerlukan sesuatu percutian itu live update dari pihak penaja. Aku lebih prefer MacBook Air disebabkan ianya ringan dan bateri yang tahan lagipun MacBook Air ini memang dicipta untuk travel. bagi korang yang yang masih memerlukan komitment kerja yang tak tentu masa, netbook pastu akan dapat membantu korang menyiapkan kerja-kerja yang perlu diselesaikan.

logitech-headset-wireless-h800

4. Headset

Muzik merupakan instrumen penting bagi kebanyakkan kita tapi bagi aku kalautak ada pun just OK. apa yang korang perlukan adalah sebuah mp3 atau iPod.

Clearwire

5. Clearwire

Buat korang yang tidak mempunyai akses internet secara langsung, gajet ini dapat membantu korang dalam mengakses internet secara meyleuruh. Dengan applikasi yang dipanggil Clear Spot, Modem 3G dan 4G ia dapat digunakan di semua kawasan yang mempunyai rangkaian 3G.

iphone5s

6. Smartphone

Banyak pilihan smartphone dipasaran yang korang leh pilih. Dengan applikasi yang pelbagai korang boleh dapatkan apa jua informasi hanya dihujung jari. Dengan applikasi wifi percuma, garmin , kamera berkualiti tinggi dan pastinya buat korang yang sentiasa dengan facebook dan twitter pasti akan memudahkan korang.

IMG_20111213_213613

7. Pengecas Universal

Pengecas yang mempunyai kuasa solar ini pasti memudahkan korang. Ibarat extension elektrik mudah alih, korang tidak perlu lagi hadapi masalah untuk berserabut dengan wayar-wayar. Selain itu boleh dicas di laptop dengan menggunakan USB yang disediakan.

travelcas

8. Travel Plug

Satu lagi gajet wajib ada ketika bercuti. Travel plug ini amat berguna ketika korang melancong. Memudahkan kerja untuk mengecas telefon bimbit, kemera digital dan untuk kegunaan elektrik lain.

Three_Replacement_SIM

9. Kad Sim Antarabangsa

Dengan liputan menyeluruh, sim kad antarabangsa ini menawarkan kadar sms serendah 15 sen. selain itu, kad ini turut menyediakan khidmat panggilan IDD bagi negara-negara terpilih. Mudah kan dengan kad sim antaranbangsa ni kan terutama bagi mereka yang sering travel macam aku nih.

power bank

10. Power Bank

Power bank juga merupakan gejet yang penting. korang boleh cas ipad mahupun telefon korang bila-bila masa jer jadi bagi korang yang sering merakam gambar atau sentiasa online tu power bank ini memang kompen banyak membantu.

The post 10 Gadget Perlu Dibawa Ketika Melancong appeared first on Faizal Fredley | Travel the Thing in Lifestyle.


Tempat Makan Menarik dan Sedap di Pulau Pinang

$
0
0

Minggu lepas aku habiskan cuti seminggu untuk ronda-ronda di bahagian utara malaysia iaitu perak, kedah, pulau pinang dan perlis, majoriti aku habiskan cuti seminggu di Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang memang banyak tempat menarik untuk di lawati. lagipun dah lama aku tak rasa makanan di pulau pinang

Antara tempat menarik yang boleh di lawati adalah bukit bendera dan Batu Ferringhi selain Taman Negara Pulau Pinang. Jika korang berkunjung ke Pulau Pinang sudah tentu korang akan mencuba makanan-makanan yang popular dan sedap di pulau pinang kan. Untuk Tempat menarik di pulau pinang korang boleh  ke Tempat Menarik Di Pulau Pinang

Disini aku kongsi kan beberapa tempat makan menarik dan popular di pulau pinang.

Tempat makan best di Penang:

  • Nasi Kandar Line Clear, Georgetown
  • Mady Char Kuew Tiow, Batu Feringghi
  • Mee Udang Ayu, Teluk Kumbar
  • Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan Keling
  • Mee Sotong & Coconut Shake, Padang Kota Lama
  • Pasembur Menari, Gurney Drive
  • Seafood Seri Pantai Ikan Bakar, Hammer Bay
  • Roti Canai Transfer Road
  • Laksa Janggus, Balik Pulau
  • Nurul Ikan Bakar

Antara tempat makan di penang, tempat  makan favourite aku adalah Nurul Ikan Bakar. Servis tip top dan makanan yang sedap.

