Quantcast
Channel: Faizal Fredley
Viewing all 788 articles
Browse latest View live

Siapa Kata Buat Blog Senang

$
0
0

blogger

Huh (mengeluh)…..

Tak tahu macam mana. nak luahkan kat facebook dah memang tak dapat dah nanti ramai yang unfriend lagipun x nak lah canang satu dunia bahawa kita ni dalam masalah.

Tak tahu nak tulis apa….taip-taip lepas tu padam, taip lagi dan padam lagi….padahal ada something dalam kepala otak yang perlu di terjemahkan nih…

Gi dapur buat air…..

Datang taip balik lepas tu padam lagi….

Masuk bilik guling-guling atas katil…..

Datang depan laptop taip something then padam lagi….

Masuk tengok TV, lepas 30 minit boring, datang depan laptop taip-taip then lagi sekali padam!

Apa kena dengan aku ni…susah sangat nak taip…last sekali barulah terbit entry ni…motip masih undefined…..

PS: Allah sentiasa ada untuk kita. Adakah kita sentiasa ada untuk Allah? Manusia akan jemu bila manusia lain suka meminta-minta. Tetapi Allah suka pada hamba-hambaNya yang tidak jemu meminta. Dampingilah Allah di saat senang mahupun susah. Allah akan bantu kita keluar pada jalan yang tidak disangka-sangka.

The post Siapa Kata Buat Blog Senang appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.


Manchester City 0 Chelsea 1 : Rekod Kebal City Lebur

$
0
0

ivanovic_2811207b

1. Arsenal & Spurs kena lauk 6 gol, MU dibelasah 4-1, Liverpool kalah 2-1 dan semua kelab England telah tewas di Etihad Stadium namun Chelsea kelab pertama yang berjaya meleburkan rekod kebal City itu. Aku pernah berkata sebelum ini, jika ada pasukan yang boleh menghancurkan rekod unbeatan City dan pasukannya itu adalah Chelsea. Dan power tak power Chelsea, ini kali pertama sejak bulan November 2010, City gagal menjaringkan sebarang gol di tempat sendiri.

2. City bernasib baik untuk tidak kalah besar. 3 kali tiang menyelamatkan mereka. Pada separuh masa pertama Chelsea seharusnya boleh bunuh game lebih awal jika Eto’o & Ramires memanfaatkan peluang mudah di depan gol. City juga bernasib baik untuk tidak mengakhiri perlawanan dengan 10 orang kerana Nastasic sepatutnya dilayangkan kad merah, fault ke atas Oscar.

3. Man of the match ? kesemua 11 pemain Chelsea. Dari keeper hingga striker, semuanya memainkan peranan masing. Paling ketara ialah di bahagian tengah. Kunci kemenangan dalam perlawanan besar ialah kita merantai key player mereka. Dan dalam perlawanan ini, Matic & David Luiz berjaya mengunci setiap pergerakan Yaya Toure. Senang cakap Yaya Toure dalam poket Matic. Paling menghiburkan ialah melihat aksi pemain attacking Chelsea. Pemain City memang betul2 kena buli dengan Eden Hazard. Dia juga yang memulakan pergerakan untuk gol Ivanovic.

4. Ramai yang expect Chelsea akan parking bus namun Chelsea memberikan sesuatu yang cukup berbeza. Chelsea parking ferrari haha. Penyokong City mahukan permainan bola sepak alaf 21, jadi kita bagi apa yang mereka inginkan. Kita tewaskan City dengan menerapkan sistem counter attack dan bukannya meletakkan 10 pemain di kubu sendiri. Taktikal Mourinho seperti biasa genius. Jadi ini satu kemenangan yang telus & Chelsea berhak pungut 3 mata penuh.

5. Walaupun kemenangan 1-0 ini tidak melonjakkan Chelsea ke persada liga namun sekurang-kurangnya kita berjaya memberi tekanan kepada Arsenal & City. Jika Chelsea kalah, City akan leading 6 mata dan sudah tentu situasi perebutan liga akan menjadi lebihi sulit. Sekarang ini Chelsea hanya beza 2 mata sahaja di belakang pendahulu. Arsenal boleh menarik nafas lega dengan kekalahan City namun mereka tak boleh bersenang lenang kerana 4 game berikutnya akan menyukarkan mereka. Arsenal dua game liga seterusnya lawan Liverpool, MU. City dua game seterusnya Norwich, Sunderland manakala Chelsea, kita akan lawan Newcastle, West brom.

Masih ada 14 game lagi. Bring it on Chelsea !

Kampung Chelsea….

The post Manchester City 0 Chelsea 1 : Rekod Kebal City Lebur appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.

MSMW 2014 Hanya Untuk Penjenamaan Sebuah Blog

$
0
0

563530_4710073353730_1095869012_n

Wah baru menang sekali dah nak bagi tip untuk menang ke der??? tu pun sebab team denaihati yang promote kalau tak memang tak merasa lah ko naik pentas dakap torphy tu kan. agak x sedar dia jugak aku ni sebenarnya…heheh

Ni bukan trick ke apa pun sebenarnya kalau nak menang kenalah berusaha lebih nak pancing vote untuk vote blog korang tu. Macam aku dulu sebenarnya aku pom buat muka tebal jugak nak suruh orang vote dan hasilnya sampai sekarang aku duk kena perli kat member-member di universiti pasal vote nih. Walaupun diorang sekdar bergurau tapi kadang-kadang panas gak telinga. tapi tak mengapa bila tengok trophy tu atas meja aku automatik jadi sejuk.

Berbalik kepada trick nak menang MSMW ni sebenarnya bukan bergantung kepada vote jer, isi dan kategori yang korang masuk tu memainkan peranan penting kerana ianya membawa markah sebanyak 20% dari pihak juri.

Dan apa yang penting korang kena usaha dapatkan vote untuk berada dalam top 3 jer. lepas tu korang cuba lah mantapkan isi kandungan dalam blog korang mengikut kategori yang korang join.

macam aku dulu last minit jer aku masukkan isi dan layout travel tu dalam blog aku, kalau tak memang tak der harapan nak menang walaupun vote aku paling tinggi masa tu.

apapun tu just pandangan peribadi dari aku jer… untuk tahun ni aku bertanding sekali lagi untuk kategori yang sama. Kalau korang sudi boleh lah vote blog ni yer….

DSC_01901

Tinggal Kenangan

Untuk kategori lain maybe korang boleh vote rakan-rakan blogger aku yang aku rasa memang layak untuk menang..

Sebelum vote korang kena daftar dulu. Ni aku kongsikan cara-cara nak vote

  1. Daftar dulu kat sini http://socialmediaweek.com.my/programmes/awards/signup.php
  2. Buka email untuk dapatkan verify link
  3. Klik link verify dan login
  4. Boleh mula vote untuk setiap kategori

PS: Betul kata orang nak kekalkan kejuaraan lagi susah dari nak raih kejuaraan. Good luck untuk semua rakan blogger yg bertanding, Kalau ada rakan blogger yang nak suruh aku undi dalam MSMW 2014 ni boleh tinggalkan komen inshaAllah aku akan cuba bantu sedikit vote untuk korang.

 

The post MSMW 2014 Hanya Untuk Penjenamaan Sebuah Blog appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.

Rancang Percutian Bajet ke Bali Indonesia

$
0
0

622428_3854770371690_2024777111_o

Assalamualaikum…

Bagi korang-korang yang teringin sekali untuk bercuti ke Bali Indonesia boleh lah cuba pakej percutian bajet  ini. Ianya murah dan memang bajet sesuai untuk percutian bajet selama 4 hari 3 malam.

Perancangan/Bajet:

  1. Flight AirAsia Return All in – RM150 (kena tunggu promosi)
  2. Hotel 3 malam – around rm25/malam
  3. Aktiviti kat Bali – RM400 (termasuk transport,guide,entrance fee) boleh rujuk kat website www.balitobali.com

TOTAL BAJET PERANCANGAN: RM600~RM700

**convertion rate IDR10,000~RM2.73

Day 1:

  • LCCT to Airport Denpasar (flight nak ambik pagi..mungkin smpai dalam tengahari sket)

HALF DAY TOUR >Tour 1

  • visit GWK Garuda Wisnu Kencana
  • Visit Dreamland Beach (Surfing Beach)
  • Visit Uluwatu Temple
  • Tonton Kechak Fire Dance

Day 2:

HOT DEALS>Tour 1

  • Ubud River Rafting
  • Tegalalang Rice Terrace
  • Visit Batur Village to View Batur Volcano & Batur Lake
  • *include lunch + river rafting insurance

Day 3:

ADVENTURE TOUR>Adventure 4

  • @Bali water sport activities
  • Parasailing
  • Banana Boat
  • Jet Ski
  • Fly Fish
  • Snorkelling
  • Glass bottom boat to turtle island
  • *include locker + towel + insurance

Day 4

  • Fee and easy..Jalan2 sekitar hotel
  • Ambik flight petang..sampai LCCT then bley la balik ke rumah masing2..esok masuk keja yer

614495_3845423938035_298082342_o 621155_3852442553496_1569191288_o

PS: Plan Percutian ni dibuat oleh kawan aku yang bercadang untuk bercuti ke Bali maybe bulan jun nanti bergantung kepada tiket promosi Air Asia. aku harap dengan plan yang dirancang ni sedikit sebanyak boleh toloang sapa-sapa yang berminat untuk ke sana nanti. Aku pun teringin nak pergi lagi sekali ke Bali.

The post Rancang Percutian Bajet ke Bali Indonesia appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.

Tempat Menarik di Putrajaya

$
0
0

DSC_0294

Arghhh sedap…

Putrajaya salah satu tempat yang sangat menarik bagi aku, sebuah bandar yang sangat tersusan dan mempunyai pelbagai daya tarikan yang tersendiri.

Bagi mereka yang mahukan tempat yang sangat menarik dah tidak tersekat dijalan akibat jem dan juga terdekat dengan bandaraya Kuala Lumpur Putrajaya merupakan tempat yang sangat sesuai.

Aku berpeluang tinggal di Putrajaya selama setahun semasa aku menjalani latihan industri pada tahun 2011 dan 2013.