The post Tempat Makan Menarik dan Sedap di Pulau Pinang appeared first on Travel the Thing in Lifestyle | Faizal Fredley.

Chelsea 2 Liverpool 1

$
0
0

1. Prestasi Chelsea pada separuh masa pertama sangat  menakjubkan. Ia memang typical skuad Chelsea Mourinho untuk memberi respons selepas ketinggalan gol awal. Selepas gawang Chelsea dibolosi seawal minit ke-3, kita lawan balik dan dapat gol penyamaan pada minit ke-17 menerusi Eden Hazard, & seterusnya Eto’o menjadi match-winner 14 minit kemudian. Segalanya memang dikuasai oleh Chelsea. Tempo, passing cukup berkualiti. Kita mendominasi pada separuh masa pertama & pada separuh masa kedua kita patut tambah 1/2 gol lagi kalau Eto’o dan Torres memanfaatkan peluang di depan gol. Liverpool hanya memberi sedikit cabaran pada babak kedua tapi tak cukup untuk kuat tumbangkan kubu pertahanan Chelsea.

2. David Luiz yang mengambil alih tempat Ramires menjadi kunci kemenangan Chelsea. Dia control bahagian tengah & merantai rapi Luis Suarez. Seperti yang aku katakan sebelum ini, David Luiz lebih bagus beraksi di bahagian tengah berbanding posisi asalnya, centre back.

3. Liverpool tak perlu menyalahkan sepenuhnya kepada Howard Webb. Mereka perlu menuding jari pada diri mereka sendiri juga di atas kekalahan kepada Chelsea. Walaupun ada 1/2 keputusan pengadil yang tidak memihak kepada mereka, tetapi kalau kita nilai secara keseluruhan Chelsea memang berhak memungut 3 mata penuh. Kita mencipta banyak peluang berbanding Liverpool. Liverpool bermain sangat teruk. Hanya seorang sahaja pemain mereka yang memberi tekanan kepada bek2 Chelsea dan selepas Ashley Cole masuk, menggantikan Ivanovic yang cedera, Ashley Cole menutup segala ruang dan peluang yang dibuat oleh rakan2 Sterling yang lain. Ini menunjukkan betapa Liverpool memerlukan Gerrard. Tanpa kapten The Kops itu, Liverpool hilang daya melawan di bahagian tengah.

4. Suarez mempunyai sejarah buruk. Dia terlalu banyak dive sebab itu bila ada fault ke atas dirinya, Liverpool sukar untuk mendapat apa2 free kick/penalty kick. Cara dia jatuh itu seolah-olah macam seorang penerjun kolam renang. Ini sebab kenapa Howard Webb tidak melayan dakwaan Suarez ketika dia dikasari oleh Eto’o. Itu yang akan berlaku kalau anda terlalu kerap dive. Pengadil pun tahu karenah seseorang pemain berdasarkan rekod yang dibuat dalam perlawanan2 sebelum ini.

Man Utd 0 – 0 Chelsea
Spurs 1 – 1 Chelsea
 Chelsea 2 – 1 Man City
Arsenal 0 – 0 Chelsea
Chelsea 2 – 1 Liverpool

Setakat ini, rekod Chelsea dalam perlawanan2 besar sangat positif. Kita tak tewas walau 1 game sekali pun ke atas pencabar2 kejuaraan liga. Kita berjaya mencuri mata di Old Trafford, White Hart Lane & Emirates serta memenangi big game di home. Ini membuktikan bahawa Chelsea serius dalam merebut takhta liga musim ini. Salah satu keistimewaan Chelsea dalam saingan liga pada musim ini, tiada kelab besar berjaya tumbangkan kita.

The post Chelsea 2 Liverpool 1 appeared first on Travel the Thing in Lifestyle | Faizal Fredley.

Taman Negara Pulau Pinang

$
0
0

Taman Negara Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang agak popular di Pulau Pinang, Terletak berdekatan Batu Ferringhi Taman Negara Pulau Pinang memang cukup sesuai untuk melakukan riadah seperti jungle tracking terutama bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

Perjalan dari titik mula hingga ke Monkey Beach mengambil masa hampir 45 minit jalan kaki dan bagi sesiapa yang tidak mempunyai stamina boleh menaiki boat untuk ke Monkey beach.

Masuk adalah percuma dan boat dari monkey beach ke titik mula hanya RM5o untuk one way.

580850_10201382726874075_542925970_n

944829_10201382700793423_235601220_n

960258_10201381938014354_296823105_n

996672_10201381944854525_1435120924_n

1380102_10201381935174283_1442296169_n

1461697_10201382410586168_138383791_n

1463218_10201381962974978_238769349_n

1468634_10201381986455565_399949706_n

1474493_10201382391065680_1749328649_n

1476662_10201382663352487_1364565632_n

1477809_10201382889398138_1933163567_n

1479038_10201382891078180_958237278_n

1489015_10201382607391088_840351629_n

1509206_10201382682232959_961040217_n

1512495_10201382728594118_16315996_n

1513313_10201382713073730_920243654_n

1517388_10201381932894226_241286034_n

1517706_10201382615271285_1115898742_n

1525228_10201382848797123_470814477_n

1526675_10201381967215084_1328460215_n

1526877_10201382724074005_1261230138_n

1528534_10201382475027779_1324952603_n

1535481_10201381953094731_2085761351_n

1538751_10201382800475915_2125268330_n

The post Taman Negara Pulau Pinang appeared first on Travel the Thing in Lifestyle | Faizal Fredley.

My Tak Best Moments vs Best Moment of 2013

$
0
0

Esok dah masuk tahun 2014 dah, cepat jer masa berlalu, tinggal beberapa jam lagi tahun 2013 bakal meninggalkan kita semua dengan seribu satu kenangan. ada yang pahit dan manis yang penting ianya telah pun berlalu dan tak mungkin akan berulang.

Diharap tahun 2014 dapat dilalui dengan penuh kegemilangan jika dipanjangkan umur.

Berikut aku senaraikan antara 5 perkara yang berlaku dalam hidup aku yang mana paling best dan juga paling tidak best.

1451347_10201285879732957_808412307_n

5. Dapat hadiah Jam Tangan Omega warna Orange

Jam tangan merupakan salah satu aksesori yang aku paling suka kumpul. dan so far aku dah kumpul 6 jenis jam tangan

555068_4850722869880_1594764653_n

4. Berjaya tawan Puncak Gunung Rajah Pahang

Yang ni antara pengalaman yang aku tak kan boleh lupakan. Salah satu program anjuran Kelab Kembara UniMAP. Melalui Ekspedisi Gunung Rajah ni aku dapat kenal lebih ramai kawan yang mempunyai minat yang sama iaitu kembara.

1240412_10200758750875065_698473508_n

3. Got Samsung Galaxy S4 on my Birthday

Yang ni biarlah kekal menjadi misteri dalam hidup aku

utf-8img_0547

2. Got back my Nikon D3200

Setelah setahun My Nikon tinggalkan aku akhirnya diatas budi bicara seorang insan ianya sah menjadi milik aku lagi sekali

563530_4710073353730_1095869012_n

1. Winner of Favourite Travel Blog 2013

Satu perkara yang tak mungkin aku dapat luapkan. dan sehingga sekarang aku masih tidak mengerti kenpa aku boleh menang award ini walaupun aku sedar aku tidak layak untuk menerimanya.

Setiap yang putih pasti ada hitamnya iatulah kehidupan ada pro dan kontranya….

295546_10200142767950815_113789596_n

5. Masuk Hospital 2 hari sebab suspect appendices

Dulu teringin juga nak merasa berada dalam wad tapi bila dah kena baru tau peritnya. Aku dah la jenis tak suka makan ubat jadi bila Doktor bagi ubat jawabnya Tong Sampah yang akan makan. Dari segi makanan memang aku akui nampak macam sedap tapi bila rasa Ya Allah punyalah sedap…hhehe

image

4. Kelantan kalah Final Piala Malaysia 2013

Kecewa sangat walaupun aku tak dapat tonton live sebab masa ni aku kat Bangkok tapi bila tengok keputusan memang sedih.