Pelbagai tempat menarik yang boleh di lawati di putrajaya terutama bagi para pengantin yang mahukan gambar pra wedding yang sangat awesome.

DSC_0269

Yoe’s menjadi minuman pilihan aku walau di mana berada

Pertumbuhan bandar raya Kuala Lumpur yang begitu pesat sebagai pusat pentabiran kerajaan persekutuan dan perdagangan meyebabkan ia mejadi begitu sesak dan tidak mempunyai ruangan yang cukup untuk perkembangan lanjut. Atas alasan itu, kerajaan persekutuan mencari tapak baru dan Kerajaan Selangor bersetuju menjual sebuah kawasan bernama Prang Besar dalam daerah Sepang.

Jadi pada 19 Oktober 1995, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan yang ketiga, selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Ia dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al Haj.

Tempat paling menarik bagi aku di Putrajaya sudah semestinya, Taman Saujana Hijau, Presint 11, tempat ni sangat-sangatlah tenang dan mempunyai pemandangan yang cukup menarik dari atas bukit. Seoleh-oleh dapat lihat seluruh putrajaya.

DSC_0276

Merenung masa depan

Selain tu Masjid Putra, Masjid Sultan Zainal Abidin, Kelab Tasik Putrajaya, Presint Diplomatik dan juga Jambatan di Putrajaya merupakan tarikan yang cukup di gemari di Putrajaya…

Petang tadi pula aku berpeluang untuk berfotoshoot di Taman Saujana Hijau, Presint 11 untuk contest Yoe’s Malaysia.

The post Tempat Menarik di Putrajaya appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.

Yeo’s Inspirasi Gaya Hidupku

$
0
0

DSC_0269

Pernah dengar Minuman jenama Yoe’s? Kalau tak pernah dengar saya rasa anda bukanlah typically orang Malaysia, ataupun anda sememangnya tidak mengamalkan gaya hidup yang awesome.

Yoe’s merupakan salah satu jenama minuman yang cukup popular dan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia disebabkan ianya mempunyai pelbagai jenis perisa dan harga yang berpatutan dan semestinya kuliati yang dijaga baik serta khasiat yang tentu menjamin gaya hidup sihat anda.

Menyingkat sejarah Yoe’s, Syarikat ini ditubuhkan di Singapura pada 20 Disember 1955 dan telah disenaraikan pada 7 November 1968 dan dinamakan semula kepada nama Yeo’s seperti sekarang ini. Yeo’s juga merupakan syarikat yang pertama di dunia memperkenalkan minuman dalam kotak (tahun 1967).

Yeo’s Pilihan Ku Gaya Hidup Ku

DSC_1123 copy

Kenapa ianya menjadi pilihan ku? Meh sini nak habaq mai…

Sebab utamanya adalah HALAL. Jenama yang diikhtiraf di dunia sebagai produk yang berkhasiat dan bermutu tinggi. Penghasilan dan pelabelan yang disahkan oleh dunia dan dapat sijil halal daripada JAKIM.

Sebab kedua Yeo’s mempunyai pelbagai perisa pilihan seperti Susu Kacang Soya, Ice Lemon Tea, Yogurt, Chrysanthemum Tea, Winter Melon Tea, Sugarcane Drink, Lemon Barley Drink, Lychee Drink, Longan, Red Date Drink, Bandung Rose Syrup Milk Drink dan banyak lagi.

One of my favourite adalah Ice Lemon Tea. Rasanya cukup umph dah boleh menghilangkan dahaga. Bayangkan jika diminum ketika cuaca panas dan setelah habis bersukan. ohhh sangat ohsem. Terasa jus lemon + tea yang sejuk mengalir di dalam tekak bagaikan air sungai yang mengalir di celah-celah batu oh segarnya…

Yeo’s Ice Lemon Tea akan sentiasa menjadi pilihanku terutama setelah penat lelah bersukan dan juga berjoging. Malah Yeo’s juga menjadi pilihan saya ketika saya travel.

1492497_544769118955454_76512245_o

Dikala malam pula Bandung Rose Syrup Milk Drink dan Chrysanthemum Tea menjadi pilihan saya disebabkan ianya memberi impak kesegaran yang cukup semula jadi untuk saya stay up bagi memulakan kerja saya sebagai seorang blogger dan juga kerja saya sebagai seorang student. Ianya akan membantu pemikiran saya menjadi fresh untuk memudahkan segala info dapat di cerna secara telus di minda saya. Barulah hasil kerja saya ada kualiti. Ternyata ianya cukup sesuai bagi pelajar dan juga orang yang bekerja.

1658255_545281348904231_1365344715_o

Untuk memulakan hari saya pula, Yeo’s Yogurt menjadi pilihan. Ini Kerana, Yeo’s Yogur kaya dengan kandungan protein, vitamin B12, kalsium, Pantothenic Acid, Potasium, Riboflavin dan fosfor, serta tergolong di dalam kategori makanan yang sangat rendah lemak dan kolesterol.

Bukan hanya enak di mulut, ternyata Yeo’s Yogur boleh membantu pencernaan, Menjaga jantung supaya kekal sihat, Mencegah Osteoporosis, Mengatasi Jerawat, Menjaga Kehalusan dan kelembutan kulit  (sebab tu wajah dan kulit i licin dan halus ) gituuuhhh!

DSC_0276

Bukan sahaja di waktu pagi, malam dan selepas bersukan minuman Yeo’s tetap menjadi pilihan gaya hidupku walau dimana dan bila tidak mengira waktu ianya sangat sesuai dan memjamin gaya hidupku yang sihat.

Selain itu minuman Yeo’s juga berfungsi sebagai:

  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari
  • Protein soya sebagai antioksidan
  • Mencegah type 2 diabetes
  • Tinggi kandungan vitamin K

Kini Yeo’s tampil dengan produk makanan yang turut diperbuat daripada bahan semula jadi dan herba. Contohnya, mi segera, sos makanan, dan minyak bijan.

Dan yang menjadi kesukaan saya dan keluarga saya sudah tentu Canned Curry Chicken. Selain ianya mudah disediakan (Hanya mengambil masa 2 minit) ianya sedap dah boleh di makan setiap hari. Ia juga tampil dalam Curry Chicken, Rendang Chicken, Vindaloo Chicken, Kurma Chicken dan Beef Curry.

Bersesuaian dengan misi Yeo’s  untuk menyediakan pelanggan dengan produk yang berkualiti tinggi dan nilai terbaik selaras dengan mengekaklan tahap inovasi dan kecemerlangan setiap produk yang di perkenalkan memang menjamin nilai kesihatan buat setiap gaya hidup pelangan.

Terima kasih Yeo’s Kerana Menjadi Inspirasi Gaya Hidupku yang Sihat

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

The post Yeo’s Inspirasi Gaya Hidupku appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.

Top of The League – Chelsea 3 Newcastle 0

$
0
0

article-2554055-1B4C4B5000000578-680_634x386

Top of the league selepas Arsenal & City masing2 tercicir mata. Kemenangan 3-0 ke atas Newcastle ini of course satu kemenangan yang hebat, di samping aksi individu menarik Hazard serta 3 gol hatriknya itu.

Kehebatan Hazard ini memang tak perlu dinafikan lagi, dia memang salah satu pemain muda terbaik di dunia sekarang. Namun kejayaan ini bukannya terletak pada Hazard sahaja, kredit juga kepada pemain2 lain macam Matic & Ivanovic. Ivanovic memang flash man.

Satu masa dia berada di bahagian pertahanan, beberapa minit dia berada di area pihak lawan pula. Defender yang bukan sahaja boleh bertahan dengan baik malah boleh naik atas bantu bahagian serangan serta menjaringkan gol. Itulah Branislav Ivanovic. Salah satu right back terbaik di dunia.

Aku fikir Chelsea semakin hari semakin improve. Dari segi workrate bagus. Kerjasama & link-up di bahagian tengah dengan striker berjalan dengan lancar.

Gol pertama berlaku sangat cepat. Umpanan Ivanovic yang serta merta diledak menerusi first timer Hazard. Gol kedua word class. Counter attack + one-two pass Hazard dengan Eto’o kemudian Hazard melakukan placing ke gawang lawan. Gol ketiga penalty kick. Lampard baik hati bagi Hazard score hatrik.

Hazard, Oscar & Willian memang satu kombinasi yang bagus, aku fikir lebih bagus dari kombinasi musim lepas (Mata, Hazard, Oscar). Mohamed Salah juga sudah membuat debut pertamanya. Tidak mengecewakan walaupun dia mensia-siakan dua peluang mudah di depan gol.

Berkenaan dengan kenyataan Mourinho “Chelsea are not title favourite”. Sebenarnya itu mind games Mourinho. Kita semua tahu Mourinho ni jenis manager yang macam mana.

Walaupun haters menganggap benda itu negatif tetapi ia sebenarnya patut dilihat dari sudut positif. Mourinho berkata sedemikian kerana tak mahu over-confident & tak mahu player2 Chelsea ini leka selepas menang dalam perlawanan besar. Mourinho bukanlah seperti manager2 lain, especially kalau menang akan cakap “we are favourite to win this league, we deserved to win this league”.

Tengok macam Liverpool. Lepas menang 5-1 ke atas Arsenal, semua bajet liverpool berpeluang menang liga, liverpool berhak menang liga. Perkukuhkan dulu top 4 spot itu, kemudian baru bercakap pasal kejuaran liga.

Kalau menang dengan kelab besar minggu ini, minggu seterusnya seri dengan kelab bawahan elok fokus benda2 dijadikan target awal2 musim dahulu.

Dah la main satu game seminggu, tak main apa2 kejohanan eropah.  Lainlah Chelsea, Champions league lagi. Kita akan bermain dalam jadual padat bulan ini.

The post Top of The League – Chelsea 3 Newcastle 0 appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Great Lifestyle.

Selamat Tinggal Dunia Blog Lifestyle

$
0
0

faizal

Wah tajuk macam nak tinggalkan terus dunia blogging ni kan. Mana mungkin bro, dengan blogging ni lah aku dapat lepaskan perasan aku, luahkan pendapat aku, berkenalan dengan ramai blogger hebat di luar sana dan yang penting side income aku, walaupun tak banyak tapi cukuplah boelh membantu sedikit sebanyak perbelanjaan hidup aku.