PRK-DUN-Sungai-Limau-572x381

3. Barisan Nasional menang Pilihan Raya lagi

Sehari selepas election aku kembali ke perlis, suasana memang sunyi sepi, kekecewaan yang terbesar aka rasa. Terpaksa tunggu 5 tahun lagi untuk mencuba nasib.

Screen Shot 2014-01-01 at 2.46.15 PM

2. Need to pay 4 Saman Polis berjumlah RM800

4 saman yang bernilai RM800 memang kering wallet aku. Disaat barang semua naik nak bayar saman memang terasa beratnya.

1509304_10201422823476465_1478553643_n

1. Final Exam start on Night 31 Disember 2013

Yang ni dah 2 tahun berturut-turut aku sambut tahun baru dalam dewan exam. Memang tak syok.

articlesLets-say-a-big-Thank-you-to-Barang-Naik-government_1024x576.jpg.transformed

Last Barang Semua Naik!!!!! ini salah Kera…..an..

Kemuncak yang baru nak bermula untuk tahun 2014 dan aku pasti semua orang akan setuju. Aku pun tak tahulah macam mana nak survive untuk tahun 2014 dengan barang semua naik. Terima kasih kepada pemerintah!

The post My Tak Best Moments vs Best Moment of 2013 appeared first on Travel the Thing in Lifestyle | Faizal Fredley.

Southampton 0 Chelsea 3

$
0
0

Selamat tahun baru semua.

3-0. Kemenangan pertama Chelsea untuk tahun 2014. Turning point dalam game ini ialah ketika Mourinho memasukkan Oscar & Willian. Dua pemain Brazil itu memberi impak besar & berjaya mengubah permainan dengan drastik sekali. Mata nampak kecewa dikeluarkan tapi apa boleh buat strategi yang dilakukan oleh Mourinho itu membuahkan hasil. Oscar menjadi penggerak kepada gol pertama yang dijaringkan oleh Torres, menyusul berikutnya dia memberi assist kepada gol Willian & seterusnya dia menjaringkan gol ke-3 perlawanan, melengkapkan kemenangan selesa Chelsea 3-0.

Bukan mudah juga untuk dapat clean-sheet kat tempat Soton. Kredit kepada barisan pertahanan. Terry, Cahill, Azpilicueta, Ashley Cole. Masing2 melakukan tugas dengan cemerlang & membuat hadangan penting pada separuh masa pertama.

Soal dive itu, ya memang satu keputusan yang tepat oleh Martin Atkinson.dengan melayangkan kad kuning kepada Oscar. Dalam situasi itu Oscar tak sepatutnya menjatuhkan diri kerana dia berpeluang untuk menjaringkan gol. Apa pun dia sudah tebus balik “dosa” nya itu dengan menjadi kunci kemenangan ke atas Soton ini.

The post Southampton 0 Chelsea 3 appeared first on Travel the Thing in Lifestyle | Faizal Fredley.

Percutian Ke Indonesia – Jakarta Aku Datang

$
0
0

Alhamdulillah dah habis semester 1 tahun 4 aku di UniMAP. cuti semester kali ini nampaknya memang tak berapa nak banyak hanya sebulan sahaja, tapi tak mengapa aku akan gunakan cuti aku ni sebaik mungkin dengan aktiviti travel yang sangat ohsem.

Untuk pembukaan percutiaan aku kali ini, destinasi menjadi pilihan aku adalah Jakarta Indonesia. Walau nampak macam tak best tapi bagi aku sangat excited sebenarnya untuk ke sana.

1532139_534343203331379_164674591_n

Beberapa jam lagi aku akan fly ke jakarta dan sekarang jam 1.49 pagi aku masih gigih menaip something di dalam blog travel aku ni, Maklumlah nak coretkan sedikit aktiviti travel aku. Walaupun masih penat sebab baru jer sampai dari Kota Bharu namun rutin sebagai seorang blogger memang tak boleh dipisahkan dari mengetuk-ngetuk keyboard kat my MacBook Air aku nih…

Apapun apa yang aku nak bagitau dah aku tulis, now aku nak baring take some rest sebab esok maybe jadual travel aku agak padat kot.

PS: Selamat Bercuti kepada diri sendiri…nanti aku akan kongsikan Tempat Menarik Di Jakarta Indonesia.

The post Percutian Ke Indonesia – Jakarta Aku Datang appeared first on Travel the Thing in Lifestyle | Faizal Fredley.

Backpacker 4 Day 3 Night at Jakarta Indonesia

$
0
0

Assalamualaikum semua….

Kali ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku sebagai backpacker ke Jakarta Indonesia, Mudah mudahan boleh dijadikan sedikit panduaan dan juga berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini.

Backpacker ke Jakarta kali ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam. Macam biasa kalau aku merancang untuk backpacker perkara pertama aku perlu buat adalah study mengenai tempat yang ingin aku tuju supaya tidak mendatangkan kesulitan di kemudian hari.

Namun malangnya kali ini aku tak sempat nak study mengenai jakarta disebabkan aku teramat sibuk dengan final exam lagipun percutian aku ke jakarta dirancang sangat last minutes.

Air Asia menjadi pilihan aku disebabkan promosi yang di tawarkan agak memenuhi cita rasa poket aku yang tak berapa nak tebal ni. So kalau korang rajin survey tiket di AirAsia.com sudah pasti tiket yang murah menjadi milik korang.

Untuk Hotel pulak aku survey siap-siap di internet dan reserved terus mana-mana bilik hotel yang aku rasa memenuhi cita rasa aku. Tak mewah tak apa janji selesa dan ada internet.

Hari Pertama

Lebih kurang jam 12 malam aku sampai ke Subang dari Kota Bharu dan jam 9 pagi aku sudah siap untuk bertolak ke Jakarta dari LCCT. Jam 11 pagi waktu Indonesia aku selamat tiba Lapangan Terbang Sokarno Hatta Jakarta.

Dari Air Port aku ambil teksi untuk ke Mangga Besar tempat hotel yang aku sedia booking melalui online di Malaysia. Untuk Teksi aku Highly Recommended untuk ambil spesis teksi Blue Bird. Jangan sesekali ambil teksi lain melainkan korang ni banyak duit.

Perjalan lebih kurang 1 Jam 30 minit disebabkan jalan jem akibat banjir aku sampai di hotel yang di booking. Harga teksi dari air port ke Jakarta Pusat lebih kurang 80000 Rp kalau tak silap aku.

Jam 2 petang aku siap check in di hotel. Bilik quite nice walaupun kecik. Letak barang-barang aku terus turun untuk mengisi perut aku sebab masih belum makan lagi dari pagi.

Makanan jakarta pertama masuk perut aku adalah nasi ayam penyek. Yang tu jer aku jumpa masa tu lagipun kedai tu dekat dengan hotel.

Habis makan aku jalan-jalan pusing kawasan berdekatan dengan hotel. Saja jer nak tengok gaya orang jakarta.

Aku balik jam 8 malam dan sebelum naik hotel aku singgah isi perut dulu, kan malam nanti lapar susah pulak nak cari tempat makan.

Hari Kedua ( Tempat Menarik di Jakarta )

Hari ke-2 aku bangun agak lambat, saja jer nak releks lebih kat hotel, kata bercutikan kenalah santai-santai. Hari kedua aku sebenarnya nak ke Tanah Abang. orang kata kat sana barang murah tapi disebabkan keadaan masa tu banjir teruk di sekitar jakarta aku batalkan niat terus amik cab ke Komplek Mangga 2. Komplek Mangga 2 ni salah satu tempat yang korang patut pergi gak. banyak barang-barang yang menarik kat sana.

Balik dari mangga 2 aku singgah makan nasi padang dulu sebelum balik berahat kat hotel.