Dunia Lifestyle sangat lah seronok kerana dengan niche lifestyle ni lah aku mulakan kerjaya aku sebagai seorang blogger. Ingat lagi masa first entri aku buat main redah jer. masa tu aku buat diploma dan dalam keadaan stress giler. Pastu main taip jer ikutkan perasaan dengan ayat yang tunggang langgang lagi. malu kat orang kot. dah le huruf warna HIJAU macam celaka jer aku rasa bila tengok balik.

Gi kelas esok terus kena maki kat member-member sebab aku shared di Facebook. Tapi masa tu tak tahu malu lagi. Hahaha

Screen Shot 2014-02-11 at 7.00.11 PM

Tapi itulah belajar dari pengalaman, lama-lama aku improved, cuba hasilkan entri yang lebih baik. Lebih mesra pembaca dan yang penting entri yang berilmu dan berguna buat pembaca walaupun sekadar entry lifestyle.

Lepas niche lifesyle blog aku mula berubah dengan niche news. Masa tu aku ingat blog ni mantap sangat SEO. Buat jer post confirm akan dapat 1 place kat google. Memang trafik masyuk giler tapi sayang komen mula berkurang. Orang tak banyak komen blog news SEO ni. Masa tu aku berjaya menang Contest SEO yang di anjurkan oleh 2dayblogger. Dan menjadi top referrer beberapa contest.

Lepas jer niche news ni aku beralih semula ke niche lifestyle dan akhirnya secara tiba-tiba bertukar ke niche Travel. Baru jer berjinak-jinak dalam niche travel blog ni berjaya menang Favourite Travel Blog di MSMW 21013. Rezeki orang kata. Sejak dari itu aku cuba sedaya upaya untuk kekal dalam niche tu walaupun kadang-kadang ada update pasal lifstyle.

Untuk tahun 2014 ni aku dah nekad untuk separate antara Blog Lifestyle dan Travel. walaupun aku tahu blog travel ni sangat susah untuk tarik trafik. tapi tak mengapa asalkan aku happy buat blog travel.

Selamat Datang ke Dunia Lifestyle aku yang baru MOHDFAIZAL.MY dengan tagline Kurasakan Something. Ditubuhkan pada September 2013 namun hanya mula beroperasi secara rasmi semalam.

The post Selamat Tinggal Dunia Blog Lifestyle appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Great Lifestyle.


Cabaran Kembara di Kemboja

$
0
0

Wisatawan mengamati salahsatu bagian candi ketika mengunjungi obyek wisata Candi Bayon di Kawasan Angkor, Siem Reap, Kamboja

Assalamualaikum…

Entri ini terhasilnya bagi menyahut cabaran dan bagi tanda sokongan untuk rakan blogger saya iaitu Azri Johan yang menganjurkan contest Kembara Kemboja dengan syarikat Cambodia Muslim Holiday & TravelHadiah boleh tahan lumayan tau. Kalau nak join boleh terus usha Blog Azri Johan.

Namun bukan kerana hadiah yang menyebabkan saya turut serta dalam contest ini tapi disebabkan saya ada sedikit kisah kembara kemboja yang tak jadi untuk di sampaikan.

Pada tahun 2010 pernah sekali saya berpeluang untuk travel luar dari Malaysia buat pertama kali dalam hidup saya. Dia punya excited Tuhan sahaja yang tahu. lagi pun travel kali ini di taja 70% oleh pihak Universiti bagi student PALAPES tahun akhir. Kira tiap-tiap tahun pihak Universiti akan taja student PALAPES ke oversea sama macam MPP.

Destinasi kali ini adalah tak lain tak bukan adalah kemboja. Seramai 30 orang pelajar yang bakal join lawatan kali ini. Disebabkan kali ini pergi bersama kawan-kawan satu batch seronok dia bukan kepalang. excited lain macam jer. sebab semua satu kepala.

Namun perkara utama yang perlu ada untuk travel oversea ni sudah tentu Buku Merah (Passport) selain Duit. Al kisahnya saya dengan semangar berkobar-kobar nak buat passport setelah mendapat kelulusan dari family terus ke Kementerian Kangar.

Tetapi malangnya kerana Chip IC rosak saya terpaksa buat IC baru, namun untuk buat IC baru masa tu perlukan Surat Beranak. SB masa tu kat kampung (Kelantan) saya sekarang kat Perlis. So jalan nya buat lah SB dulu dan disebabkan saya asal dari Kelantan untuk siapkan SB pelukan masa seminggu. Padahal masa untuk ke Kemboja seminggu lagi.

Dengan berat hati pegawai yg incharge buat keputusan untu gugurkan nama aku dalam senarai. Masa tu memang sedih sangat. Tengok pula kawan-kawan duk post gambar travel di Facebook. Nak menangis pun ada masa tu.

Tapi tak mengapa perkara yang lepas. InshaAllah mungkin satu hari nanti ada rezeki aku untuk jejak bumi Kemboja nanti.

********

Muzium-Tuol-Sleng-Genocide

Pintu gerbang Tuol Sleng Genocide Museum (Sumber Denaihati)

Mengenai Kembara Kemboja Tajaan Cambodia Muslim Holiday & Travel sebenarnya memang sekali aku teringin untuk menjejakkan kaki di bumi kemboja ni. Apabila terbaca pengalaman rakan blogger yang berkongsi turut menambahkan mekanisma keinginan aku ke Kemboja.

Tempat yang memang teringin aku nak pergi adalah Siem Reap. Nama Siem Reap ditentang oleh Thailand kerana maknanya Siam Kalah. Boleh gituhhh kan

Menurut perkongsian rakan blogger  Jalan di sana  tidak seperti di Malaysia, jalanraya tanah merah di Phnom Penh berkongsi dengan segala kenderaan lain. Lori, van, pacuan empat roda, kereta, motorsikal, kereta lembu, kereta kuda dan basikal semuanya dalam laluan yang sama.

Pemandangan-di-Phnom-Penh

Sumber denaihati

Hasil pembacaan aku juga mendapati Majoriti penduduk Siem Reap adalah bukan Islam jadi tidak mudah bagi pelancong Islam untuk mendapat makanan HALAL. namun sekarang dengar cerita Restoren makanan Halal di Kemboja Semakin bertambah. Lagi senang ummat Islan untuk melancong di Kemboja kalau macam nih.

Siem Reap juga merupakan kawasan pelancongan jadi tak hairanlah kat sana tu ramai sungguh pelancong dari Europe, Korea dan Jepun. Nak juga tahu apa yang menatik kat sana dengan mata sendiri kan.

Selain itu, Tasik Tonle Sap (Tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara) juga merupakan antara tempat popular kat sana. Menurut rakan yang berkongsi pengalaman menikmati hidangan ringkas seperti daging bakar pada waktu malam di atas bot memang cukup seronok. Kesejukan dengan angin dingin malam membuatkan diorang leka seketika menikmati panorama dengan lampu neon di Bandar Phnom Penh.

Angkor Wat dan sekitarnya yang mempunyai berpuluh-puluh Angkor juga antara lokasi yang berda dalam list jika aku ke sana satu hari nanti. Ye lah kan dari sekolah lagi duk Angkor Wat ni terutama dalam subjet sejarah. Mesti banyak peninggalan sejarah kat sana kan.

Kubur-Mangsa-Pol-Pot

Antara kubur mangsa kekejaman Pol Pot (sumber denaihati)

Selain tu, Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar  ialah pemerintah Khmer Rouge serta Perdana Menteri Kemboja (secara rasmi dipanggil Kampuchea Demokratik semasa pemerintahannya) dari 1976 hingga 1979. Itulah ungkapan yang dapat aku tafsirkan mengenai Pol Pot. Mangsa diambil gambar dahulu sebelum mereka diseksa dengan pelbagai cara. Tidak kira tua dan muda, lelaki dan perempuan, penyeksaan dilakukan dengan kejam dan tidak masuk akal bagi yang kita normal. Ada yang disebat, ada yang dikerat jarinya, ada yang dilemaskan dalam tempayan dan pelbagai lagi jenis penyeksaan yang sangat kejam. (sumber wikipedia)

Pasal kembara ni aku teringat satu ayat dari seorang rakan blogger yang sangat suka travel. Dia kata banyak juga ayat Al-Quran yang mengajak Umat Islam menjelajah dunia melihat kebesaran Tuhan. That why lah aku teringin sangat untuk kembara sebanyak mungkin tempat yang mampu.

Mungkin satu hari nanti aku akan mencuba khidmat Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel apabila berpeluang travel ke Kemboja. Biasa aku travel sebagai backpacker tapi di kemboja disebabkan tempat yang agak berbeza dengan Malaysia jadi sebaiknya ambil pakej dengan Syarikat Cambodia Muslim Holiday & TravelSenang nak cari tempat makan yang Halal dan segala urusan pun berjalan dengan lancar. Nanti tak derlah tersangkut kat mana-mana tempat. Nak pergi ke satu-satu tempat pun senang kalau guna pakej Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel ni.

Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

The post Cabaran Kembara di Kemboja appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Great Lifestyle.

Malindo Air vs Air Asia yang Mana Lagi Better?

$
0
0

1902046_10201697635666598_1201706710_n

 

Pernah fly dari Subang ke Kota Bharu? Kalau pernah apa pilihan yang anda selalu buat? Soalan ni tak perlu tanya buat sesetengah orang macam aku sebab aku ni akan pilih yang tambang murah. Kalau waktu tu Malindo Air lagi murah aku akan fly naik Malindo Air, Kalau Air Asia pula yang murah confirm Air Asia Pilihan. Begitu juga cerita Fire Fly dengan Malaysia Airlines.

Tengah hari tadi adalah first time aku naik Malindo Air dari Subang ke Kota Bharu. Sebelum ni Air Asia dengan Malaysia Airlines .

Sepanjang penerbangan aku ke Kota Bharu yang mengambil masa lebih kurang 45 minit tadi aku rasa Malindo Air lagi better dari Air Asia maybe. MAS memang tak boleh compare dengan Malindo Air dan Air Asia disebabkan ketegori lain-lain.

Perkara pertama yang aku paling suka naik Malindo Air tadi adalah pramugari dia sangat cun nama Dania. Rambut pendek paras leher dengan skirt batik belah tengah memang umphhh….

Yang kedua of course everyone know Malindo Air ni sediakan snek dan Air Minuman berbanding Air Asia jadi tak der lah kering mulut masa dalam flight nanti.

Dan part yang paling penting masa aku nak booking flight harga Malindo Air lagi murah dari Air Asia.  That why Malindo Air jadi pilihan aku.

articlesMalindo-Air-vs-AirAsia-Buckle-your-seatbelts-for-a-dogfight-1024x576.jpg.transformed

Malindo Air vs Air Asia yang mana lagi better?

  1. Harga bergantng kepada promosi
  2. Lapangan Terbang. Air Asia kat LCCT. Busy dan jauh. Malindo Air di Subang keadaan agak tenang
  3. Malindo Air ada snek dan air minuman
  4. Ruangan Malindo Air lagi luas
  5. Pramugari yang cantekkk

Jadi Pilihan aku lebih kepada Malindo Air. Anda pula bagaimana?

The post Malindo Air vs Air Asia yang Mana Lagi Better? appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Great Lifestyle.

Tempat Makan Menarik di Kelantan – Nasi Ulam Kampung Kraftangan

$
0
0

nasi-ulam-kg-kraftangan-3

Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan di Kota Bharu Kelantan merupakan one of the most popular tempat makan yang menarik di Kelantan ni. Bagi penggemar nasi ulam ala-ala kampung boleh cuba makan di Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan yang terletak di bandaraya Kota Bharu berdekatan dengan Muzium Kraftangan Kelantan.

Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan meruapak restoren yang agak simple dan selesa. Berbagai jenis ulam yang di sediakann termasuk lauk pauk ala-ala kampung gitu. Lagipun di sini lebih istimewa dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid.

Lokasi yang sangat trategik memudahkan pengunjung untuk makan di sini terutama di waktu makan tengah hari. Tentang harga pula memang berbaloi dan sangat berpatutan .

Keunikan kedai ini ia mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman. Sehingga kadang-kadang aku sendiri tidak kenal nama dan tidak pernah makan sebelum ini.

Antara menu popular adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung.

Jika korang datang dengan keluarga yang ramai, elok buat tempahan meja terlebih dahulu kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari kecuali Jumaat pengunjung tersangat ramai terutamanya semasa waktu puncak jam 1 – 2 ptg.

Wajib Cuba

  • Ikan keli goreng berempah, ikan patin masak gulai tempoyak, beraneka jenis ulam-ulaman, budu, tempoyak, ikan bakar, kuah lemak, air sirap

Lokasi

  • Jalan Hilir Kota, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

Tip

  • Makan secara hidang – lebih jimat dan murah.
  • Waktu peak hour adalah jam 1-2 petang. Jadi, dicadangkan datang dalam pukul 11-12 tghari untuk lebih selesa. Disyorkan tempah meja terlebih dahulu jika datang dalam jumlah yang ramai
  • Terdapat pelbagai tempat menarik dan tarikan pelancongan di sekitar restoran ini seperti Kota Sultan Ismail Petra dan Muzium Kraftangan.

Waktu Operasi 

  • Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat (11 pg – 5 ptg)
  • Cikgu Hamid 019-9466665 / 018-9042345 Kak Zam 014-8136555 / 017-9227972 (untuk tempahan)

The post Tempat Makan Menarik di Kelantan – Nasi Ulam Kampung Kraftangan appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Great Lifestyle.

Uji Kehebatan Blogger Dengan Sky Trex Shah Alam

$
0
0

skytrex1

Mana-mana blogger yang rasa inginkan cabaran luar yang lasak tu aku sarankan join cabaran Sky Trex Shah Alam yang dianjurkan oleh Salam Media nih. Bukan apa blogger ni kadang-kadang asyik mengadap laptop jer apa salah kalau sekali sekali join cabaran luar yang agak lasak sikit. Boleh jugak kempis kan perut dan keluarkan peluh tu.

Aku sebenarnya dah lama tak buat aktiviti lasak nih. Sejak habisnya latihan askar wataniah 2011 dulu aku memang jarang terlibat denagn aktiviti lasak. Kalau ada pun bila join kelab kembara unimap.

Kali ni nak juga try aktiviti lasak bersama rakan blogger ni. Nak jugak tahu sejauh mana lasaknya rakan-rakan alam maya aku nih.

Jom kawan-kawan kita sahut cabaran Sky Trex Shah Alam ni.

Salam Media is organizing this challenge with the support of Skytrex and Fastrack.

Date: Sunday, 2nd March 2014
Time: 2.30 PM
Location: Skytreks Shah Alam (Bukit Cerakah, near Seksyen 8)
Link: Official Skytrex AdventureOfficial Fastrack

Selain cabaran lasak Salam Media dengan Kerjasama Skytrex and Fastrack menyediakan hadiah yang istimewa buat blogger yang join. Antaranya adalah

  • 2x Passes to Skytrex (Big Thrill or Extreme Challenge)
  • 2x T-shirts
  • Chocolate Energy Bar sponsored by Fastrack
  • 3 x Powerbank giveaways.

Untuk join tak susah pun cuma buat apa yang di suruh oleh penganjur jer dengan

  1. Submission of post must be by Sunday, 23 February. We will inform winners on through email and blog on Monday, 24 February.
  2. Bloggers with health complication are discouraged to join as hospital and clinics are quite far.
  3. Blogger under 18 MUST be accompanied by an adult.

Jom blogger apa lagi tunggu..meh kita berentap sama-sama…

 

The post Uji Kehebatan Blogger Dengan Sky Trex Shah Alam appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Great Lifestyle.

Menikmati Keindahan Okinawa #ILoveOkinawa

$
0
0

1.Kabira Bay in Ishigaki Island

Kabira Bay di Ishigaki Island

Impian untuk berkunjung ke Jepun atau lebih dikenali dengan nama Negara Matahari Terbit merupakan impian orang ramai termasuk saya, Namun, disebalik keindahan yang tersirat di Negara Matahari Terbit itu, sudah pasti tersimpan sejuta rahsia. Keindahan yang pastinya memukau mata setiap pengunjung pasti tidak lengkap tanpa menikmati keindahan sebenar Jepun di Okinawa.

Sebelum saya menyingkap rahsia-rahsia Okinawa, bermula hari ini, semua berpeluang untuk menikmati secebis dari keindahan Okinawa dengan menyertai pertandingan ‘Be Okinawa’!

Pertandingan ini mudah sahaja.

Tempoh pertandingan: 10 Februari hingga 10 Mac 2014

Langkah – langkah pertandingan:

  1. Lawat page Visit Okinawa Malaysia (https://www.facebook.com/VisitOkinawa.my ) dan klik bahagian ‘Be Okinawa’
  2. Daftarkan Emel anda
  3. Pilih gambar yang anda suka dari no 1 sehingga no 20.
  4. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah atau nama Jepun nya Atari!

5 Pemenang Pertama berpeluang untuk memenangi Ryukyu Glass dan 50 Tempat Kedua berpeluang untuk memenangis Star Sand!

Kenapa anda patut menyertai pertandingan ini? Kepulauan Okinawa bukan sahaja dikelilingi lautan biru jernih tetapi ia juga menyimpan rahsia-rahsia zaman pemerintahan Kerajaan Ryukyu.

Untuk Mneyertai Contest ini anda boleh layari https://beokinawa.net/my 

Keindahan alam semula jadi yang terletak di kawasan laut Okinawa pastinya memberikan pengalaman yang amat menarik kepada setiap pengunjung. Sebuah pulau uang terletak di utara Jepun, Okinawa merupakan pulau terbesar di Kepulauan Ryukyu. Okinawa terletak di bandar Naha, ibu Wilayah Okinawa dengan keluasan 1,201.03 km2. Menurut banci penduduk September 2009, seramai 1,384,762 orang tinggal di pulau itu. Bahasa Uchinaguchi menjadi bahasa harian penduduk.

3.Driving_enjoy the blue sky and oceas by driving Okinawa

Menikmati keindahan langit dan lautan biru

Untuk merasai sendiri keindahan sekitar Okinawa, saya sarankan anda yang ingin datang ke Okinawa menyewa kereta bagi memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke destinasi lain. Pelbagai jenis kereta boleh disewa disertakan dengan perkhidmatan ulang-alik percuma dari lapangan terbang, hotel, atau pelabuhan, penggunaan sistem GPS bahasa Inggeris dan lain-lain lagi.

Memandu di sekitar Okinawa sememangnya merupakan satu perasaan yang hebat – dikelilingi persisiran pantai dan berbumbungkan langit luas terutama apabila dikongsi bersama orang yang disayangi.

Jika anda ingin bersiar-siar di sekeliling Okinawa, saya cadangkan anda menggunakan teksi! Sewanya murah jika penyewaan dilakukan untuk setengah hari atau sehari suntuk. Jangan lupa untuk menghubungi hotel atau agen syarikat pelancongan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menempah pemandu teksi yang boleh berbahasa Inggeris.

4.Cherry Blossoms_the earliest deep pink cherry blossom

Bunga sakura merah jambu mekar terawal

Okinawa merupakan tempat di mana bunga sakura mula mekar paling awal di Jepun – pada akhir bulan Januari. Ini menandakan bermulanya musim bunga. Sangat indah bukan? Saat ini memang saat yang sangat dinantikan oleh ramai pelancong kerana bunga Sakura di Okinawa ialah dari spesis “Bellflower Cherry” (Kanhizakura), dan berbanding bunga sakura yang terdapat di kawasan lain di Jepun, warna merah jambunya lebih pekat dan ianya tergantung ke bawah seperti loceng gantung.

“Festival Bunga Sakura” terawal di Jepun kini sedang berlangsung di pelbagai daerah di Okinawa. Terdapat juga tempat yang membolehkan anda menikmati bunga sakura yang kembang di malam hari dengan diterangi cahaya lampu bulan yang gemerlapan. Jom datang dan nikmati musim bunga yang terawal di Jepun.

Sila nantikan pengenalan perayaan-perayaan bunga sakura yang akan diadakan di setiap kawasan di Okinawa selepas ini! 