Hari Ketiga ( Hotel Terbaik dan Murah Di jakarta )

Hari ketiga ni aku check out dari hotel asal aku iaitu Everyday Smart Hotel sebab bilik agak sempit, kurang selesa…hehe so aku jalan depan sikit nak try Fave Hotel. Sebelum aku check in kat Fave Hotel aku cuba survey harga Hotel Permai, Spark Hotel dan Amaris Hotel. Banding antara 4 hotel ni nampaknya harga lebih kurang cuma Spark Hotel ni mahal sikit rate dalam 600000 Rp for 1 night. Yang lain antara 350000-400000 Rp.

Jadi aku putuskan untuk ambil Fave Hotel. Fave Hotel ni terletak  di LTC Glodok Building 8th Floor Jl. Hayam Wuruk No. 127. rate dia 408000 Rp. Ok lah…..tapi memng puas hati. Bilik selesa dan luas. View dari hotel pom cun boleh tengok seluruh bandar jakarta kot.

Selesai Check in aku teruskan jalan-jalan di tempat menarik di jakarta seperti Tugu Monas, Pasar Baru dan Masjid Istiqlal Jakarta. 3 Tempat ni memang menarik di jakarta dan korang yang nak datang wajib singgah disini.

Selesai melawat 3 tempat tu aku balik hotel dan singgah tempat makan menarik di jakarta iaitu di Rumah Makan Garuda Jakarta. Makanan Puas Hati dan berbaloi.  Terletak berhampiran Mangga Besar.

Hari Keempat

Last day kat jakarta aku tak sempat nak buat apa pun sebab semalam penat sangat pusing jakarta so aku bangun terus packing barang then teru ke air port. Dan ingat yer kalau korang naik Air Asia korang kena ke Terminal 3. bagi tau pak supir korang tu suruh hantar ke Terminal 3.

Begituhlah sedikit pengalaman backpacker yang dapat aku kongsikan…..kalau backpacker ni agak penat sikit sebenarnya. Tapi disebabkan di indonesia aku berani kan diri untuk backpacker. kalau negara lain maybe aku amik agen kot. Sama jugak di Medan dan Bangkok aku juga backpacker. Kalau di Bali aku ambil agent.

Tip Melancong ke Jakarta

1.  Sila study dulu tempat-tempat yang korang nak lawati bagi yang backpacker. Dan rajin-rajinkan lah baca blog-blog pelancongan di jakarta.

2. Highly Recommended booking terlebih dahulu Hotel yang hendak korang menginap. Kot-kot nanti full susah korang pulak nanti. Untuk booking online korang boleh booking melalui Agoda.comBooking.comAsiaRoom.com dan lain2 lagi..so pandai2 la yer tengok mane yang menawarkan harga yang murah.

3. Sediakan duit sebanyak 150000 Rp untuk air port tax (per person). 150000 Rp jika korang balik dari jakarta air port dan 75000 Rp jika korang fly kat Medan or Bandung serta Bali.

4. Universal Charger Plug amat penting di indonesia disebabkan kebanyakkan plug point hotel di sana  tak sama dengan malaysia okay.

5. Kalau anda rajin malas nk congak2 kat sana, pastikan anda menyediakan sifir duit die org ngan duit kite bersaiz wallet… senang nt tk payah nk kuarkan kalkulator sepanjang mase..

6. Di sana terlalu ramai penjual jalanan dari yang muda sampailah ke tua…so dinasihatkan..kalau tk nk beli barang yang ditawarkan, anda wat tk tau jer..jgn tanye2 harga pulak..siap minta kurang bagai..last2 tk jadi beli..haaaa merasalah nanti jenuh ko org nk lari dari die org sebab konsep “pakse” akan diguna pakai…hahaha….so hati2 la yer…kalau betul ko org memang nk beli barang dari die org tk per…kadang2 tu blh dpt lebih murah tau dari kedai2 jual barang yang sama.so tepuk dada tanya selera..:)

7. Sekiranya anda mahu menggunakan perkhidmatan teksi, pastikan anda manggunakan teksi Blue Bird  tau untuk mengelakkan daripada di tipu.teksi tu bersepah-sepah kat sana..