6. People_2_youngmen, dancing Eisa

lelaki-lelaki Okinawa menari tarian Eisa

7.Festival_Haaree festival

Festival Haaree

8.Triathlon_Triathlon in the nature

Triathlon Alam

Selain daripada perlumbaan “road race” antarabangsa, perlumbaan peringkat daerah dan acara berbasikal menjelajahi pulau utama Okinawa juga akan diadakan. Ini adalah salah satu acara sukan berbasikal yang sering menarik pengunjung bukan sahaja dari Jepun, tetapi juga dari luar negara.

9.Shuri Castle_The world heritage Shuri Castle

 Warisan Dunia Istana Shuri

Warisan dunia; Istana Shurijo terletak di atas sebuah bukit di bahagian utara Bandar Naha, ialah suatu tempat yang pernah menjadi pusat pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan Kerajaan Lama Ryukyu selama 500 tahun dari abad ke-15. Lawatan ke Istana Shurijo pasti akan membawa anda ke masa silam semasa pemerintahan lama Ryukyu.

Setiap tahun “Perayaan Tahun Baru (Shinshun no Utage)” akan diadakan di “Taman Shurijo” di bandar Naha dari 1 Januari ke 3 Januari. Anda pasti kagum menyaksikan persembahan imitasi upacara Kerajaan Lama Ryukyu yang penuh dengan adat istiadat! Terdapat juga banyak acara-acara menarik untuk anda nikmati seperti pementasan tarian “Ryukyu”, acara minum teh, dan pelbagai lagi!

Untuk info dan matlumat lanjut mengenai Kerajaan Lama Ryukyu anda boleh melawati pautan ini  http://www.okinawastory.jp/en/learn/history.html

10.Sansen music_an imperative instrument for Okinawa music

Keunggulan Muzik Sansen

Tak lengkap rasanya jika kita datang ke satu tempat tanpa mendengar dan menikmati muzik tradisionalnya. Alat muzik sansen ini dikatakan berasal dari negara China pada zaman Kerajaan Lama Ryukyu dari abad ke-14 ke abad ke-15. Tetapi, sehingga ke hari ini, ia dilambangkan sebagai alat muzik tradisional Jepun. Alat in sangat popular dan merdu sehingga digunakan juga di dalam komposisi lagu-lagu popular kini di Jepun.

Muzik Okinawa telah melalui evolusi yang tersendiri di Jepun. Sesuatu alatan yang tidak dapat dipisahkan daripada muzik Okinawa ialah alat muzik “Sanshin”.

11.Bingata(red style)_representative and traditional dyeing technique in Okinawa

Wakil Bingata gaya merah) dan teknik pewarnaan tradisional di Okinawa

Jika anda ingin melihat dan merasai kebudayaan dan kesenian Okinawa serta menikmati makanan tradisional Okinawa, saya cadangkan anda berkunjung ke Kampung Ryukyu (Ryukyumura). Disini, anda boleh mencuba pakaian tradisional mereka serta membuat aksesori tradisional Ryukyu. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan kesenian Okinawa. Selain itu, di sini juga terdapat banyak kawasan yang fotogenik seperti rumah etnik lama yang telah diiktiraf sebagai aset kebudayaan Okinawa, Jepun.

12.Shisa_protectorate god in Okinawa

Shisa si Pelindung Tuhan di Okinawa

13.Sea grapes_seaweed taked in the  Okinawa ocean

Rumpai anggur laut dari lautan Okinawa

Sea grapes seaweed atau lebih dikenali sebagai  ”Umi budo” merupakan sejenis rumpai laut yang terdiri daripada bola-bola kecil seperti buah anggur. Ia merupakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi dan lain-lain. Apabila dimakan, bebola-bebola kecil ini seakan-akan meletup di dalam mulut.

Sea grapes seaweed ini merupakan makanan yang cukup terkenal di Okinawa ini dan teringin sekali untuk saya mencubanya sendiri. Jadi anda yang mahu merasa ianya meletup-letup di dalam mulut seperti kata Chef Jo (Masterchef Malaysia) boleh lah datang sendiri di Okinawa kerana ianya idak boleh disimpan di dalam peti sejuk, maka anda hendaklah pergi ke Okinawa untuk merasai sendiri kelazatannya sementara ia masih segar!

14.Scampi (Marsupenaeus japonicus)_fresh scampi grew up in the Okinawa ocean

Udang Scampi (Marsupenaeus japonicus) Segar dari lautan Okinawa

15.Steak_one of the Okinawa people's favorite gourmet

Stik adalah salah satu gourmet kegemaran penduduk Okinawa

Steak, salah satu makanan kegemaran saya, merupakan makanan yang sangat popular di Okinawa. Stik yang segar dan dimasak sempurna ini pasti boleh menghilangkan penat setelah seharian kita bersiar-siar sekitar kepulauan Okinawa.

16.Okinawa Soba_Traditional Okinawa noodle

Okinawa Soba: mee tradisional Okinawa

Jikalau ingin meneroka citarasa baru, terdapat beberapa restoran bufet di wilayah Okinawa yang menghidangkan masakan berasaskan sayur-sayuran tempatan kepulauan Okinawa dan makanan – makanan tempatan yang lain. Selain itu, bagi yang selesa dengan citarasa antarabangsa, ada juga yang menghidangkan makanan jepun, makanan barat dan pencuci mulut!

5.People_1_An old man famous for longevity

An old man famous for longevity

Okinawa yang dikelilingi laut indah ini mempunyai khazanah makanan laut segar, Terletak berdekatan dengan pelabuhan, terdapat pasar ikan yang menjual hasil tangkapan segar para nelayan. Anda pasti akan terhibur melihat gelagat penjual ikan menunjukkan kemahiran mereka menyiang ikan, serta kagum dengan warna-warni ikan yang dipamer. Sudah tentu anda juga boleh membeli ikan-ikan tersebut atau menikmatinya terus di kafeteria pasar tersebut. Dua pasar ikan yang popular ialah: Pasar Ikan Koperasi Perikanan Bandar Okinawa, Payao http://goo.gl/HvKwjQ dan Pasar Ginowan Yui Marche http://goo.gl/UIkSaS

17.Hotels_Blue ocean would be seen from the resort hotels

Hotels: Lautan biru jelas kelihatan dari resort-resort

18.Wedding_Holding wedding in front of the blue ocean

Upacara perkahwinan di persisiran pantai

Pantai Akajima, Okinawa, Jepun merupakan salah satu pantai dihiasi air yang jernih menyerlah keindahan sekitar dasar pantai. Bagi setiap pasangan yang datang untuk berbulan madu sudah pasti Okinawa akan menghiasi bulan madu anda serta menjadikan momen ini sangat istimewa buat anda dan pasangan anda.

19.Churaumi Aquzrium is teh popular sightseeing spot

Akuarium Churaumi adalah lokasi popular untuk menyaksikan keindahan dasar laut

Air laut Okinawa dikatakan sangat jernih lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Tetapi kami tidak akan mengesyorkan anda untuk berenang tanpa memakai pakaian selam kerana sekarang airnya sangat sejuk. Namun begitu, kepada anda yang masih ingin menikmati keindahan lautan Okinawa, kami syorkan “Bot Cermin” atau Churaumi Aquzrium dimana anda dapat menikmati pemandangan lautan dalam dari dalam bot di mana bahagian bawahnya diperbuat daripada gelas.

2.In the Blue Ocean_Coral reef and tropical fish

Terumbu karang dan ikan tropika menghiasi lautan biru Okinawa

Jika anda datang pada musim bunga atau panas, mungkin anda berpeluang untuk menikmati keindahan batu karang di lautan jepun ini yang pastinya boleh membuat anda terpegun dengan kebesaran Maha Pencipta. Tetapi bagi yang ingin scuba diving atau menyelam, anda mestilah ada lesen baru boleh buat yer.

20.Night spot_full of places you can have fun alomg International Street

Banyak tempat menarik di sepanjang Jalan Antarabangsa

Walau dimana anda pergi, memang tidak sah jika tidak menikmati keindahan dan kemeriahan malam hari ditempat itu. Ini kerana disetiap tempat, waktu malamnya pasti berbeza. Di Okinawa, anda boleh menyertai kemeriahan waktu malam sekitar International Street.

Untuk mendapatkan matlumat yang lebih terperinci di Okinawa ni anda boleh ke  MATTA Fair untuk melihat sendiri pakej yang ditawarkan untuk menikmati keindahan sekitar Okinawa ini. Anda juga boleh ke Facebook Visit Okinawa Malaysia di https://www.facebook.com/VisitOkinawa.my

The post Menikmati Keindahan Okinawa #ILoveOkinawa appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Great Lifestyle.

Cuaca Panas Melanda Perlis

$
0
0

perlis1

Dua hari aku di Perlis memang sangat Panas dowh. Cuaca ni bukan panas biasa panas terik. Cuaca di Kota Bharu pun agak panas tapi di Perlis cuaca lagi panas. Sehingga mencecah hampir 34 darjah celcius. Kalau nak main bola atau bersukan pun kena tunggu dalam jam 6 lebih kalau tak memang tak kan boleh bersukan lah jawabnya.

perlis2

Nak keluar rumah pun tak berani. Jam 12 tengah hari tadi nak keluar makan pun fikir 2 kali tapi kalau tak keluar lapar pulak perut boroi nih. Kereta yang aku parking pun kesian jer tengok duk berjemur tengah panas. Aku rasa kolej kediaman unimap ni kena sediakan parking berbumbung kot kesian kat kereta student.

1618467_551628741602825_1593578947_n

Apapun di waktu cuaca yang agak panas terik ni aku sarankan minum air masak banyak-banyak yer untuk kesihatan korang.

The post Cuaca Panas Melanda Perlis appeared first on Faizal Fredley | Travel is My Lifestyle Journey.

Kapten Marvel – Chelsea 1 Everton 0

$
0
0

chelsea_everton_match_report-366659

Kalau tengok balik gol kemenangan Chelsea pada last2 minit Chelsea itu sebenarnya ia ialah own goal dari keeper Everton. Cuma tabik buat dua kapten legend iaitu Terry & Lampard yang menjadi penggerak bagi gol tersebut. Bermula dari percubaan Lampard menerusi sepakan percuma tetapi Terry menjadi penyelamat kerana dia memberi pressure kepada Tim Howard. Situasi ini boleh dianggap sebagai “bola muntah”. Bola yang tidak ditangkap dengan baik, terlepas dari tangkapan yang kemudiannya masuk ke gawang.

Hendak kata Chelsea berhak menang tidaklah juga kerana Everton pun bermain dengan baik. Mereka sangat berdisiplin di bahagian pertahanan. Mungkin result seri boleh dianggap fair bagi kedua-dua pasukan. Tetapi itulah bola sepak. Kadang2 ada perlawanan yang patut kita menang tapi kita tak menang dan ada perlawanan yang tak nampak macam nak menang tapi kita berjaya juga menang. Nasib sedikit menyelebahi diri kita. Harus diingat, perfomance Chelsea dalam perlawanan ini bukanlah yang terbaik. Kita tidak beraksi seperti mana yang diharapkan.  Namun apa yang aku suka tentang Chelsea ialah semangat juang. Sukar mana sekalipun pasukan itu, kita tetap memberi pressure kepada mereka sampai ke penghujung permainan.

80676

Oscar memang flop of the match. Dia dikeluarkan pada rehat separuh masa pertama. Dan haruskan kita menuding jari kepada dia 100% kerana beraksi hambar ? Tidak. Player2 macam ni ada hari baik buruk mereka. Aku boleh katakan Oscar mengalami kelelahan. Terlalu banyak sangat game yang dia main. Kadang2 Mourinho perlu juga merehatkan Oscar demi mengekalkan prestasi terbaiknya itu. Di bangku simpanan, kita ada ramai back-up yang berkualiti. Tak salah untuk 1/2 game kita rehatkan Hazard & Schurrle, dan bagi peluang kepada Salah & Schurrle.

Masalah besar Chelsea seperti yang aku katakan sebelum ini ialah ketumpulan penyudah. Eto’o & Torres masih dilabels sebagai world class striker kerana reputasi masa lampau mereka sebelum ini tetapi sayangnya mereka sekarang tidak konsisten dalam menjaringkan gol. Eto’o ada dua peluang terbaik untuk score gol tetapi dia tak berjaya score. Torres pula dengan aksi menendang bola yang tak tentu hala. Nak menunjukkan betapa teruknya finishing striker2 Chelsea. Ba pula terus disisihkan walaupun aku fikir dia sebenarnya lebih bagus dari Torres & Eto dari segi finishing. Kita sendiri boleh lihat raut wajah Mourinho yang begitu kecewa dengan perfomance striker2 Chelsea.

Chelsea perlukan “Drogba” baru. Bayangkan musim ni kalau kita ada striker2 yang power seperti musim 2004/2005 & 2009/2010, aku predict kita akan maintain di posisi no 1 sambil leading 10 hingga 15 mata dengan team yang berada di tangga ke-2,3 mahupun yang berada no 4 itu. -Kampung Chelsea

The post Kapten Marvel – Chelsea 1 Everton 0 appeared first on Faizal Fredley | Travel is My Lifestyle Journey.


Top 2 Best Travel Blog MSMW2014

$
0
0

Screen Shot 2014-02-25 at 3.01.38 PM

Speechless!!! tu jer yang terjadi bila first dapat tahu dpat masuk finalist Best Travel Blog MSMW2014. Tahun ni dapat Top 2 alhamdulillah walaupun tak dapat kekalkan kejuaraan yang di menangi untuk Favourite Travel Blog MSMW 2013.

Namun disebalik kekalahan ini aku terima dengan terbuka disebabkan Best Travel Blog 2014 merupakan calon yang sememangnya layak bergelar Best Travel Blog. Travel sehingga lebih dari 77 bandar seluruh dunia dan telah pergi lebih 30 negara di dunia ini sememangnya http://timetravelafif.blogspot.com/ layak lebih 100 kali ganda dengan blog ini.

Jika nak dibandingkan blog dia dan blog ini memang langit dan bumi, aku baru sahaja nak bertatih menjadi sebagai seorang travel blog namun dia dah beribatu jauh di depan. Inshaallah mungkin satu hari nanti aku ingin menjadi seperti dia.

Namun dalam hati ada juga terdetik sebagai first loser sebab duk number 2, Kalau number 3 gua tak kisah lagi…hehe…

The post Top 2 Best Travel Blog MSMW2014 appeared first on Faizal Fredley | Travel is My Lifestyle Journey.

Trip Murah Ke Jepun – ILoveOkinawa

$
0
0

1.Kabira Bay in Ishigaki Island

Kabira Bay di Ishigaki Island

Impian untuk berkunjung ke Jepun atau lebih dikenali dengan nama Negara Matahari Terbit merupakan impian orang ramai termasuk saya, Namun, disebalik keindahan yang tersirat di Negara Matahari Terbit itu, sudah pasti tersimpan sejuta rahsia. Keindahan yang pastinya memukau mata setiap pengunjung pasti tidak lengkap tanpa menikmati keindahan sebenar Jepun di Okinawa.

Sebelum saya menyingkap rahsia-rahsia Okinawa, bermula hari ini, semua berpeluang untuk menikmati secebis dari keindahan Okinawa dengan menyertai pertandingan ‘Be Okinawa’!

Pertandingan ini mudah sahaja.

Tempoh pertandingan: 10 Februari hingga 10 Mac 2014

Langkah – langkah pertandingan:

  1. Lawat page Visit Okinawa Malaysia (https://www.facebook.com/VisitOkinawa.my ) dan klik bahagian ‘Be Okinawa’
  2. Daftarkan Emel anda
  3. Pilih gambar yang anda suka dari no 1 sehingga no 20.
  4. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah atau nama Jepun nya Atari!

5 Pemenang Pertama berpeluang untuk memenangi Ryukyu Glass dan 50 Tempat Kedua berpeluang untuk memenangis Star Sand!

Kenapa anda patut menyertai pertandingan ini? Kepulauan Okinawa bukan sahaja dikelilingi lautan biru jernih tetapi ia juga menyimpan rahsia-rahsia zaman pemerintahan Kerajaan Ryukyu.

Untuk Mneyertai Contest ini anda boleh layari https://beokinawa.net/my 

Keindahan alam semula jadi yang terletak di kawasan laut Okinawa pastinya memberikan pengalaman yang amat menarik kepada setiap pengunjung. Sebuah pulau uang terletak di utara Jepun, Okinawa merupakan pulau terbesar di Kepulauan Ryukyu. Okinawa terletak di bandar Naha, ibu Wilayah Okinawa dengan keluasan 1,201.03 km2. Menurut banci penduduk September 2009, seramai 1,384,762 orang tinggal di pulau itu. Bahasa Uchinaguchi menjadi bahasa harian penduduk.

3.Driving_enjoy the blue sky and oceas by driving Okinawa

Menikmati keindahan langit dan lautan biru

Untuk merasai sendiri keindahan sekitar Okinawa, saya sarankan anda yang ingin datang ke Okinawa menyewa kereta bagi memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke destinasi lain. Pelbagai jenis kereta boleh disewa disertakan dengan perkhidmatan ulang-alik percuma dari lapangan terbang, hotel, atau pelabuhan, penggunaan sistem GPS bahasa Inggeris dan lain-lain lagi.

Memandu di sekitar Okinawa sememangnya merupakan satu perasaan yang hebat – dikelilingi persisiran pantai dan berbumbungkan langit luas terutama apabila dikongsi bersama orang yang disayangi.

Jika anda ingin bersiar-siar di sekeliling Okinawa, saya cadangkan anda menggunakan teksi! Sewanya murah jika penyewaan dilakukan untuk setengah hari atau sehari suntuk. Jangan lupa untuk menghubungi hotel atau agen syarikat pelancongan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menempah pemandu teksi yang boleh berbahasa Inggeris.

4.Cherry Blossoms_the earliest deep pink cherry blossom

Bunga sakura merah jambu mekar terawal

Okinawa merupakan tempat di mana bunga sakura mula mekar paling awal di Jepun – pada akhir bulan Januari. Ini menandakan bermulanya musim bunga. Sangat indah bukan? Saat ini memang saat yang sangat dinantikan oleh ramai pelancong kerana bunga Sakura di Okinawa ialah dari spesis “Bellflower Cherry” (Kanhizakura), dan berbanding bunga sakura yang terdapat di kawasan lain di Jepun, warna merah jambunya lebih pekat dan ianya tergantung ke bawah seperti loceng gantung.

“Festival Bunga Sakura” terawal di Jepun kini sedang berlangsung di pelbagai daerah di Okinawa. Terdapat juga tempat yang membolehkan anda menikmati bunga sakura yang kembang di malam hari dengan diterangi cahaya lampu bulan yang gemerlapan. Jom datang dan nikmati musim bunga yang terawal di Jepun.

Sila nantikan pengenalan perayaan-perayaan bunga sakura yang akan diadakan di setiap kawasan di Okinawa selepas ini! 

6. People_2_youngmen, dancing Eisa

lelaki-lelaki Okinawa menari tarian Eisa

7.Festival_Haaree festival

Festival Haaree

8.Triathlon_Triathlon in the nature

Triathlon Alam

Selain daripada perlumbaan “road race” antarabangsa, perlumbaan peringkat daerah dan acara berbasikal menjelajahi pulau utama Okinawa juga akan diadakan. Ini adalah salah satu acara sukan berbasikal yang sering menarik pengunjung bukan sahaja dari Jepun, tetapi juga dari luar negara.

9.Shuri Castle_The world heritage Shuri Castle

 Warisan Dunia Istana Shuri

Warisan dunia; Istana Shurijo terletak di atas sebuah bukit di bahagian utara Bandar Naha, ialah suatu tempat yang pernah menjadi pusat pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan Kerajaan Lama Ryukyu selama 500 tahun dari abad ke-15. Lawatan ke Istana Shurijo pasti akan membawa anda ke masa silam semasa pemerintahan lama Ryukyu.