8. Pastikan korang memilih tempat makan yang bersih tau. kalau tempat makan di tepi jalan tu aku kurang yakin sikit.

9. Sediakan duit kecik terutama untuk bayar teksi, sebab biasanya diorang ni tak der duit kecik

Sekian sahaja coretan pengalaman aku sepanjang bercuti 4 hari 3 malam di jakarta indonesia. semoga bermamfaat buat korang yang nak bercuti kat sana terutama bagi backpacker.

The post Backpacker 4 Day 3 Night at Jakarta Indonesia appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.


Wake up call from Him!

$
0
0

Screen Shot 2014-01-28 at 2.20.45 PM

Siapa kita untuk menidakkan aturan Allah. Kita bukan sesiapa. Kita cuma hamba Allah yang hina. Hamba Allah pendosa. Andai aturan Allah itu menyakitkan, ketahuilah Allah sedang memberi kasihNya pada kita. Bersyukurlah kita menjadi hamba terpilih untuk diuji. Jangan gentar lalui saki baki hidup. Tebas dan hunus ranjau berduri. Ganjaran menanti, syurga dari Ilahi. – Hami Asraff

The post Wake up call from Him! appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.

Sesungguhnya Allah itu Indah & Menyukai Keindahan

Fave Hotel Jakarta Indonesia

$
0
0

Fave Hotel merupakan salah satu hotel yang sangat selesa di Jakarta indonesia, rate pun not bad hanya 408000 Rp untuk satu malam. Bilik besar dan toilet pun cantik. Internet ada tapi tak berapa nak laju sangat but ok lah boleh la nak update blog dan online tu.

Fave Hotel ni terletak  di LTC Glodok Building 8th Floor Jl. Hayam Wuruk No. 127 berdekatan dengan Jakarta Pusat dan Mangga Besar

DSC_0248

DSC_0246

DSC_0245

Toilet bersih dan agak selesa

DSC_0073

DSC_0077

Katil empuk yang membuatkan aku susah bangun pagi

DSC_0074

Ruang luas

DSC_0242

Lobby Hotel

 DSC_0089

DSC_0085

DSC_0086

View dari atas fave hotel

The post Fave Hotel Jakarta Indonesia appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.

Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW 2014)

$
0
0

image001

Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW 2014) kembali lagi untuk tahun ketiga. Sejak adanya MSMW ni aku rasa para blogger terasa di hargai sangat-sangat. Biasanya blogger duk tengok para artis jer duk turun naik pentas ambil award tapi kali ini kita boleh saksikan blogger pula yang akan naik pentas untuk ambil award masing-masing.

Bagi tahun ni aku rasa persaingan cukup-cukup sengit terutama dari kategori Best Lifestyle Blog dan juga Best Travel Blog. Best lifestyle blog ni memang tiap-tiap tahun sangat mencabar. Jika kita singkat kembali MSMW 2012 dan 2013 award ni jatuh kepada EqbalZack.com dan AkmaOmar.com tahun ni agak-agak sapa lah yang menang yer?

Bagi kategori Travel pula tahun lepas aku rasa paling kurang pencalonan tapi tahun ni memang seperti kategori lifestyle. Dan Alhamdulillah MSMW 2013 Best Travel Blog dapat kat FaizalFredley.Com. Tahun ni sekali lagi blog ini tercalon dan harapan untuk menang tu memang teramat tipis jika lihat calon-calon lain terutama pemenang Malaysia International Tourism Bloggers iaitu KakiBerangan.

Apapun sama-sama kita nantikan kemeriahan MSMW2014 nanti yang berlangsung pada 26 Februari 2014 nanti.

Bagi yang berminat untuk join MSMW2014 dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut boleh usha

Website: http://socialmediaweek.com.my/index.html

Facebook: https://www.facebook.com/MalaysiaSocialMediaWeek

Dan untuk lihat senarai pass winner utnuk tahun 2012 dan 2013 boleh ke

Pass Winner: http://socialmediaweek.com.my/programmes/awards/awards-pastwinners.htm  (ada gambar aku woo)

 

 

The post Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW 2014) appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.

Pantai Bukit Keluang, Pulau Perhentian

Viewing all 788 articles
Browse latest View live


Latest Images