Setiap tahun “Perayaan Tahun Baru (Shinshun no Utage)” akan diadakan di “Taman Shurijo” di bandar Naha dari 1 Januari ke 3 Januari. Anda pasti kagum menyaksikan persembahan imitasi upacara Kerajaan Lama Ryukyu yang penuh dengan adat istiadat! Terdapat juga banyak acara-acara menarik untuk anda nikmati seperti pementasan tarian “Ryukyu”, acara minum teh, dan pelbagai lagi!

Untuk info dan matlumat lanjut mengenai Kerajaan Lama Ryukyu anda boleh melawati pautan ini  http://www.okinawastory.jp/en/learn/history.html

10.Sansen music_an imperative instrument for Okinawa music

Keunggulan Muzik Sansen

Tak lengkap rasanya jika kita datang ke satu tempat tanpa mendengar dan menikmati muzik tradisionalnya. Alat muzik sansen ini dikatakan berasal dari negara China pada zaman Kerajaan Lama Ryukyu dari abad ke-14 ke abad ke-15. Tetapi, sehingga ke hari ini, ia dilambangkan sebagai alat muzik tradisional Jepun. Alat in sangat popular dan merdu sehingga digunakan juga di dalam komposisi lagu-lagu popular kini di Jepun.

Muzik Okinawa telah melalui evolusi yang tersendiri di Jepun. Sesuatu alatan yang tidak dapat dipisahkan daripada muzik Okinawa ialah alat muzik “Sanshin”.

11.Bingata(red style)_representative and traditional dyeing technique in Okinawa

Wakil Bingata gaya merah) dan teknik pewarnaan tradisional di Okinawa

Jika anda ingin melihat dan merasai kebudayaan dan kesenian Okinawa serta menikmati makanan tradisional Okinawa, saya cadangkan anda berkunjung ke Kampung Ryukyu (Ryukyumura). Disini, anda boleh mencuba pakaian tradisional mereka serta membuat aksesori tradisional Ryukyu. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan kesenian Okinawa. Selain itu, di sini juga terdapat banyak kawasan yang fotogenik seperti rumah etnik lama yang telah diiktiraf sebagai aset kebudayaan Okinawa, Jepun.

12.Shisa_protectorate god in Okinawa

Shisa si Pelindung Tuhan di Okinawa

13.Sea grapes_seaweed taked in the  Okinawa ocean

Rumpai anggur laut dari lautan Okinawa

Sea grapes seaweed atau lebih dikenali sebagai  ”Umi budo” merupakan sejenis rumpai laut yang terdiri daripada bola-bola kecil seperti buah anggur. Ia merupakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi dan lain-lain. Apabila dimakan, bebola-bebola kecil ini seakan-akan meletup di dalam mulut.

Sea grapes seaweed ini merupakan makanan yang cukup terkenal di Okinawa ini dan teringin sekali untuk saya mencubanya sendiri. Jadi anda yang mahu merasa ianya meletup-letup di dalam mulut seperti kata Chef Jo (Masterchef Malaysia) boleh lah datang sendiri di Okinawa kerana ianya idak boleh disimpan di dalam peti sejuk, maka anda hendaklah pergi ke Okinawa untuk merasai sendiri kelazatannya sementara ia masih segar!

14.Scampi (Marsupenaeus japonicus)_fresh scampi grew up in the Okinawa ocean

Udang Scampi (Marsupenaeus japonicus) Segar dari lautan Okinawa

15.Steak_one of the Okinawa people's favorite gourmet

Stik adalah salah satu gourmet kegemaran penduduk Okinawa

Steak, salah satu makanan kegemaran saya, merupakan makanan yang sangat popular di Okinawa. Stik yang segar dan dimasak sempurna ini pasti boleh menghilangkan penat setelah seharian kita bersiar-siar sekitar kepulauan Okinawa.

16.Okinawa Soba_Traditional Okinawa noodle

Okinawa Soba: mee tradisional Okinawa

Jikalau ingin meneroka citarasa baru, terdapat beberapa restoran bufet di wilayah Okinawa yang menghidangkan masakan berasaskan sayur-sayuran tempatan kepulauan Okinawa dan makanan – makanan tempatan yang lain. Selain itu, bagi yang selesa dengan citarasa antarabangsa, ada juga yang menghidangkan makanan jepun, makanan barat dan pencuci mulut!

5.People_1_An old man famous for longevity

An old man famous for longevity

Okinawa yang dikelilingi laut indah ini mempunyai khazanah makanan laut segar, Terletak berdekatan dengan pelabuhan, terdapat pasar ikan yang menjual hasil tangkapan segar para nelayan. Anda pasti akan terhibur melihat gelagat penjual ikan menunjukkan kemahiran mereka menyiang ikan, serta kagum dengan warna-warni ikan yang dipamer. Sudah tentu anda juga boleh membeli ikan-ikan tersebut atau menikmatinya terus di kafeteria pasar tersebut. Dua pasar ikan yang popular ialah: Pasar Ikan Koperasi Perikanan Bandar Okinawa, Payao http://goo.gl/HvKwjQ dan Pasar Ginowan Yui Marche http://goo.gl/UIkSaS

17.Hotels_Blue ocean would be seen from the resort hotels

Hotels: Lautan biru jelas kelihatan dari resort-resort

18.Wedding_Holding wedding in front of the blue ocean

Upacara perkahwinan di persisiran pantai

Pantai Akajima, Okinawa, Jepun merupakan salah satu pantai dihiasi air yang jernih menyerlah keindahan sekitar dasar pantai. Bagi setiap pasangan yang datang untuk berbulan madu sudah pasti Okinawa akan menghiasi bulan madu anda serta menjadikan momen ini sangat istimewa buat anda dan pasangan anda.

19.Churaumi Aquzrium is teh popular sightseeing spot

Akuarium Churaumi adalah lokasi popular untuk menyaksikan keindahan dasar laut

Air laut Okinawa dikatakan sangat jernih lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Tetapi kami tidak akan mengesyorkan anda untuk berenang tanpa memakai pakaian selam kerana sekarang airnya sangat sejuk. Namun begitu, kepada anda yang masih ingin menikmati keindahan lautan Okinawa, kami syorkan “Bot Cermin” atau Churaumi Aquzrium dimana anda dapat menikmati pemandangan lautan dalam dari dalam bot di mana bahagian bawahnya diperbuat daripada gelas.

2.In the Blue Ocean_Coral reef and tropical fish

Terumbu karang dan ikan tropika menghiasi lautan biru Okinawa

Jika anda datang pada musim bunga atau panas, mungkin anda berpeluang untuk menikmati keindahan batu karang di lautan jepun ini yang pastinya boleh membuat anda terpegun dengan kebesaran Maha Pencipta. Tetapi bagi yang ingin scuba diving atau menyelam, anda mestilah ada lesen baru boleh buat yer.

20.Night spot_full of places you can have fun alomg International Street

Banyak tempat menarik di sepanjang Jalan Antarabangsa

Walau dimana anda pergi, memang tidak sah jika tidak menikmati keindahan dan kemeriahan malam hari ditempat itu. Ini kerana disetiap tempat, waktu malamnya pasti berbeza. Di Okinawa, anda boleh menyertai kemeriahan waktu malam sekitar International Street.

Untuk mendapatkan matlumat yang lebih terperinci di Okinawa ni anda boleh ke  MATTA Fair untuk melihat sendiri pakej yang ditawarkan untuk menikmati keindahan sekitar Okinawa ini. Anda juga boleh ke Facebook Visit Okinawa Malaysia di https://www.facebook.com/VisitOkinawa.my

The post Trip Murah Ke Jepun – ILoveOkinawa appeared first on Faizal Fredley | Travel is My Lifestyle Journey.

Promosi Harga Tiket Air Asia dan Malaysia Airlines

$
0
0

mb-SE-myen

Just update ringkas selepas main bola sementara tunggu hilang peluh. Sejak minggu lepas lagi Air Asia dan juga Malaysia Airlines bersaing dalam mempromosi tiket flight murah ke setiap penerbangan yang di sediakan.

Air Asia memperkenalkan promosi yang cukup murah. last aku cuba semak tiket flight hari tu untuk ke Korea dan Australia hanya RM200++ pergi balik. Harga memang sangat rendah.

Begitu juga dengan Malaysia Airlines (MAS). Last sekali aku semak harga ke Bangkok hanya RM100 sahaja. sangat murah ok. Jadi sesiapa yang ingin bercuti boleh mula booking dari sekarang sementara Air Asia dan Malaysia Airlines buat promosi.

Tambang flight domestik lagi rendah  sempenan Tahun melawat Malaysia 2014.  AirAsia memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014) dengan harga promosi tambang asas bermula daripada serendah RM14 sehala dengan cukai dan caj bermula daripada RM26, ke destinasi-destinasi domestik.

Destinasi tersebut termasuk Pulau Pinang, Johor Bahru, Langkawi, dan Kota Kinabalu, kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Kesemua tambang ini boleh ditempah mulai 6 hingga 19 Januari 2014 untuk perjalanan mulai 6 Januari hingga 31 Mac 2014.

Jadi apalagi. Jom lah usha…

The post Promosi Harga Tiket Air Asia dan Malaysia Airlines appeared first on Faizal Fredley | Travel is My Lifestyle Journey.

Visit Malaysia Tempat Menarik Bercuti di Musim Cuti Sekolah

$
0
0

senarai-10-tempat-percutian-terbaik-di-malaysia

Tempat Menarik Bercuti Sepanjang Musim Cuti Sekolah

Cuti sekolah tak lagi akan datang, para ibu bapa yang ada anak sekolah tu dah rancang ker percutian bersama keluarga anda? Inilah masa yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga masing-masing.

Di Malaysia ni sememangnya terdapat banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Dari Perlis ke Sabah terlalu banyak tempat yang boleh dikunjungi tanpa memerlukan kos atau bajet yang terlalu tinggi. Namun untuk keselesaan bersama keluarga bajet juga memainkan peranan yang penting.

Tidak perlu terlalu tinggi bajet yang perlu cuma cukuplah perancangan yang berkesan mampu untuk menikmati percutian yang menyeronokkan. Untuk tip merancang percutian bajet anda boleh tengok disini Tip Rancang Percutian Bajet.

Disini saya kongsikan beberapa tempat menarik yang boleh dilawati sepanjang cuti musim sekolah nanti di seluruh Malaysia. Apa yang pasti tempat yang di cadangkan semestinya selamat dan sangat sesuai untuk musim cuti sekolah.

KUALA LUMPUR/SELANGOR
  • KLCC
  • KL Tower
  • I-City shah alam
  • Aquaria KLCC
  • Kg kelip-kelip
  • Sunway lagoon
  • Mine wonderland
  • Wet world
  • Sungai Gabai, Hulu Langat
  • Gold Coast Morib Resort
  • Golden Palm Tree Resort
SARAWAK
  • Kuching
  • Kampung Budaya Sarawak
  • Sri Aman-Pesta Benak
  • Gua Niah Miri
  • Taman Negara Bako
  • Jong Crocodile Farm
  • Gua Mulu
  • Taman Awam Miri
  • Miri Luak Esplaned
  • The Grand old lady
SABAH
  • Poring Hot Spring
  • Pedas Rafting
  • Tanjung Simpang Mengayau
  • Gunung Kinabalu
  • Pulau Sipadan
  • Taman Bukit Tawau
  • Persisiran Trausland
  • Bukit Payong
  • Kinabalu National Park
  • Kolam Air Panas Ranau
  • Pulau Mabul
  • Desa Cattle
  • Sepilok
  • Pulau Silingan
  • Lok Kawi
  • Tagaluanti
  • Sabah Tea

JOHOR

  • Puteri Harbour
  • Legoland
  • Danga Bay
  • Johor Premium Outlet
  • Zoo Johor
  • Gunung Ledang
  • Desaru
  • Air Terjun Kota Tinggi
  • Bazar Karaat
  • Hutan Bandar
  • Mersing
  • Pulau Sibu

MELAKA

  • Kota A Famosa
  • A Famosa Wonderland
  • Melaka Wonderland
  • Menara Taming Sari
  • A Famosa Waterfall
  • Bandar Hilir
  • Ikan Bakar Umbai
  • Makam Pahlawan Melaka
  • Perigi Hang Li Po
  • Perkuburan Belanda
  • Taman Budaya Melaka
  • Zoo Melaka
  • Jonker Walks
  • Taman Mini Malaysia
  • Dataran Pahlawan
  • Taman Burung

NEGERI SEMBILAN

  • Port Dickson
  • Ulu Bendul
  • Pantai Blue Dragon
  • Pd Mini Zoo
  • Jeram Toi
  • Water World Air Panas Pedas
  • Kuala Pilah

KELANTAN

  • Tok Bali
  • Air Terjun Gunung Stong
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Nasi Ulam Cikgu
  • Bebas Cukai Rantau Panjang
  • Bebas Cukai Pengkalan Kubor
  • Jeram Linang
  • Jeram Pasu
  • Taman Tengku Anis
  • Pantai Sri Tujuh
  • Pantai Irama Bachok
  • Pasar Malam Flat Buluh Kubu
  • Masjid Beijing
  • Pasar Siti Khatijah
  • Pasar Wakaf Che Yeh
  • Terminal Makanan Negara (Teman)

TERENGGANU

  • Pasar Payang
  • Muzium Terengganu
  • Pantai Batu Burok
  • Air Terjun Sekayu
  • Lata Tembakah
  • La Hot Spring
  • Tasik Kenyir
  • Pulau Kapas
  • Pulau Duyung
  • Pulau Perhentian
  • Pulau Redang
  • Mercu Tanda Baru Pulau Warisan
  • Kedai Keropok Lekor

PERLIS

  • Padang Besar
  • Tasik Melati
  • Gua Kelam

PAHANG

  • Cameron Highlands
  • Genting Highlands
  • Bukit Tinggi Colmar Tropicale
  • Bukit Gambang Waterpark
  • Teluk Cempedak
  • Cherating
  • Taman Negara Endau Rompin
  • Tasik Bera
  • Gunung Tahan
  • Air Terjun Sg Pandan
  • Air Terjun Chemong

PERAK

  • Sg Klah Hot Spring
  • Pulau Pangkor
  • Taman Rekreasi Gunung Lang
  • Zoo Taiping Night Safari
  • Pulau Orang Utan
  • Bukit Merah Laketown Resort
  • Gua Tempurung
  • Gua Larut
  • Menara Condong
  • Padang Polo
  • Eco Park
  • Lost World of Tambun
  • Galeri Sultan Azlan Shah
  • Istana Kenangan
  • Air Terjun Ulu Kenas

KEDAH

  • The Carnival Waterpark
  • Gunung Jerai
  • Padang Merdeka
  • Pantai Tanjung Dawai
  • Pulau Langkawi
  • Hutan Lipur Sg Sedim
  • Pekan Rabu Alor Star
  • Air Terjun Lata Mengkuang
  • Air Terjun Lata Seri Perigi
  • Air Terjun Titi Hayun
  • Air Terjun Junjung
  • Rimba Rekreasi Bukit Hampar
  • Pantai Tengkorak
  • Ulu Legong
  • Pulau Sayak
  • Candi Lembah Bujang
  • Ladang Anggur Tasik Beris

PULAU PINANG

  • Bukit Bendera
  • Taman Rama-Rama
  • Menara Komtar/Perangin Mall
  • Batu Feringgi
  • Taman Negara
  • Taman Botani
  • Taman Belia
  • Tokong Ular
  • Rumah Kelahiran P.Ramlee
  • Muzium
  • Padang Kota Lama
  • Pasar Rope Walk
  • Pantai Seagate
  • Queensbay Mall
  • Nasi Kandar Beratur
  • Nasi Kandar Immigration

Semoga percutian anda berjalan dengan lancar. Apa yang penting rancang dahulu percutian anda sebelum memulakan sebarang percutian. Dengan percutian yang terancang boleh  menenangkan minda di samping mengeratkan hubungan sesama keluarga.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (Virtual Malaysia 2014), sama ada cuti sekolah atau hujung minggu, Malaysia menawarkan pelbagai tempat menarik untuk anda beraktiviti atau bersantai sekeluarga.

Untuk melihat perkongsian pengalaman bercuti di Malaysia anda boleh berkunjung ke www.virtualmalaysia.com

The post Visit Malaysia Tempat Menarik Bercuti di Musim Cuti Sekolah appeared first on Faizal Fredley | Travel is My Lifestyle Journey.

Cabaran Ekspedisi Gunung Tahan 2014, Mampukah Aku?

$
0
0

DSC_0487

Cabaran ekpedisi gunung tahan 2014 Mission G7. Persoalannya mampukah aku untuk mengharungi pendakian yang boleh dikatakan agak tuff ini?

Setelah setahun aku berehat tanpa melalui sebarang aktiviti lasak aku rasa 50-50 untuk mengharungi pendakian yang sukar ini. Kali terakhir aku mendaki 2 tahun yang lepas iaitu Ekspedisi Gunung Jerai dan diikut Ekspedisi Gunung Rajah pada bulan april tahun lalu (2013).

Dan masih segar diingatan aku dimasukkan ke hospital selama 2 hari sejurus sahaja tamatnya pendakian gunung Rajah akibat keracunan makanan. That the worse part of my life and the most harder activity in my life so far. Anyway i can finish that thing without any problem for my self and my company. Im happy for that. Syukur Alhamdulillah.

Screen Shot 2014-03-03 at 5.30.54 PM

Tahun 2014 juga bulan april sekali lagi daya ketahanan mental dan fizikal aku bakal diuji lagi dengan pendakian Gunung Tahan yang mengambil masa selama 7 hari. Wow 7 hari di dalam hutan its sound so nice maybe.

Apabila nak mendaki gunung ni sudah semestinya segala kelengkapan pendakian perlu di titik beratkan. But for now aku tengah pelan-pelan sediakan yang mana boleh. Kalau boleh tak nak kesilapan lalu berulang kembali. That we call belajar dari pengalaman.

Antara yang perlu aku sediakan maybe Kasut untuk pendakian, Beg Galas, medical stuff and so on yang aku akan buat check list balik.

Apapun aku harap aku cukup fit untuk lalui semua ini. Mulai sekarang dah boleh mula fitkan badan dengan latihan joging.

1800030_781526211874714_16411991_o

Design baju untuk Cabaran Gunung Tahan 2014

Sedikt info Mengenai Gunung Tahan

Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.

Gunung Tahan ini sering menjadi tumpuan pendaki gunung yang menggunakan laluan Kuala Tahan - Gunung Tahan. Laluannya  :-

  1. Dari Kuala Tahan ke Kem Kuala Melentai - 1 hari melalui tepi Sungai Melentai. berkhemah di sini.
  2. Dari Kem Melantai ke Bukit Darah
  3. Dari Bukit Darah melalui Bukit Malang - di sana ada 11 bukit.
  4. Dari Bukit Malang ke Gunung Rajah
  5. Dari Gunung Rajah turun ke Kem Kuala Puteh di bawah .
  6. Dari Kuala Puteh ke Kuala Teku - 1 hari melalui tepi Sungai Peleting. Berkhemah di sini.
  7. Dari Kuala Teku ke Gunung Pondok Dua (898 m di Kem Wrays).
  8. Dari Gunung Pondok Dua ke Gunung Pangkin ( 1462 m)
  9. Dari Gunung Pangkin ke Gunung Tangga Lima Belas ( 1574 m)
  10. Dari Gunung Tangga Lima Belas ke Gunung Reskit ( 1666 m)
  11. Dari Gunung Reskit ke Gunung Gedong ( 2066 m)
  12. Dari Gunung Gedong turun ke Kem Padang
  13. Dari Kem Padang ke Gunung Tahan ( 2187 m)

Anda perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan.

Punca air sungai ada di Kuala Melantai , Kuala Puteh , Kuala Teku , Kem Wrays dan di Kem Padang. Ambil air di sana dan masak.

PS: Bila baca pengalaman kawan-kawan yang kongsi pengalaman ada juga rasa excited tapi dalam masa yang sama rasa tak yakin jer nak daki nih.

The post Cabaran Ekspedisi Gunung Tahan 2014, Mampukah Aku? appeared first on Faizal Fredley | Travel is My Lifestyle Journey.

Viewing all 788 articles
Browse latest View live


Latest Images